ZH - 42

8.7K 764 45
                                    

Farhani menghempas kuat tubuhnya ke atas katil. Geram bukan main lagi mengenangkan bagaimana layanan keluarga besar itu melayani dirinya. Farhani ingin sahaja membunuh mereka semua pada waktu itu jua. Ditahan rasa hati dan meluatnya untuk menjadi hati bakal ibu mentuanya. Sikit saja lagi, keluarga itu akan berpecah seperti yang dirancang olehnya selama ini.

"I hate this very much!" Dengusnya kasar. Kebaya yang masih melekat di tubuh langsingnya dibuka dan hanya meninggalkan pakaian dalam sahaja.

Kemudian, Farhani dengan beraninya melangkah keluar dari biliknya dengan wajah menggoda. Sempat dia mengenyit mata kepada para pengawal yang berkawal di sekitar mansion milik Zafar.

Lelaki berketurunan Melayu-Bugis. Farhani hanya menutupi tubuhnya dengan sehelai bathrobe berbentuk kimono berwarna hitam jarang. Menembusi setiap inci kulit di tubuhnya. Farhani menolak pintu bilik utama yang menempatkan master bedroom milik Zafar.

Dia menjulingkan kedua mata dia ke atas melihat Zafar dan dua wanita yang asyik dalam 'aktiviti' asmara mereka. Farhani dengan sengaja menjatuhkan pasu bunga yang berada di atas meja solek berdekatan.

"Opss...tak sengaja"

Farhani menekup mulutnya dengan kedua mata dibulatkan. Seakan terkejut dan secara tak langsung menganggu aktivi Zafar bersama dua wanitanya. Zafar mendengus kasar dan melepaskan ciuman kasarnya ke atas seorang pelacur yang dilanggang olehnya.

Dua wanita itu tanpa rasa malu berlalu pergi tanpa mengenakan kembali pakaian ke atas tubuh mereka. Zafar menarik bathrobe satin hitam miliknya dan disarungkan ke tubuh tegapnya.

"Kau nak apa kacau aku malam-malam ni?" Zafar merenung Farhani itu atas bawah beberapa kali. Sengihan sinis ditariknya melihat penampilan berani mati wanita itu.

"Aku dah buat apa yang kau nak? Jadi, boleh aku pergi bercuti lepas ni?" Farhani menagih janji Zafar.

Dia telah memohon percutian selama seminggu dari Zafar dan selama itu Farhani akan menyepikan diri. Dia tidak mahu sesiapa menganggukan termasuklah Zafar walaupun mereka merupakan pasangan kekasih.

"Damia...Damia..."

Zafar berjalan mendekati wanitanya. Sebaik sahaja mereka saling berhadapan, Zafar langsung merengkuh pinggang Farhani masuk ke dalam pelukkan dia. Menghidu wangian dari tubuh Farhani dengan mata terpejam rapat.

"Kau nak tinggalkan untuk satu minggu hmm?" Bisik Zafar perlahan. Membuatkan wajah Farhani berbahang malu.

"You kan ada perempuan tu semua untuk layan you. Why not, you bagi I pergi holiday just for a week je. I dah penat sangat dengan permainan keluarga mereka yang tak habis-habis tu. Can you?"

Farhani melingkari kedua tangan dia di leher Zafar. Merenung penuh dalam mata hitam pekat milik Zafar. Kerana mata itu dia sering hanyut dalam belaian asmara Zafar. Sanggup menyerahkan mahkota miliknya kepada lelaki itu.

"Mereka tak sehebat you sayang. Kau lain dan mereka lain. Pasal keluarga tu, aku akan uruskan sendiri"

Zafar mengucup perlahan pipi Farhani. Memeluk tubuh langsing itu rapat ke badannya. Bibirnya molerek senyuman sinis. Senang betul dia nak pujuk rayu Farhani. Dihujani dengan ciuman, kata-kata manis dan secepat itulah Farhani akan jatuh ke dalam dakapan dia.

"Habis kenapa you langgan pelacur tu jugak kalau you dah ada I untuk layan you, hmm...?"

Zafar melepaskan tawanya. Menarik Farhani ke birai katil. Dia duduk sambil memangku wanitanya. Jari jemarinya menyusuri helaian rambut keperangan milik Farhani.

"You tahukan I tak akan cukup seorang. Jadi, aku suruh my man untuk bawa dua pelacur tu ke mansion I. Jangan risau, lepas I gunakan mereka, my man akan terus bunuh mereka sayang..."

ZARA HELINA | C | ARS •8•Where stories live. Discover now