Bab 28 - Burn

476 63 9
                                    

Love indeed, complicated.

It’s not for me, obviously.

Rather grow old single.

SEDIKIT teruja kerana lagi beberapa minit akan tiba hari jadi sahabatnya yang paling istimewa. Penat juga menghias pondok berwarna merah jambu di belakang rumahnya. Baba dan mamanya mahu menolong tapi ditolak baik kerana teringin menghias seorang diri. Kek strawberi dihias cantik di tengah-tengah meja kecil. Beberapa kek cawan disusun elok, air minuman dan makanan utama mereka dihidang kemas.

“Habeeb!” Datin Safiyya memanggilnya perlahan.

Eshal berpaling ke belakang lalu senyum lebar.

“Adila dah nak sampai,” bisik mama.

Si gadis angguk kemudian berdiri memakai selipar. Hampir terlepas tawanya tatkala melihat wajah sahabatnya yang masam, dengan mata kuyu yang mengantuk. Tudung sarung senget. Cepat-cepat dia menyorok di sebalik dinding. Mama tersengih sambil berlari masuk ke dalam rumah.

“Dahlah ganggu aku nak tidur,” rungut Adila.

“Aduh, gatal punggung pulak.”

“Orang tak nampakkan?”

Adila memandang sekeliling sebelum menggaru tempat gatalnya. Mata kecil sahaja kerana sangat mengantuk. Tutup mulut saat menguap lagi.

“Mana pulak makcik ini,”

“Habeeb...” panggil Adila. Perlahan sahaja suaranya.

Tangan naik menggaru muka.

“Bah!”

“Ya Allah!”

Terbeliak mata sahabatnya, tangan memegang jantung. Eshal gelak suka.

“Ada jugak yang kena campak dalam sungai sekejap lagi,” ugut si sahabat.

Eshal geleng, mulut tersenyum lebar.

Happy birthday!

Kelopak mata Adila terkelip-kelip memandangnya.

Huh?

“Selamat hari jadi! Kau dah lupa ke? Tepat pukul dua belas malam ini, hari lahir kau...”

Adila geleng.

Happy birthday!” ucapnya sekali lagi dengan ceria.

Sahabatnya tersenyum.

“Terima kasih,” balas Adila. Anak mata melilau memandang kawasan pondok yang terang dan cantik. Hiasan ringkas namun cukup membuatnya hatinya bersyukur dan sangat terharu. Apatah lagi melihat salah satu makanan kegemarannya dihidang di atas meja, spageti keju karbonara.

“Kau hias semua benda ini? Tak penat ke? Malam-malam pulak itu...” soal si sahabat.

“Pertama, ya! Aku hias semua ini! Kedua, mestilah penat tapi aku happy.” Eshal senyum lebar.

Adila angguk, mata tidak lagi terasa ngantuk.

“Jom makan! Aku ada hadiah nak bagi kau lepas makan,” ujarnya sambil menarik tangan sahabatnya ke meja makan.

“Ada lagi?”

Eshal memandang wajah sahabatnya lalu membuat muka toyanya.

“Mestilah... Aku nak semua benda dari awal sampai habis mesti perfect.”

Adila angguk sahaja.

Faham dengan sifat pemurah sahabatnya yang suka memberi. Kalau boleh semua benda hartanya mahu diberi. Sungguh bersyukur dapat kawan yang baik. Dapatlah tumpang gembira sekali.

Mereka mula makan dan banyak membuka cerita di tengah malam buta. Orang luar nampak, mungkin kata mereka tidak siuman. Kadang-kadang perkara yang membuat kita gembira atau bahagia datangnya daripada membuat perkara sedikit asing. Segelintir manusia akan berkata tidak pelik. Begitulah persahabatan mereka, agak pelik tapi bahagia.

Sekali-sekala mama keluar rumah menjenguk birthday girl. Adila ketawa kerana malu saat menerima hadiah daripada mama dan baba. Lolo dan nana terlebih dahulu tidur, tidak elok tidur lewat.

