ZH - 70

20.5K 867 213
                                    

Bunyi hentakkan kasut itu cukup membuatkan bulu roma sesiapa sahaja yang meremang. Apatah lagi pemiliknya. Pengawal-pengawal yang berjaga di luar bilik kurungan itu masing-masing menundukkan kepala mereka. Tidak berani menatap wajah datar ketua mereka.

Krek! Pintu bilik kurungan balik hujung itu dibuka luas. Dia melangkah masuk dengan kedua tangan berada di dalam poket. Berdiri tegak menghadap dua pasangan yang terikat di kerusi. Bibirnya menyungging senyuman sinis melihat dua orang anak buahnya melibas kuat tali ke badan Datuk Faruk dan Farhani. Pakaian mereka terkoyak dan terdapat kesan darah pada tali cabuk itu.

"Berhenti..." suara Qayyum bergema.

Dua anak buahnya patuh. Bergerak menjauhi Datuk Faruk dan Farhani yang nampak lemah tidak bermaya. Qayyum berdiri tegak di hadapan dua pasangan itu. Hati dia sangat puas. Puas kerana dapat melihat riak kesakitan di wajah dua musuhnya itu.

Black Room.

Tempat dimana Qayyum dan anak-anak buah dia yang lain akan menyeksa musuh mereka hingga mati. Tiada kemaafan lagi. Qayyum tidak akan meminta ampun jika dia menyiksa musuh-musuhnya di dalam bilik itu. Tangisan. Rintihan. Raungan. Itu semua bagaikan nyanyian merdu buatnya.

"Tch...lemah" ejek Qayyum cukup perlahan.

Datuk Faruk mengerling Qayyum melalui ekor matanya. Kelakuan lelaki itu agak lain. Diam. Mendekati sebuah meja yang mempunyai pelbagai alatan tajam. Membuatkan bulu roma Farhani berdiri. Dia sudah kehabisan tenaga. Dicabuk tanpa ampun oleh dua anak buah Qayyum. Membuatkan tubuh dia berasa sakit. Ditambah lagi luka tembakan di betisnya.

"Kau nak buat apa?" Darwin bersandar di dinding. Riak dia datar saja melihat wajah Datuk Faruk.

Orang yang telah membunuh papa dan mamanya. Hanz juga berada di dalam bilik itu. Hanz hanya berdiri dengan riak kosongnya. Tidak tertarik mahu menyertai abang iparnya menyeksa Datuk Faruk dan Farhani.

"Aku nak main-main sekejap..."

Hanz berasa ngeri mendengar suara Qayyum. Bukan- Qays. Ya, itu adalah Qays. Personaliti Qayyum yang sangat kejam apabila dirinya terjaga dari tidur.

Luke, Mattias, Hunter dan Asy berpeluk tubuh di bahagian atas. Menyaksikan gerak geri Qayyum dari bawah. Diam. Tapi tidak bermakna Qayyum tidak menyeksa dua makhluk itu. Mereka begitu teruja mahu menyaksikan Qayyum menyeksa dua pasangan itu.

Qayyum akhirnya memilih satu pisau yang cukup tajam. Dia melangkah menghampiri Datuk Faruk dan Farhani. Datuk Faruk tersandar lemah di kerusi. Nafas dia kedengaran mengah. Qayyum menarik sebuah kerusi besi. Dia duduk menghadap Datuk Faruk.

"Ka...kau nak bu...buat a...apa?" Soal Datuk Faruk dalam suara bergetar. Bibir Qayyum menyungging senyuman sinis.

"Aku nak main-main dengan kau orang tua. Aku nak tambah ukiran pada tubuh kau. Tak salah kan?" Balas Qayyum dalam suara begitu dalam. Seram di telinga mereka semua.

Datuk Faruk menjerit apabila terasa kulit di bahagian perutnya dikelar oleh Qayyum. Dihiris begitu dalam. Darah membuak-buak keluar. Tidak cukup dengan itu, Qayyum merobek perut Datuk Faruk. Membuatkan orang tua meraung kuat.

Hanz yang melihat membuat wajah jijiknya. Darwin masih beriak santai. Sedangkan, mereka yang berada di atas bersorak kuat. Teruja menyaksikan penyeksaan yang baru bermula itu. Hunter tersenyum sinis. Vodka di tangan diteguknya.

Farhani di sebelah Datuk Faruk tidak dapat menahan mualnya. Akhirnya, dia termuntah di sebelah Datuk Faruk. Mual melihat perut Datuk Faruk yang dirobek kasar oleh Qayyum menggunakan kedua tangan.

"Darwin..."

Mendengar namanya dipanggil oleh Qayyum, Darwin melangkah menuju ke arah Qayyum. Memandang abang iparnya dengan wajah datarnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 12, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ZARA HELINA | C | ARS •8•Where stories live. Discover now