Bab 20 - Cartwheel

765 120 18
                                    

Bab 20

Lookin' at you got me thinkin' nonsense,

Cartwheels in my stomach when you walk in.

DUA mangkuk mi segera kegemarannya dibuka lalu memcampurkan segala perencah tomyam yang tersedia ada. Mata memandang sekilas kedudukan lelaki itu. Elok duduk dihujung meja sambil merenung ke arahnya. Agak gugup ya. Kemudian air panas di tuang ke dalam mangkuk. Bau segala perencah tomyam memasuki hidungnya.

Perut berbunyi.

“Awak masak maggi?”

Eshal sengih.

I said healthy meal, not this.

Berubah masam wajah si gadis.

“Tadi awak kata suruh makan, ni bila saya nak makan... Awak complaint pulak,” ujarnya perlahan.

Uzma menggeleng perlahan lalu berdiri untuk mencari kerusi terdekat dengan kedudukan si gadis. Eshal tetap tolong menarikkan kerusi bagi memudahkan lelaki itu duduk walaupun dengan wajah masam.

Thank you, pumpkin.”

Mangkuk mi segara diambil lalu dia duduk di sebelah lelaki itu. Penutup dibuka setelah lima minit merendam mi segera tomyam tersebut. Wajah tenang lelaki disebelahnya dipandang sesaat. Entah kenapa dia juga turut rasa tenang. Wajah masam tadi tidak dipamerkan lagi.

“Sama-sama.”

Satu mangkuk untuknya. Satu mangkuk lagi diletak di hadapan Uzma.

“Nah, awak punya.”

That's nice of you but I don't eat instant noodles.”

Eshal mengangkat bahu kemudian mangkuk lelaki itu ditarik ke arahnya semula. Tidak menjadi masalah kalau lelaki itu tidak makan mi yang dia buat kerana dia akan habiskan kedua-dua mangkuk tersebut. Lagipun kuantiti satu mangkuk kecil mi segara tidak cukup baginya. Nak nak lagi, mi segera kegemarannya. Sememangnya habis licin.

“Okey,”

“Kalau awak tak nak, tak apa. Saya boleh habiskan.”

Setelah membaca doa makan, dia makan dengan gelojoh. Gebulur kata perutnya.

Uzma menongkat dagunya di atas meja lalu memandang si gadis dengan sepenuh perhatian.

You sure can finish all that?

Eshal angguk.

Semerbak bau tomyam di kawasan meja makan. Eshal berdebar apabila lelaki itu tidak memerhatinya lagi, tapi lebih kearah kedudukan mi tomyamnya. Sengaja dia angkat garfu tinggi di hadapan muka lelaki itu. Pelawaan buat kali terakhir, maksud disebaliknya. Dalam diam, dia menahan tawanya. Geli hati melihat gelagat lelaki itu. Mulut kata tak mahu tapi hati kata mahu. Mangkuk kedua ditarik ke hadapannya setelah mangkuk satu licin.

“Awak betul tak nak?”

Lelaki itu telan air liur kemudian berdehem.

Da.”

(Yes.)

“Betul ni?”

“Nanti kalau dah ha―”

Lelaki itu duduk tegak kemudian menarik kerusi si gadis merapatinya. Terkelu lidah dengan tindakan drastik lelaki di hadapannya. Mata mereka bertentang, meremang bulu romanya. Lelaki itu dengarkah degupan jantungnya yang laju sekarang ini?

Steely GazeWhere stories live. Discover now