ZH - 40

9.9K 742 41
                                    

Helina tersentak apabila belakang tubuhnya terhentak kuat ke dinding sebaik sahaja dia masuk ke dalam biliknya. Bulat matanya memandang satu sosok tubuh tinggi tegap di hadapannya. Seringai sinis di bibir lelaki itu cukup membuatkan Helina berubah wajah.

"Kau dah langgar arahan aku Ara..."

Helina meneguk air liur mendengar suara serak basah itu. Entah macam mana lelaki itu boleh masuk ke dalam mansionnya sedangkan di luar pengawalan cukup ketat di lakukan oleh anak-anak buah dia yang lain.

"Macam mana aku boleh masuk?" Lelaki itu seakan dapat membaca fikiran Helina. Tangan besarnya menekup pipi kiri wanitanya.

Helina tergamam habis. Seakan lelaki itu dapat membaca fikiran dia. "A-awak buat apa dekat sini Qays?" Terluah jua suaranya.

Qays tersenyum sinis. Dia ralit membelai wajah Helina yang hanya dapat dilihat dalam samar cahaya dari luar balkoni bilik. Hening suasana di dalam bilik itu. Hanya kedengaran deruan nafas mereka berdua.

"Kau rasa kenapa aku dekat sini Ara? Kau tahu kan, aku tak suka kau jadi liar macam dulu..." dia memicit perlahan lengan kanan Helina dengan tangan kirinya.

Membuatkan Helina berdecit geram. Ingin saja dia meninju wajah Qays yang galak merenung dirinya umpama dirinya adalah haiwan yang bila-bila masa akan diterkam. Malah tangan lelaki itu tidak duduk diam. Merayap, menyusuri setiap inci tubuhnya.

"Kalau saya taknak?"

"Kau akan terima nasib kau sayang..."

Lalu, tanpa sebarang amaran lagi tubuh kecil Helina dihempas kuat ke atas katil. Qays cuba menahan dirinya dari menerkam Helina yang masih menyarung pakaian yang sama seperti dia berada di Black Market.

Mata dipejam rapat menahan gelora jiwa tatkala melihat tubuh putih mulus wanitanya. Qays hanya sekadar menindih tubuh Helina dari atas dan merenung dalam mata Helina. Seakan berbicara menggunakan isyarat mata.

"Can you move? I can't breath..." ujar Helina dalam nafas termengah-mengah. Bayangkan, tubuh dia yang kecil ditindih dengan tubuh besar lelaki itu. Mahu tidak sesak nafas.

Qays segera mengalihkan tubuhnya dan berbaring secara melentang di atas katil. Tangan kiri diletakkan ke atas dahi manakala tangan kanan di atas perutnya. Dia menahan sesuatu dalam dirinya. Dia tidak mahu, sisinya yang satu lagi keluar dalam keadaan dia begini.

Cukuplah dulu dia menyakiti Helina tanpa dia sedar. Qays tidak mahu mengulang kesilapan itu lagi. Helina terduduk di atas katil dengan kedua tangan dilipat ke dada. Wajah dia cemberut melihat Qays yang elok terbaring di atas katilnya.

"What are you doing here Qays? Kalau pasal tadi, ya...saya minta maaf. Saya buat semua tu bersebab. Bukan disebabkan duit atau pangkat atau kuasa..." Helina mengeluarkan suara setelah lama berdiam diri.

Qays mencelik matanya. Merenung wajah Helina yang mula berwajah kendur. Tidak cemberut seperti tadi. "Aku bukan marah kau Ara. Kau tahu kan, aku tak suka kau libatkan diri dalam Black Market lagi. Kau tahukan situasi kat sana macam mana? Nyawa menjadi taruhan..."

"Ara minta maaf..."

Helina menundukkan wajahnya. Takut betul dia melihat riak tegang Qays di hadapan dia. Lelaki itu langsung memeluk tubuh kecil Helina erat. Mengusap belakang wanitanya perlahan dengan deruan nafas yang semakin tenang.

"Aku taknak, anak-anak kita hilang ibu mereka sebelum mereka membesar. Ingat pada Irqy dan Arqish..."

Serentak itu juga, Helina merasakan pipinya mulai panas. Tidak sedar, bila masa airmatanya tumpah ke pipi. Qays yang mendengar esakkan Helina menarik nafas panjang. Dia merenggang pelukan mereka dan menatap wajah sendu Helina.

ZARA HELINA | C | ARS •8•Where stories live. Discover now