ZH - 27

8.9K 693 42
                                    

Helina memandang sekeliling kawasan mansion itu sebelum dia bertindak memanjat tembok yang setinggi pokok mangga itu. Dia rasakan waktu ini sangat tepat untuk dia melarikan diri buat seketika. Dia cukup lama menyembunyikan diri dalam mansion tersebut. Sudah lama dia tidak beraksi.

"Kau lambat..." lelaki itu mendongak wajah. Kedua tangan dia yang berada di dalam poket di bawa keluar. Sudah hampir setengah jam dia menunggu Helina di satu simpang berhampiran dengan mansion itu.

Helina tersengih. Dia meniup anak rambut yang hampir menutup matanya. "Kau fikir senang ke aku nak lepaskan diri dari penjara tu? Aku terpaksa gunakan kemahiran IT aku untuk hack cctv dalam rumah tu, kalau tak memang aku tak ada dekat sini sekarang ni"

Helina terus masuk ke dalam kereta Proton Wajah hitam itu. Dia mengibas wajah dengan tangan. Lelaki itu mencebik bibir, dia masuk ke tempat pemandu. Enjin kereta dihidupkan.

"Bila kau lari diri dari jantan tu?" Soal Faris dalam nada dingin. Dia menekan pedal minyak meninggalkan kawasan mansion itu.

Helina tersenyum hambar. Bila difikirkan, memang dia banyak peluang untuk melarikan diri daripada cengkaman Qayyum. Tetapi, dia tidak mahu dan meneruskan hidup seperti hamba kepada lelaki itu.

"Sampai bila kau nak tubuh kau disakiti terus oleh dia? Kau tahu kan, kesilapan itu berpunca dari salah faham?"

Sungguh, Faris tidak mengerti dengan tindakan Helina yang sanggup menghambakan diri kepada lelaki tidak guna itu. Faris sudah acap kali menasihati kepada Helina, bahawa perbuatan dia ini sia-sia. Tidak bakal dimaafkan sampai bila-bila.

"Aku tahu...kau diam je...aku tahu apa yang aku tengah buat sekarang ni..." Helina berkata tegas. Dia membuang pandangan keluar tingkap.

Faris mengerling riak wajah Helina di sisi dia. Melihat wajah Helina yang bertukar sendu itu, membuatkan dia melepaskan keluhan lemah. Dia tahu, Helina sudah banyak memendam rasa selama ini. Waktu kanak-kanak dan remaja dia tidak seindah mana. Penuh dengan duka dan kekecewaan.
















Helina bersiul-siul kecil sambil menimbang-nimbang duit syiling di tangan dia. Baki pembelajaan dia di kedai runcit berbekalkan duit belanja yang diberi oleh atuknya. Helina tersenyum suka. Dia mengangkat tinggi plastik yang berisi aiskrim, roti dan beberapa jenis coklat di dalam itu.

Helina bukan jenis suka meminta-minta. Kerana sudah didik oleh Farhan Adham dan Zara Helina untuk hidup dalam kesederhanaan. Sering diingatkan, bahawa ada lagi orang di luar sana yang lebih susah dari mereka. Membuatkan Helina sentiasa memperingati diri sendiri.

Helina memasuki kawasan perumahan elit disitu. Dia berdiri di hadapan pintu gerbang sebuah rumah berwarna kelabu gelap dan terang itu. Dia berkerut kening melihat pintu pagar disitu terbuka, malah tiada pengawal yang menjaga rumah agam itu.

Dia membetulkan beg sekolahnya. Dia pulang lewat kerana menghadiri kelas tambahan di sekolah. Maklumlah, dia merupakan pelajar PT3 yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi.

Dia berhati-hati menyelinap masuk ke dalam rumah. Mata Helina terbeliak luas melihat beberapa lelaki memecah masuk ke rumah atuk dia. Helina menekup mulut melihat mereka memegang senjata.

Tiada seorang pun di rumah pada waktu itu. Adik-adik dia masih di sekolah kerana waktu persekolahan mereka pada sesi petang. Malah yang lain akan pulang pada pukul 6 petang mengikut waktu pejabat begitu juga dengan atuknya.

Helina memejam mata. Mengingati kembali kemahiran seni pertahankan diri yang dia belajar diam-diam bersama ibu bapa dia tanpa pengetahuan ahli keluarga yang lain. Kerana golongan perempuan tidak digalakkan memasuki dunia kegelapan keluarga itu.

ZARA HELINA | C | ARS •8•जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें