Bab 24 - Looming

554 95 10
                                    

Bab 24

MATA perlahan-lahan dibuka. Sekelilingnya ditafsir sambil bangun daripada baringnya. Bilik yang sangat familiar iaitu bilik diri sendiri. Kini dia tahu, mereka semua pulang ke rumah babanya yang lagi satu. Kawasan yang ketat dengan sistem kawalan. Satu-satunya rumah terletak di kawasan tersebut. Rumah lain agak berjauhan sedikit. Rumah ini menjadi tempat perlindungan sementara.

Kepalanya terasa dicucuk. Tangan naik memicit dahi. Mindanya cuba mengimbas kembali memori yang paling terbaharu.

Malam.

Bangun.

Tapak kasut.

Lari.

Uzma...

I'll be back, pumpkin.

Eshal bersandar pada kepala katil. Tangan memeluk tubuh. Mata memandang tingkap yang terbuka, membenarkan angin lembut masuk ke dalam bilik.

“Bila awak akan balik?” bisiknya sendirian. Tidak sedar air mata menitik jatuh ke selimut.

Kedengaran ketukan halus di luar pintu, tangan pantas mengelap air mata dan matanya. Matanya digosok sedikit dengan lengan baju untuk menghilangkan segala bukti air mata.

“Masuklah,” ujarnya.

Kelihatan sahabatnya muncul disebalik pintu bersama senyuman kecil. Di tangan Adila terdapat sedulang bersaiz kecil. Secawan air susu dan semangkuk lempeng disaluti madu. Selimut diselak ke tepi. Dulang diletakkan ke atas ribanya.

“Kenapa susahkan diri bawak makan dekat aku?” guraunya tapi sahabatnya langsung tidak ketawa.

Eshal makan tanpa bunyi, doa makan juga tidak dilupa baca sebelum makan. Susu diminum. Adila hanya merenungnya sebelum memandang keluar tingkap.

“Lolo...”

Eshal setia dengar.

“Lolo kata dia orang mungkin lambat datang ke sini balik...”

Tangan berhenti makan. Sudunya terhenti di udara.

“Maksud kau?”

Dada mula berdebar.

Air mata sahabatnya jatuh tanpa bunyi. Kosong pandangannya keluar tingkap.

“—or they never come back...”

Terasa jantungnya berhenti buat seketika. Wajah sahabatnya yang berjujuran air mata dipandang serius. Badan laju berdiri, tangan memegang erat bahu sahabatnya. Melihat Adila menangis, hatinya terasa dicucuk. Tubuh sahabatnya dipeluk erat.

“Aku...”

Eshal hilang kosa katanya.

“Kenapa lolo cakap macam tu?”

“Kenapa...”

Akhirnya air matanya turut jatuh.

“Lolo kata dia orang tak akan balik, Habeeb.”

“Khair... Aku nak jumpa dia...”

Allah...

Semakin erat pelukannya.

Eshal memahami perasaan sahabatnya  dan dia perlu kuat demi sahabatnya walaupun hatinya masih berlubang. Hatinya boleh diletak tepi tapi sahabatnya tidak boleh diletak tepi. Sahabatnya ibarat separuh dirinya kerana mereka besar bersama-sama. Mereka tidak mempunyai satu rahsia pun tersimpan.

“Shush...”

Tangan menepuk bahu sahabatnya. Air mata jatuh tanpa mulut mengeluarkan sebarang bunyi melainkan menenangkan sahabatnya.

“Kau...”

Eshal menelan air liur lalu mengesat air matanya. Dulang tadi diletak di lantai kemudian bahu sahabatnya ditolak baring ke atas katil. Adila terus bergulung sambil menangis.

“Baring sebelah aku...”

Eshal menaiki atas katil lalu menyelimutkan Adila. Dia menemani sahabatnya sehingga Adila tertidur dalam tangisan.

Si gadis cepat berlari masuk ke dalam bilik air. Badan bersandar pada pintu tandas. Pantulan wajahnya dicermin direnung sebelum air matanya jatuh berjujuran kembali. Perlahan-lahan badan jatuh terduduk di atas lantai. Tangan memeluk tubuh, erat.

Eshal menangis sepuas hatinya.

Uzma tak akan balik semula?

He will.

He promise to me.

He will comeback.

He said he'll be back.

Teresak-esak si gadis menangis.

“A-awak tipu saya?” bisiknya.

Uzma tipu dirinya?

Uzma tipu.

Tapi...

Uzma tak pernah tipu...

Uzma tipu.

Uzma—

Uzma penipu.

Bersambung.

13 MAC 2023

Yes, chapter ini memang pendek sebab memang perlu pendek.

Thank you for waiting.
I'll be back in one week.

Kepada yang amik spm tahun ni, you've done your best. Good job for working hard ❤️

Take care.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Steely GazeWhere stories live. Discover now