ZH - 53

8.4K 649 37
                                    

"Zafar! Lepaskan aku!"

Farhani menjerit kesakitan. Rambutnya bagaikan mahu tercabut dari kepala. Tubuhnya sudah lemah apabila dibelasah teruk oleh Zafar. Malang betul nasibnya. Sudahlah tidak jadi kahwin dengan pilihan hati. Dapat pula teman lelaki yang berperangai macam iblis.

"Bodoh! Aku hantar kau untuk hancurkan Qayyum! Kau dah banyak rosakkan rancangan aku perempuan! Kau tahu tak?! Aku dah banyak rugi disebabkan bekas suami tak jadi kau tu!"

Zafar menolak kuat tubuh Farhani. Nafas dia turun naik menahan amarah. Sakit hatinya mengingat kembali bahawa segala barangan miliknya yang harus sampai ke Thailand tertangkap oleh pihak berkuasa.

Pengawalan ketat sudah dilakukan. Semua dadah miliknya dirampas dan menyebabkan dia telah rugi hampir dua ratus ribu ringgit. Sekarang ini, dia diburu oleh kongsi gelap di Thailand.

"A-aku tak tahu ma-macam mana b-boleh jadi...aku dah plan betul-betul dah. Tapi, aku tak tahu...please Zafar maafkan aku!" Rayu Farhani.

Hanya pada Zafar tempat dia bergantung selama ini. Zafar yang memberi dia kemewahan hidup. Memanjai dirinya dengan wang ringgit. Harta yang melimpah ruah. Dia sanggup bertekuk lutut di hadapan Zafar. Mengabdikan diri kepada lelaki itu. Insan yang telah memberi dia kehidupan selama ini.

"Ini kali terakhir perempuan! Kalau aku tahu kau gagal kali kedua, kirim salam pada nyawa kau..."

Kepala Farhani ditunjal kasar. Dia keluar dari bilik itu dan menghempas pintu kuat. Farhani menjerit dan menumbuk kuat lantai biliknya. Wajah dia penuh dengan kesan lebam. Berdarah sana sini.

Ini yang dia rasakan selama ini. Dialah tempat Zafar melepaskan amarah. Dialah tempat Zafar menuntaskan nafsunya. Segalanya dia. Farhani berang dan menyalahkan Qayyum atas keadaan yang menimpanya.

"Aku akan balas balik perbuatan kau...kau tunggulah..."

Di luar penthouse itu, Zafar menyarung jaket kulit ke tubuhnya yang hanya mengenakan singlet hitam kosong. Dua subang silver bertindak di kedua telinganya. Rantai silver bergantung di leher. Zafar melangkah keluar dari penthousenya.

Tangan dia asyik menekan-nekan telefonnya. Satu nama ditaip, ditekan ke butang panggil. Tidak sampai sesaat, panggilan dia berjawab. Zafar senyum puas. Ada juga mangsa untuknya.

"Hey baby. Kita jumpa malam ni nak tak?"

"Tempat biasa. I tunggu you dekat situ ok..."

Zafar terus mematikan panggilan apabila tiba di tingkat bawah. Lif yang dinaiki olehnya hanya khusus buatnya. Zafar masuk ke dalam kereta yang sudah ada anak buah di dalam.

"Tempat biasa..."

Tiba di sebuah klub malam. Tiga buah kereta yang mengiringi Zafar berhenti di hadapan pintu masuk. Zafar melangkah keluar, memandang suasana klub yang semakin dipenuhi manusia. Dia tersengih kepada pengawal yang berjaga di hadapan pintu masuk.

Senyuman Zafar makin lebar apabila melihat seorang gadis berpakaian seksi menunggunya di sebuah sofa tidak jauh dari pentas kecil. Suara dentuman muzik, jeritan manusia menghiasi suasana klub itu.

"Hey baby. Sorry I'm late..."

Zafar mengucup pipi gadis itu. Dia duduk di sebelah gadis itu dan terus merangkul pinggangnya.

"As usual honey. I pun baru sampai" balas perempuan itu manja. Dia melentok kepala di bahu Zafar. Bibirnya dalam diam mengukir senyuman sinis.

Zafar hanya keseorangan. Tiada pengawal peribadinya. Memudahkan kerja dia pada malam ini. Dia melihat seorang lelaki berpakaian pelayan menghantar dua gelas wain yang dipesan olehnya.

ZARA HELINA | C | ARS •8•Where stories live. Discover now