ZH - 59

8.4K 819 57
                                    

Qayyum mengemas pakaian dia dan dimasukkan ke dalam satu beg hitam. Dia kemudian mendekati katil yang menjadi tempat dia menghuni selama seminggu itu. Jaket denim biru gelap disarung ke tubuh tegapnya. Dia mengemaskan penampilan dia buat kali terakhir. Mata dia memandang Luke yang setia berdiri tidak jauh darinya.

"Kau dah betul-betul okay ke?"

Qayyum memandang Luke yang kelihatan risau dengannya. Qayyum menarik senyuman kecil. Dia memandang katil di sebelah dia. Kelihatan Arqish masih lagi tertidur setelah menerima rawatan dari doktor tadi.

"Okay. Kau jangan risaulah" balas Qayyum perlahan.

Dia sudah membuat pembedahan sum-sum tulang bersama Arqish. Qayyum bersyukur kerana ujian yang dibuat pada hari itu sesuai dengan Arqish. Kesihatan anaknya masih membaik dari sebelum ini. Dia yakin, Arqish akan menjadi sihat seperti sediakala. Itu doanya.

"Sayang..."

Arqish membuka matanya. Dia segera bangun dari pembaringan apabila terpandang wajah Qayyum yang berdiri di sebelah katilnya.

"Papa nak pergi dah ke?" Soalnya dalam nada sayu. Dia sedih, kerana dirinya masih belum dibenarkan keluar dari hospital. Masih ada sedikit lagi pemantauan dari doktor.

"Iya sayang. Papa kena pergi, sebab papa dah sihat. Jadi, papa nak Arqish dengar cakap doktor. Jangan nakal-nakal. Kalau tak, papa suruh doktor tahan Arqish lagi lama lagi kat sini. Nak tak?"

Arqish mengeleng kepalanya laju-laju. Bibirnya tercebik-cebik mahu melepaskan tangisan. Qayyum segera memeluk Arqish. Haih menangis pula. Bibir Qayyum mengucup kepala anaknya yang dibaluti dengan bennie hitam.

"Ar-Arqish tak nak duduk sini lagi papa..." rengek Arqish dalam tangisan dia.

"Arqish kena tinggal dekat sini sayang. Nanti bila doktor suruh Arqish balik, kita balik ya..."

"Arqish rindu momma dan Irqy..."

Qayyum tersenyum lagi. Alahai anak. "Kalau Arqish rindu momma dan Irqy. Arqish kena sembuh. Kena sihat. Kalau Arqish sakit lagi, mesti momma dan Irqy sedihkan...jadi papa nak Arqish sihat dulu. Arqish kat sini tak sorang-sorang pun. Ada kawan kan?"

Arqish mengangguk. Siapa lagi kawan dia kalau bukan anak buah Qayyum yang menjadi pengawal peribadi Arqish. Mereka melayan saja kerenah Arqish sepanjang mereka menjadi pengawal peribadi Arqish.

"Arqish nak sihat papa!" Jerit Arqish penuh semangat.

Qayyum tersenyum lebar. Kepala Arqish diusap lembut. Dia memandang Luke dan memberi isyarat kepada lelaki itu. Dia sudah memaklumkan kepada anak-anak buahnya di luar bilik untuk menjaga keselamatan Arqish.

"Bagus...macam nilah anak papa"

Arqish tersengih-sengih. Suka dipuji oleh Qayyum. Dia memeluk badan Qayyum erat. Tidak sanggup mahu berpisah dengan papa kesayangan dia. Qayyum membalas pelukkan Arqish sama erat.

"Dah sayang. Papa nak gerak dah..."

Arqish perlahan-lahan melepaskan pelukkannya. Dia menarik senyuman. Qayyum kembali berdiri, membetulkan jaket denimnya. Kaca mata dipakai.

"Bad..."

Badrul melangkah masuk apabila mendengar namanya dipanggil oleh Qayyum. Dia menunduk hormat pada ketuanya. Earpiece sentiasa berada di telinga kanannya. Disebalik kot hitamnya, ada sepucuk pistol terselit kemas di pinggangnya.

"Pastikan tiada apa-apa berlaku pada anak aku! Kalau tak, kau tahulah nasib kau dengan yang lain!"

Badrul mengangguk. Dia faham maksud di sebalik kata-kata dari ketuanya. Qayyum melambai tangannya dan dibalas riang dari Arqish. Pintu wad itu ditutup rapat. Dia memandang Luke yang menunggu di luar bilik sambil menjinjing beg pakaian dia.

ZARA HELINA | C | ARS •8•Where stories live. Discover now