ZH - 49

8K 767 71
                                    

Tepat pukul satu pagi, Qayyum terjaga dari tidurnya kerana merasa haus dan kering tekak. Dia bangkit dari tempat tidurnya sambil mengapai t-shirt putihnya yang terletak di birai katil. Menjadi kebiasaan untuknya tidur tidak memakai baju. Dia menguap besar sambil tangan membuka pintu bilik perlahan-lahan.

Dengan diterangi cahaya lampu malap, dia menuruni tangga sambil melihat-lihat suasana rumah datuknya yang semakin sunyi. Maklumlah, pada waktu begini semua sudah masuk tidur. Dia melewati tangga di tingkat dua.

Sempat dia meninjau bilik Farhani. Ternyata perempuan itu sudah tertidur. Dia tersenyum sinis. Farhani tidak akan tidur lewat kerana wanita itu begitu menjaga kecantikkan pada dirinya.

Dia akhirnya turun ke tingkat bawah. Membelok ke belah kiri memasuki ruangan makan terlebih dahulu barulah bertemu ruangan dapur. Berkerut dahi dia melihat suasana belakang halaman rumah datuknya terang benderang.

Dia membuka peti ais dan mengambil sebotol air mineral sejuk. Dibuka penutup dan diteguk sedikit bagi melegakan tekaknya. Qayyum mendengar jelas suara gelak tawa di belakang halaman.

Kerana rasa ingin tahu, dia melangkah ke belakang halaman rumah. Kawasan kolam renang yang terletak dalam jarak dua meter dari kawasan rumah terlihat terang benderang. Disusuli dengan suara gurau senda membuatkan Qayyum tanpa sedar melangkah ke situ.

Helina tertawa senang melihat tingkah laku bodoh yang ditunjukkan oleh Hael dan Hanz. Mereka dengan senang hati berjoget dan diiringi lagu dangdut yang dipasang pada telefon milik Kiesha.

Mereka berdua mengoyangkan punggung mereka, kemudian melagakan sesama sendiri membuatkan tawa mereka berderai tanpa dapat di tahan lagi.

Kawasan kolam renung itu dipenuhi dengan gelak tawa mereka. Kiesha elok melantak ayam goreng KFC. Turut ada disitu pizza dan burger yang dibeli tepi jalan. Aina pula hanya mengeleng kepala melihat perangai tiga suku kedua sepupunya.

Hanz dan Hael melepaskan tawa mereka. Seronok sangat bergoyang sana sini sampai mereka bertindak bodoh seperti itu. Darwin pula hanya diam, memerhati air di dalam kolam renang.

"Kenapa tak tidur lagi?"

Mereka tersentak menerima kehadiran Qayyum yang tiba-tiba itu. Qayyum berdiri tegak sambil memeluk tubuh. Merenung mereka semua dan akhir sekali jatuh ke arah Helina yang asyik melahap burger.

Begitu berselera sekali Helina mengigit dan mengunyah burger tanpa menyedari sekelilingnya yang telah berubah. Hael yang tersedar akan renungan tajam abangnya terus menarik sengih.

"Eh bang. Bila masa berdiri kat situ?" Lain yang ditanya, lain yang dijawab oleh adiknya.

Qayyum mendengus. Dia mendekati mereka semua, lalu tanpa segan dia melabuh punggung di sebelah Helina. Tersedak Helina melihat Qayyum yang sudah duduk di sebelah dia. Dada ditepuk beberapa kali menahan perit di bahagian dada.

Qayyum segera menghulurkan air miliknya. Helina tanpa banyak soal, meneguk air itu dengan laju. Perit tekak dia apabila tersedak burger. Yang lain hanya memerhati sambil menarik sengihan.

Hanz dan Darwin saling berpandangan. Hanz hanya mempamerkan wajah biasanya berbeza dengan Darwin. Pandangan cukup tajam memerhati Qayyum yang duduk di sebelah kakak kesayangan dia.
"Kita makan-makan abang. Maklumlah, dekat dalam tadi ada makhluk asing pulak menganggu. Terpaksa lah kami makan malam-malam macam ni" Kiesha mula bersuara apabila suasana tiba-tiba sepi dengan kehadiran sepupunya.

Aina sudah menjengil mata kepada adiknya. "Adik! Behave!" Dalam lembut, ada ketegasannya.

Kiesha hanya buat wajah tidak pedulinya. Tangan dia laju menyambar dua potongan pizza bersaiz kecil yang masih berbaki di dalam kotak. Dia tidak takut pun dengan abang sepupu dia.

ZARA HELINA | C | ARS •8•Where stories live. Discover now