ZH - 22

10.1K 771 56
                                    

" Kau nak pergi mana ? " teguran itu membuatkan badan dia tegak di atas tangga. Bibir diketap, apabila tersedar dia sudah tertangkap. " Bukan aku suruh kau tunggu dekat atas ke? ".

Suara itu semakin dekat. Makin hampir dengan dirinya. Helina memejam mata rapat. Buat apa dia duduk atas? Jika hanya terperap di dalam bilik. Niat nak turun ke bawah terus dimatikan. Badan dipusing ke belakang.

Menatap wajah dingin Qays yang berdiri di tangga atas. Memeluk tubuh sambil bersandar di palang tangga. " Hish! Nak naik lah ni..." dia merungut.

Dia kembali naik ke tingkat atas. Sambil menghentak-hentak kaki kerana geram. Helina mendengus- melanggar selamba bahu lelaki itu. Bibir dia tersenyum sinis.

Takut? Memang tak lah.

Qays senyum sinis. Berani betul perempuan itu melanggar dia? Tidak langsung menunjukkan riak takut. Tidak serik lagi ke kejadian tadi?

" Tunggu..."

Helina berhenti tepat di hadapan pintu bilik. Tangan dia sudah memulas tombol pintu. Menunggu kata-kata seterusnya dari Qays.

" Kau sini jap...aku nak cakap sesuatu dengan kau- " Qays mengamit Helina dengan jari telunjuknya. Mengarah gadis itu.

Helina dengan langkah longlai berdiri di hadapan Qays. " Erm...nak apa? " soal dia malas. Memeluk tubuh.

Qays mengeleng kepala. Lalu- lengan gadis itu dicengkam kuat. Membawa Helina ke tingkat tiga. Ke sebuah bilik yang tidak pernah sesiapa lagi masuk ke dalamnya. Kecuali Qays. Malah di tingkat atas- suasana sangat seram.

Ada beberapa lukisan berlatarkan hutan. Seram. Dengan warna gelap- menjadi wallpaper dinding di aras tiga. Pertama kali, Helina menginjak kaki ke lantai tiga itu. Itupun kerana paksaan daripada Qays.

Qays membuka pintu bilik warna coklat pudar itu. Kata laluan dimasukkan pada tombol pintu tersebut. Lalu- pintu itu terbuka apabila beberapa digit nombor yang dimasukkan adalah tepat.

Helina juga terheret sama masuk ke dalam. Dia pasrah diheret bagaikan patung tidak bernyawa saja. Qays menekan suis lampu- bilik yang tadinya gelap bertukar terang. Di dalam bilik itu tiada apa-apa.

Hanya ada sebuah katil saiz King. Ada beberapa rak yang tersandar kemas di dinding. Ada mini bar- juga beberapa alatan senjata yang tergantung kemas di dalam almari berkaca. Helina memandang kagum bilik itu.

Qays membawa Helina ke meja kerjanya. Atau lebih tepat- bilik yang mengawasi setiap kali anak buah dia keluar masuk. Ada sistem scanner dilengkapi apabila mereka yang melepasi pagar utama mansion dia. Hanya Qays atau Qayyum sahaja yang mengetahui kewujudan benda itu.

Senang untuk dia mencari musuh yang menyelinap masuk atau menyamar menjadi anak buahnya. Kerana- setiap anak buahnya memiliki cip mereka sendiri sebagai anggota mafia dia.

Helina di dudukkan di atas pangkuan dia. Terkebil-kebil gadis itu memandang Qays yang nampak serius menekan-nekan kekunci komputernya. Helina sendiri tidak mengerti- beribu perkataan yang ada pada skrin komputer itu.

Dia bukanlah hacker. Jadi- dia tidak faham bahasa komputer itu. Tapi dia takjub pada kebolehan Qays itu. Serba serbi boleh. Tanpa sedar- bibirnya mengorak senyuman.

" Kau nak buat apa? Apa benda semua ni? Kenapa kau bawa aku ke sini? " soal Helina ingin tahu.

Qays berdecit perlahan. " Diam jap. Aku nak fokus jap..." katanya dingin.

Helina mencebik bibir. Qays akhirnya tersenyum jua. Apabila dia berjaya mengodam sistem maklumat kumpulan Zafar. Malah- cctv mansion Zafar dia turut godam. Memperlihatkan setiap sudut rumah Zafar.

ZARA HELINA | C | ARS •8•Where stories live. Discover now