ZH - 44

8K 694 65
                                    

Dia membuka matanya dengan pandangan kabur. Dia tersenyum nipis melihat kelainan dinding bilik dari yang sebelum ini. Sudah lama dia 'ditidurkan' membuatkan dia rasa agak lain merasai tubuh yang ditindih dengan sesuatu yang agak berat di bahagian lengan dia.

"Erm? My little thing..."

Dia tersenyum sinis melihat wajah polos Irqy yang tertidur berlapikkan lengan dia. Manakala Arqish tertidur di atas dadanya. Mereka berdua tertidur pulas tanpa sedar matahari sudah memancar ke ruangan bilik mereka.

Qayyum mengusap wajahnya. Dia rasa begitu lain apabila menakluki balik tubuh itu yang sudah lama dia tidak gunakan tubuh itu melakukan sesuatu yang sangat luar biasa.

Dia bangun secara perlahan-lahan. Bersandar di kepala katil sambil menyebak rambutnya yang terjuntai di dahi. Dia tersenyum sinis memandang budak lelaki yang tertidur di kiri dan kanan dia.

"Comel, tapi kau tak boleh lawan aku budak..."

Qayyum turun dari katil sambil meregangkan otot ditubuhnya. Dia memandang kembali Irqy dan Arqish. Merenung penuh makna dan mula mengingati satu persatu kejadian yang menimpa dia pada masa lalunya.
"Where my precious Ara hmm?"

Dia menerokai pelosok bilik itu. Ada gambar Helina sewaktu remaja, dengan rambut diikat toncang kuda. Tersenyum manis dan memakai kaca mata. Sangat polos. Dia mengusap gambar itu dengan ibu jarinya.

"Kau yang sekarang buatkan aku rasa lagi nak seksa kau budak" bisiknya perlahan.

Dia memandang gambar-gambar lain. Kebanyakkan gambar Helina bersama keluarganya, kembar dan beberapa rakan sekolahnya. Hanya itu sahaja. Qayyum memerhati gambar Helina penuh minat.

"Papa?"

Dia berpaling ke belakang. Irqy sudah berdiri terpacak di belakangnya sambil mengosok matanya. Rambutnya cukup serabai sekali.

"Kita nak pergi zoo kan harini?" Ucap Irqy dengan mata bulatnya.

Qayyum hanya memasang wajah datarnya. Irqy yang melihat papanya tidak memberi reaksi berkerut dahi pelik. Dia mendekati papanya dan menarik-narik seluar milik Qayyum.

"Papa tak sihat ke?"

Qayyum segera berdehem. Dia harus melakonkan watak sebagai Qays. Sisi dia yang satu lagi. Tapi kali ini, dia tidak akan biarkan 'Qays' muncul lagi. Sampai bila-bila. Dan dia akan memegang dua nama itu.

"Sihat. Pergi mandi, siap-siap. Lepas papa dah mandi kita pergi ya..." ujarnya dalam nada lembut.

Namun, pandangan tajam itu cukup membuatkan Irqy tidak mampu untuk bersuara. Irqy berlari anak keluar dari bilik Helina dan pergi ke biliknya. Arqish akan dimandikan oleh Medina nanti.

Qayyum memandang Arqish penuh makna. Dia ada rancangan dia tersendiri. Membuat Helina akan terus terkurung bersamanya untuk selama-lamanya.

Medina tersenyum melihat Qayyum yang baru turun ke tingkat bawah. Sedangkan Irqy dan Arqish sudah makan sarapan mereka bersama Farhan Adham, Darwin dan Hanz. Medina tersenyum menyapa Qayyum.

Qayyum hanya tersenyum nipis. Dia melihat sekilas sarapan yang terhidang pada pagi itu. Dia merenung pula ke arah Irqy dan Arqish. Kembar sudah bersiap dengan topi dan beg mereka. Hanya Arqish yang kelihatan masih lemah dengan wajahnya pucat. Namun, setelah memakan ubat keadaan Arqish akan jadi seperti biasa.

Antibodi dia masih lemah. Menahan segala terapi yang dilalui kanak-kanak seusia dia. Membuatkan tubuh dia lemah dari kanak-kanak normal yang lain.

"Ara ada call mama. Dia akan menyusul kamu dekat sana nanti"

Qayyum hanya angguk. Dia tidak berminat mahu membuka mulut dan hanya diam menjamah mee goreng. Dia mengetik telefonnya menghantar pesanan kepada Luke dan Mattias.

ZARA HELINA | C | ARS •8•Where stories live. Discover now