ZH - 66

8.8K 780 106
                                    

"Maaf, kami tak dapat selamatkan Tuan Farhan dan isterinya..."

Sekumpulan lelaki menunduk dengan wajah sugul mereka. Berita yang amat mengejutkan seluruh ahli keluarga Firash Aryan. Malah, merentap tangkai hati Firash apabila mengetahui anak keduanya mati bersama isterinya akibat dibom pihak musuh. Terperangkap dalam sisa runtuhan dan sehingga kini mayat mereka berdua tidak ditemui.

Darwin dan Hanz menahan airmata dari jatuh ke pipi. Sekelip mata, Allah swt menarik nyawa mama dan papa mereka. Menjadikan mereka yatim piatu. Tidak sempat mereka ingin membahagiakan Farhan dan juga Melina. Hati mereka berlagu pilu mendengarkan khabar dari anak buah Hanz yang dikerahkan untuk meneruskan operasi mencari mayat Farhan dan Melina. Namun, hasilnya tetap sama. Tiada tanda-tanda atau bukti yang mereka temukan di kawasan pengeboman tersebut.

"Allah...ya Allah..."

Firash jatuh terduduk di atas lantai hospital. Mereka berada di dalam wad VIP yang menempatkan anak bongsunya; Farish Amri dan Nur Aqira yang masih belum sedarkan diri setelah menjalani pembedahan.

"Anak aku. Ya Allah...aku tak kuat..." Firash menangis di atas lantai hospital.

Firhad segera memeluk papanya. Airmata jantan dia turut tumpah. Lepas satu persatu, ahli keluarganya pergi. Firash memeluk tubuh anak sulung erat. Dia begitu sedih dan terkilan, kerana Farhan meninggalkan dia begitu cepat. Malah, dia berasa sangat sedih mengenangkan Farhan anak yang banyak berkorban untuk keluarga mereka.

Darwin dan Hanz menghamburkan tangisan mereka. Terhinjut-hinjut bahu mereka. Mengenangkan, Farhan dan Melina yang kini sudah tiada. Hasil pencarian mereka nihil. Tiada sebarang tanda-tanda bahawa mereka berdua masih hidup.

Anak-anak buah Hanz terdiam. Mereka sudah kerah tenaga mencari di setiap runtuhan bangunan. Tiada apa-apa mereka temui selain limpahan daging yang berselerakkan di atas lantai, anggota badan yakni milik anak-anak buah Datuk Faruk yang terpisah kerana impak bom yang meletup cukup kuat.

Suasana di dalam wad itu bertukar sepi. Masing-masing menahan perasaan. Darwin dan Hanz paling berasa sedih. Khabar yang cukup mendukakan mereka berdua. Aira Kirana dan yang lain turut mengalirkan airmata mereka. Hanz lagi lah kecewa, kerana dia terlambat membantu mama dan papa dia.

"Tuan Hanz!"

Pintu bilik dibuka kasar oleh seorang lelaki. Dia berlari mendekati Hanz yang bersandar di dinding. Menunjukkan sesuatu di dalam iPad miliknya. Dia baru saja mendapat berita dari pasukan kedua yang dikerahkan mencari lagi mayat Farhan dan Melina. Selagi belum ditemui, Hanz tidak akan menghentikan operasi pencarian dia.

"Pasukan kedua jumpa ini Tuan!" Ujar lelaki itu dalam nada seriusnya.

Hanz segera mengambil iPad di tangan anak buahnya itu. Dibesarkan gambar yang agak kabur itu. Ada sepasang tangan yang saling bertaut dan Hanz cukup jelas apabila melihat cincin di jari manis kedua tangan yang saling bertaut itu. Wajah Hanz langsung berubah.

"Apa tu?" Darwin mendekati adiknya. Wajah dia berkerut melihat satu gambar di dalam iPad itu.

"Itu...itu...cincin kahwin mama dan papa kan..." tutur Darwin dalam nada terkejutnya.

Kedua tangan itu ditindih dengan timbunan batu yang cukup besar. Malah, ada kesan darah kering di atas lantai dan keliling tangan yang saling bertaut dan digenggam erat. Hati Darwin dan Hanz bagai direntap dengan beribu bilah pisau saat itu.

"Ta...tak...mungkin..." Darwin mengeleng kepalanya berulang kali. Dia tidak percaya apa yang dia lihat pada skrin iPad itu.

Tidak lama itu, kedengaran satu panggilan masuk dan mereka semua memandang Hanz yang masih kaku berdiri dengan riak wajah kosongnya. Firhad yang melihat kedua anak saudara hanya diam dan berdiri kaku, terus mengapai telefon milik Hanz yang diletakkan di atas meja kopi berhampiran.

ZARA HELINA | C | ARS •8•Where stories live. Discover now