ZH - 01

22.9K 1.1K 51
                                    

ARALICIOUS.BAKERY

Signboard di atas kedai kecil di kaki lima itu dipandang lama . Riak wajah dia sangat-sangat teruja kerana impiannya untuk memiliki sebuah bakeri dengan hasil titik peluhnya sendiri akhirnya tercapai .

Tidak sia-sia selama ini dia menghadiri bengkel , kursus dan bekerja di sebuah kedai bakeri setelah tamat pengajian 3 tahun yang lalu . Usaha dia membuahkan hasil .

" Puas hati ? " .

Dia angguk laju . Gila tak puas , ini yang dia impikan selama ini . Dia memeluk lelaki berusia di sebelah dia .

" Thanks papa " ucapnya dalam nada terharu .

Farhan Adham senyum . Dia akan membuat apa-apa sahaja demi memenuhi impian satu-satunya anak perempuan dia ada itu . Rambut Helina diusap lembut .

" Ara rasa nak nangis sekarang ni pa . Rasa gembira sangat-sangat sebab dapat juga buka bakeri ni ... alhamdulillah pa ... " katanya sebak .

Farhan Adham senyum . " Untuk anak papa , papa akan buat apa-apa sahaja untuk kebahagiaan Ara " .

Mereka masuk ke dalam kedai itu . Nampak moden dan ada sedikit ciri-ciri klasik . Ada kiosk kecil untuk budak-budak yang mengemari aiskrim . Dia memandang semua yang berkumpul di dalam kedainya .

" Tahniah Ara ! Aku bangga dengan kau " ujar Kiesha pada sepupunya itu .

" Thanks Sha ! " ucap Helina dan memeluk Kiesha erat .

Tidak lama itu datang dua lelaki membawa troli yang di atasnya ada kek yang dihias cantik . Helina menekup mulut . Airmata sudah bergenang di tubir matanya .

" Happy Birthday Ara ! " ucap mereka serentak .

Disertai dengan tiupan belon dan beberapa letusan kecil di atas kepala Helina . Zara Medina memakaikan kain di bahu anaknya yang tertulis 'Birthday Girl' .

Helina tidak menyangka mereka semua turut menyambut ulang tahun kelahirannya . Dia sendiri lupa , apatah lagi mahu mengingat kerana dalam kepala dia penuh dengan dekorasi kedai miliknya .

Mereka tertawa suka . Menjamu selera dengan beberapa jenis makanan yang sempat ditempah oleh Kiesha . Zara Medina pula bertindak sebagai pengarah yang mengaturkan 'party' kejutan kepada anak daranya .

" Ni hadiah untuk kau kak . Malam ni kau dah tak sunyi dah " Darwin dengan muka bekunya menghulurkan teddy bear sebesar saiz badan Helina . Warna coklat gelap .

Helina makin teruja .

" Auw ! Thanks Hay ! Ni yang akak makin sayangkan kau ni " pipi Darwin dikucup oleh Helina .

Membuatkan Darwin terus membuat muka dan menolak Helina menjauhinya . Kesan ciuman itu disapu kasar . Dia tak suka dicium apatah lagi dimanjakan !

" Sikit-sikit dah arr kak ! Kau ingat aku budak ke apa ?! " marah Darwin namun tidak bermaksud apa-apa pun .

Helina sengih . " Alah tak luak pun aku cium pipi kau tu . Tetap ada anak dara nak kat kau " kening diangkat beberapa kali .

Darwin buat muka . Malas mahu melayan perangai nakal Helina . Boleh sakit jiwa . Mentang-mentang dia jenis tak layan perempuan , bukan main si kakak mengusik .

Kali ini si bongsu ke hadapan . Tersenyum sambil menghulurkan satu kotak kepada Helina .

" Aden pun ada sesuatu untuk akak . Aden beli dengan duit Aden sendiri " Hanz sengih .

Helina mengerut dahi . Wajah Hanz dipandang lama-lama . Bukan dia tak kenal si bongsu tu . Kuat sangat mengusik . Ada je akal dia nak kenakan orang .

ZARA HELINA | C | ARS •8•Where stories live. Discover now