“Kau nak bagi hadiah apa?” soal Adila sebaik sahaja selesai makan.

Eshal sengih lalu mencapai kotak bersaiz sederhana berbalut sampul. Adila berasa curiga untuk ambil kerana tidak tahu apa yang diterima. Boleh tahan kuat juga sahabatnya berjenaka. Beberapa tahun yang lepas pernah sekali, Eshal letak lipas tipu dalam kotak. Habis bergegar satu rumah kerana jeritan. Boleh pula kawannya itu gelak.

“Kau letak lebahkan?”

Eshal sengih lagi.

Adila pantas geleng.

“Tak nak aku! Kau letak sesuatukan!”

Eshal gelak sambil geleng.

“Mana ada! Kali ini aku letak benda yang elok,” nafinya.

“Betul?”

“Ya, betul.”

Adila ambil kotak tersebut lalu koyak dengan cepat. Tidak sanggup dia duduk lama-lama takut ada muncul tikus palsu pula. Ternganga tatkala melihat isi dalam kotak tersebut.

“Ini... Ini kasut tinggi limited edition Barbie Popstar!

Suara sahabatnya sedikit meninggi kerana sangat terkejut dan teruja. Tidak sangka impiannya untuk memiliki salah satu kasut tinggi kartun Barbie telah dicapai! Kasut tinggi berwarna ungu gelap, berkilat dan mempunyai cop Barbie disitu. Kasut tinggi ini sangat mahal kerana hanya beberapa puluh pasang sahaja dihasilkan.

Wei! Mahal ini! K-kenapa?”

Eshal senyum lebar lalu memeluk tubuh, melihat sahabatnya gembira dia turut berasa gembira.

“Sebab kau minat kasut itu?”

Adila cepat-cepat bangun kemudian memeluk Eshal dengan erat. Kotak kasut tadi diletakkan di atas meja. Selesai sahaja sesi pelukan, kotak kasut itu dipeluk kuat sambil lompat-lompat gembira.

“Untunglah orang itu, bahagia. Saya di sini sendu hati jaga baby saya—bukan baby tapi babies walaupun dah besar. Saya pagi petang kena jenguk Ham saya, lepas itu kena jenguk Uzion. Kalau dua saja dah pening kepala apatah lagi tiga,” bebelnya. Mata memandang langit yang dilengkapi bintang.

Dia sendiri mahu menjaga Uzion. Nanti tak adalah Ham sunyi sebab ada kawan untuk ajak bergaduh.

Adila gelak.

“Terima kasih wahai ibu muda...”

Eshal menjeling sahabatnya.

Nasib baik ibu muda...

Nafas panjang dilepaskan sambil menikmati pemandangan indah bulan dan bintang. Keningnya bertaut tatkala tidak dengar suara teruja sahabatnya. Tadi bukan main gelak sakan. Dia memandang sahabatnya yang kejung. Seakan kaku ke satu tempat. Matanya juga mencari sesuatu yang sahabatnya lihat.

Eshal berdiri tegak serentak wajah bertukar pucat. Biji mata terasa mahu terjojol keluar kerana tidak percaya dengan apa yang dilihat. Tangan terketar-ketar menunjuk ke arah tersebut, lebih tepat ke arah satu susuk tubuh yang sangat familiar di bawah pokok.

“Ha...han—”

Nope! Saya hidup!”

Suara yang sangat tidak asing...

Apa...

Apa?

Khair?

Khair hidup?

Khair tersenyum kecil lalu mendekati Adila. Terbuka tutup mulut si gadis cuba bercakap namun satu patah tidak keluar. Wajahnya bertukar semakin pucat.

Happy birthday, cinta.”

Serentak itu, Adila rebah ke tanah.

“Adila!”

Bersambung...

7 OGOS 2023

Steely GazeWhere stories live. Discover now