Bab 29 - Where?

920 86 14
                                    

How can you say you’ll be mine?

Everything keeps us apart,

I’m not the one you were meant to find.

KEWUJUDAN jejaka pujaan hati Adila membuatkan mindanya bingung dan keliru. Terlalu banyak persoalan sehingga terduduk di hujung sofa sambil memandang lantai karpet. Adila sudah sedar namun berkurung di dalam bilik, tidak mahu keluar. Bukan sahaja Adila sahaja tidak percaya, malah dirinya juga. Khair terpacak di ruang tamu manakala yang lain tenung seperti melihat mayat hidup.

“Khair?”

“Ya, puan?”

Datin Safiyya kelihatan... seakan terkilan?

“Khair, kamu masih hidup?”

Khair Fazlan memandang lantai, berdiri tegak persis askar.

“Ya, puan.”

“Kenapa...”

Datin Safiyya memicit dahinya lalu bersandar pada sofa. Pening untuknya mencerna keadaan mengejut pada malam ini.

“Puan jangan tengok saya macam itu... Saya masih hidup,” ujarnya, tersenyum kecil kerana rasa serba salah.

“Macam mana mama tak terkejut tengok awak, Khair? Selama empat tahun kami semua ingat awak tak selamat daripada letupan bom! Papa cuba call awak and search semua tempat incase awak selamat. Tiba-tiba muncul, manalah orang tak terkejut. Kalau orang lain muncul macam itu mungkin awak dah masuk lokap,” celah Adila, matanya sembam. Wajahnya basah dengan sisa air mata.

Tangan memeluk tubuh, bersandar pada dinding. Tidak sedar sejak bila Adila berada di situ.  Wajah sedikit merah menahan amarah.

“Maafkan saya...”

Adila menghembus nafas panjang kemudian berlari naik ke atas semula. Khair mahu memanggil si gadis tapi dimatikan niatnya sehaja.

“Maafkan saya, puan, tuan.”

Si mama melepaskan hembusan nafas panjang. Dato’ Asyraf berdiam diri dari tadi.

Tubuh Eshal kejung sesaat.

Kalau Khair selamat...

Maknanya jejaka puja—tidak.

Kalau Khair berada di sini, lelaki itu juga perlu berada di sini.

Si gadis geleng.

Tidak mungkin.

“Macam inilah... Khair saya nak awak pulang ke rumah dahulu. Esok datang sini semula terangkan pada lolo dan nana sekali. Pastikan datang waktu siang, jangan malam.” Baba dan mama bangun lalu pergi ke bilik untuk tidur kerana sudah lewat malam.

Khair mula keluar dengan riak wajah sedih.

Eshal pantas bangun kemudian mengejar langkah Khair. Tidak mahu menjerit disebabkan nana dan lolo sedang tidur. Tercungap-cungap nafasnya kerana langkah laju lelaki itu. Cepat-cepat nak pergi mana itu?

“Khair,” panggilnya perlahan.

Khair berhenti dan berpaling ke belakang.

Yes, miss?

Berkerut dahinya dengan panggilan tersebut. Bukan sebelum ini dia telah memberitahu bahawa tidak perlu memanggilnya dengan panggilan miss. Bunyi terlalu janggal.

No miss. Just Habeeb.”

“Kenapa panggil saya?”

Dibawah sinaran lampu rumah, jejaka pujaan hati sahabatnya kelihatan sedikit kurus namun sihat. Terdetik mindanya sesaat memikir kesihatan lelaki yang takluk hatinya.

Steely GazeWhere stories live. Discover now