Bab 9 - The Short Truth

1.3K 183 8
                                    

Don't forget to leave your loves by leaving votements ♥

Bab 9 - The Short Truth

             ESHAL berdiam diri saat kereta milik Qaid masuk pekarangan rumahnya. Qaid hanya mengeluh lega ditempatnya. Dato' Asyraf Mutayyib juga membuka pintu rumah kemudian dengan berjaga-jaga, baba memeriksa kereta asing tersebut. Eshal memberi isyarat bahawa dia baik sahaja. Thauri Uzma terlebih dahulu keluar dari kereta diikuti dengan Qaid manakala Eshal tinggal di dalam kereta.

Dari dalam kereta, Eshal dapat lihat Thauri Uzma dan Qaid bersalaman dengan baba. Mereka berborak-borak tetapi tidak jelas baginya kerana kereta tertutup rapat dan kedudukan mereka agak jauh. Baba menepuk bahu Thauri Uzma sambil tersenyum lalu memegang bahu Qaid pula.

Gelabah Eshal tatkala semua memandangnya. Qaid tersengih lalu dia mendekati kereta lalu pinta Eshal dibuka.

Meh budak itu bagi saya angkat,” pelawanya. Eshal mengangkat perlahan-lahan si gadis kecil. Qaid menyambut Aisyah yang masih tidur lena.

“Baba,” serunya.

Sebaik sahaja dia keluar dari kereta terus dia berdiri tegak, tangan dekat belakang manakala kepala tunduk memandang lantai persis seorang kawad kaki yang sedang menyenangkan dirinya. Tidak hairan pula dengan pandangan dua orang lelaki di hadapannya memandangkan ada benda lain dia perlu risaukan. Jadi pandangan itu tidak mengusik dirinya.

“Habeeb... Depan diaorang tak payahlah macam tu,” tegur Dato' Asyraf Mutayyib sambil tersenyum menahan ketawa. Eshal kembali berdiri seperti biasa.

Eshal membuat isyarat kepada babanya supaya menyuruh dua jejaka itu balik namun lain pula yang baba buat. Lagipun sudah lewat malam, pasti para tetamu mereka sedang tidur. “Qaid dengan Uzma marilah masuk,” jemput Dato' Asyraf Mutayyib seraya menguak pintu rumah lebih besar, membenarkan mereka masuk. Mungkin kesian melihat Qaid yang mendukung Aisyah terlalu lama.

Eshal memicit dahinya.

Baba tersengih ke arah Eshal lalu menterbalikkan ibu jarinya ke bawah.

Boo!

Thauri Uzma dan Qaid masuk ke dalam rumah dengan senang hati. Eshal menghentakkan kaki kanan bahagian depannya di atas lantai berkali-kali. Melihat senyuman babanya tadi, tidak mustahil baba akan buka sejarah hidup mereka. Lagi-lagi masa kecil.

Eshal menekup mulut terkejut saat satu andaian tercipta sendiri di dalam mindanya yang serabut itu.

“Entah-entah baba ingat salah satu daripada diaorang itu teman lelaki aku,” teka Eshal perlahan dengan ekspresi wajahnya murung. Dia menghentak dahinya pada bumbung kereta lebihi dua kali kemudian meraup mukanya yang lemah tidak bermaya.

Eshal terus masuk ke dalam rumah dengan memberi salam. Alangkah terkejutnya dia melihat umi dan abi Aisyah masih berborak-borak di waktu malam dengan mama di ruang tamu. Melopong mulutnya cuba mentafsir. Kamal, bapa kepada Aisyah terus mengangkat Aisyah dari dukung Qaid lalu mengucapkan terima kasih.

Eshal menggeleng.

Ni siapa baba?” Datin Sayiffa Fasla bangun dari duduknya lalu mendekati si suami.

“Ini kaw...”

“Orang yang Habeeb kenal,” potong Eshal laju. Melihat Qaid mahu membantah, dia merenung tajam lelaki itu. Serta merta, Qaid mengundur ke belakang. Takut.

“Nak kata kawan... Kawan yang baru kenal macam tu,” tambah Eshal lagi.

Qaid menekup mulutnya berdrama. Mukanya jelas tersakiti. Lelaki itu menutup mukanya dengan tangan lalu menaikkan bahunya beberapa kali, menunjukkan bahawa dia menangis. Aksi Qaid terlindung kerana semua mata fokus pada Datin Sayiffa. Eshal membiarkan sepi riaksi Qaid.

Steely GazeWhere stories live. Discover now