ZH - 50

9.1K 787 106
                                    

Helina merenung sayu kearah dada langit sambil memeluk kemas kedua lututnya. Mengingati segala kepahitan yang terjadi di dalam hidupnya, membuatkan dia dengan mudahnya menumpahkan airmata ke pipi. Alangkah indahnya, jika segala kesakitan yang dia alami selama ini digantikan dengan kebahagiaan.

Tapi Helina tahu, itu semua hanyalah angan-angan dia sahaja. Sejak dulu lagi, kebahagiaan tidak pernah berpihak kepadanya. Bahagia cuma seketika, dan dia lebih banyak menderita dari merasakan kebahagiaan itu.

Sakit. Itu yang dia rasakan selama ini. Dibenci. Dihina. Diejek. Malah dia tidak sanggup menghadapi orang-orang yang memandang dia penuh kebenciaan. Apatah lagi orang itu ahli keluarganya sendiri.

Sedangkan itu bukanlah kesalahan darinya. Bukan dia yang menjadi punca ini semua terjadi. Apatah lagi ingin hidup sebegini sekali. Helina melentok kepalanya di dinding. Mendongak memandang bintang-bintang di dada langit.







Pang! Helina tergamam apabila dia menerima sebuah tamparan yang cukup kuat di pipinya. Otaknya masih belum dapat proses apa yang terjadi pada masa ini. Dia dalam keadaan separuh sedar. Peritnya dipipinya tidak dihiraukan melainkan suasana berlainan dari bilik tidurnya yang sebelum ini.

Bilik ini mencirikan seorang lelaki. Dengan bauan lavender yang semerbak menyapa deria hidungnya membuat mata Helina membulat besar. Dia memegang kepalanya yang terasa berpinar.

Memegang kemas selimut di dadanya. Dia berasa sangat dingin dan seperti bahagian atas badannya terdedah sepenuhnya tanpa apa-apa pakaian yang membaluti tubuhnya saat ini. Allah! Helina terasa dirinya begitu menjijikkan apabila tersedar.

Apatah lagi, dirinya melihat sosok seorang lelaki yang terbaring di sebelahnya tanpa bergerak walau sedikit pun. Dengan keadaan badannya yang penuh dengan lebam gigitan cinta dan rambutnya yang cukup serabai membuatkan Helina terasa ingin menjerit.

"Tak guna! Kau perangkap anak aku kan!"

Helina menjerit kesakitan apabila rambutnya ditarik kuat dan secara tak langsung mendorong tubuhnya jatuh dari katil.
Helina memegang erat selimut menutupi tubuhnya yang tidak mengenakan apa-apa ketika itu. Celah pehanya terasa perit yang amat dan lebih kesal lagi dia melihat ada bercak darah di atas katil itu.

Sedangkan, si lelaki itu mengenakan seluar pendek tanpa baju. Helina menahan rasa pening di kepalanya menerima segala tamparan, jambakkan rambut dari Nur Aqira.

Dia tidak mengerti. Bagaimana dia berasa satu kamar di dalam bilik Qayyum. Abang sepupunya itu. Setahu dia, dia baru sahaja pulang dari sekolah. Seterusnya, dia tidak ingat apa-apa.

Helina mengigit bibir bawahnya apabila dia tidak dapat lagi menahan tubuhnya yang lemah itu. Dia memegang sisi kepalanya. Terasa mahu tercabut rambutnya apabila ditarik kasar sebegitu sekali.

Kiesha orang pertama meleraikan kegilaan Nur Aqira. Dia menarik tubuh tua itu menjauhi Helina yang nampak sangat lemah dan tidak berkutik satu pun. Menerima sahaja pukulan daripada ibu saudaranya.

"Sabar maksu! Kita perlu dengar penjelasan mereka dulu sebelum nak jatuhkan apa-apa hukuman sekalipun!" Tegas Kiesha dan memeluk erat tubuh ibu saudaranya.

Bimbang pula dia melihat kegilaan ibu saudaranya. Nur Aqira menarik nafas kasar. Ingin saja dia melukakan wajah Helina yang kelihatan seperti tidak bersalah.

"Erghhh!"

Kini mereka menumpu kearah suara garau yang baru sahaja terjaga itu. Qayyum memejam matanya beberapa kali sebelum dibuka seluasnya. Terpinga-pinga dia melihat keadaan di dalam biliknya. Apakah yang telah terjadi?

"Kenapa? Apa semua ni?"

Qayyum bingkas berdiri dan melihat keadaan biliknya yang seperti tongkah pecah. Pakaian merata di atas lantai dan pecahan kaca di sudut biliknyan. Kemudian, mata dia terpacak kearah bercak merah di atas katilnya.

ZARA HELINA | C | ARS •8•Where stories live. Discover now