ZH - 58

7.8K 722 34
                                    

"Terima kasih..."

Farel tersenyum mesra. Dia mengelap peluh yang menitis di tepi kepalanya menggunakan tuala lusuh yang disangkut di belakang lehernya. Dia mengira wang yang diterima daripada seorang tauke cina. Dia menjual beberapa tandan pisang, sayur-sayuran dan buah kepala sebagai hasil untuknya meneruskan hidup.

Farel selesa melakukan kerja-kerja di kampung daripada berada di bandar atau pekan. Kawan-kawan sekampungnya ada mengajak dia untuk berhijrah ke bandar tetapi ditolak oleh Farel kerana dia sayang mahu meninggalkan kebun peninggalkan arwah ibu dan ayahnya.

Rezeki dia pada hari ini. Seorang tauke cina membeli semua hasil dari kebunnya dan mendapat wang yang cukup lumayan baginya. Hampir lima ratus ringgit dia peroleh dari hasil kebunnya. Farel tersenyum.

"Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah..." ucapnya penuh kesyukuran. Farel mengemas segala peralatan digunanya dan diletakkan di dalam pondok kecil yang berada di tengah kebunnya.

Dikunci pintu pondok itu setelah siap mengemas. Farel menepuk-nepuk tangannya. Dia melihat langit. Semakin mendung dan gelap. Dia pasti, sebentar lagi akan masuk waktu maghrib. Farel cepat-cepat bergegas ke arah motor cabuknya yang dipakir di pintu masuk kebunnya. Hujan rintik-rintik mula mengenai kulit wajahnya. Farel cepat-cepat menghidupkan enjin motornya.

Di pertengahan jalan, hujan mula semakin lebat. Farel menunggang motornya dengan berhati-hati. Bimbang pula terlanggar lubang di atas jalan. Tidak sampai dua puluh minit dia menunggang motor, dia tiba di sebuah rumah kayu sederhana berwarna coklat tua.

Farel memakir motornya di bawah rumah kayu itu. Pakaian sudah basah lencun terkena tempias hujan. Farel menghembus nafas lega apabila dia tiba di rumah itu dengan selamat. Farel berjalan menaiki ke atas rumah. Dia menunduk sambil berpaut pada tiang tangga. Mencari-cari kunci rumah di dalam poketnya.

Dia memandang ke depan. Bulat matanya melihat dua sosok tubuh yang berdiri di hadapannya. "Astaghfirullah!"

Farel mengurut dadanya melihat dua manusia yang tersengih-sengih di hadapannya. Dia memandang mereka dengan wajah dia yang semakin tenang.

"Kamu berdua siapa? Ada apa-apa ke sampai cari saya dekat sini?" Soal Farel sopan. Dia menjirus kedua kakinya menggunakan air di dalam tempayan.

"Erm...aku Hael. Di sepupu aku Kiesha. Kita orang datang sini sebab abang aku suruh" ujar Hael setelah Farel naik ke atas.

"Abang? Siapa?" Farel mengerut dahinya.

"Maksud aku, Qayyum. Haa...Qayyum..." Hael cepat-cepat memetik nama abangnya. Terlupa pula nak sebut nama.

Farel mengangguk. Dia membuka kunci pintu rumahnya dan menolak pintu itu luas-luas. Farel memberi salam, melangkah kaki kanan sebelum masuk. Hael dan Kiesha berpandangan. Farel memandang dua manusia itu dari belakang.

"Jemput masuk. Buat lah macam rumah sendiri. Aku nak mandi kejap..." ujar Farel lalu dia beredar ke dalam rumah.

Hael menggaru keningnya. Tetapi dilangkah jua kaki memijak papan kayu rumah Farel. Kiesha mengikuti dari belakang dengan riak wajah terujanya. Bukan senang dia dan Hael datang ke kampung semata-mata arahan dari Qayyum.

Mereka melihat sekeliling rumah itu. Berlapikkan tikar getah yang lama. Hanya ada kerusi rotan, kabinet tv, kabinet hiasan dan gantungan ayat-ayat suci Al-Quran.

Hael melabuh punggungnya di atas kerusi rotan. Beg galasnya diletakkan di tepi kerusi. Manakala, Kiesha mengheret bagasi miliknya ke tepi dinding dan disandarkan ke situ. Kiesha duduk di sebelah Hael. Dia menjungkit tinggi keningnya.

"Kita nak jawab apa kalau dia tanya kenapa kita datang sini?" Bisik Kiesha di telinga Hael.

"Jawab jelah ada kerja. Tak akan nak jujur pula. Kan lari mamat tu..." balas Hael dalam nada malas.

ZARA HELINA | C | ARS •8•Where stories live. Discover now