ZH - 03

15.3K 981 49
                                    

" Tuan ! " .

Mereka menunduk hormat apabila seorang lelaki bersut hitam melepasi mereka di bahagian lobi itu . Terkejut dengan kehadiran lelaki itu , secara tiba-tiba tanpa khabar apa-apa dari pihak lelaki itu . Mereka semua menunduk hormat tanpa ada seorang pun berani mendongak melihat wajah lelaki itu .

Pernah sekali , seorang pekerja wanita yang baru masuk pada tiga bulan lepas ditembak sia-sia sahaja di lobi syarikat besar itu kerana berani mendongak memandang wajah lelaki itu .

Itu yang membuatkan mereka semua takut . Bahkan tidak ada sesiapa pun berani menasihati atau melarang lelaki itu kecuali keluarga dan teman rapat . Ya , lelaki itu psiko !

Tidak kira tempat atau dimana pun keberadaan dia , akan ditembak jika orang itu telah menganggu keamanan dia . Dia tidak takut jika ditangkap polis sekalipun itu sudah beberapa kali lokap besi itu menjadi tempat tidurnya .

Dia menaiki lif , diikuti lima lelaki yang mengawal dia secara bulatan itu . Tingkat 30 ditekan oleh salah seorang lelaki berpakaian serba hitam itu . Mereka mendongak , tanpa senyuman dan pandangan dilontar juga kosong . Tidak berperasaan .

Ting ! Mereka sampai ditingkat 30 . Kaki dilangkah keluar , sama seperti di bahagian lobi semua menunduk tanpa sesiapa pun mendongak wajah melihat gerangan yang melangkah keluar dari lif VIP tadi .

HAEL IQRAM
PRESIDENT OF GREENLAND COMPANY

Dia menolak selamba pintu bilik kayu itu dari luar . Membuatkan orang di dalam segera mendongak dek kerana rasa terkejut dengan hempasan pintu yang kuat itu . Dokumen yang diselak tadi segera diletak ke tepi .

" Am , kau buat apa datang sini ? " soal Hael dalam nada pelik .

Setahu dia , si abang begitu payah menjejak lantai syarikat keluarga mereka . Nak uruskan ? Jauh sekali . Lelaki itu lebih suka melakukan kerja pejabat di rumah dan akan menghantar setiausaha dia untuk ke sana sahaja untuk mendapatkan pengesahan dari si abang mengenai projek syarikat mereka .

" Melawat adik aku . Kenapa salah ? " soal dia dengan wajah dingin . Sedingin nada suara yang digunakan olehnya .

Hael tertelan air liur . Sungguh , aura yang dibawa oleh abang dia sangat menakutkan . Bahkan dia sendiri takut untuk melihat sisi si abang yang satu itu .

" Err- tak-tak . Tak salah pun . Lagipun ni syarikat kau jugak kan . Kau CEO , aku just president je " tutur Hael gagap .

Lelaki itu tersenyum sinis . Jarinya bermain dengan tanda nama yang terlekat kemas di meja kayu jati itu . Ukiran warna putih silver dan latar belakang warna keemasan menunjukkan betapa gah jawatan yang disandang oleh si adik .

" Ehem ! Kau dah jumpa mummy dan daddy ? " dia mara sedikit ke hadapan .

Melihat raut wajah si abang yang jarang-jarang dilihat olehnya . Raut wajah yang tanpa emosi . Sukar untuk dia meneka perasaan si abang pada waktu itu .

" Dah . Daddy suruh aku dinner sekali . Tapi- hmm tengoklah kalau aku rajin " katanya seolah-olah dia sudah biasa menolak ajakkan dari keluarganya .

Hael mengeluh . " Mummy nak sangat-sangat jumpa kau bang . Kau lama sangat tak balik , lagipun malam ni semua orang ada . Keluarga paklong , pakngah semua ada " .

" Kau cakap apa ? Pakngah? " soal si abang inginkan kepastian .

Hael angguk . Dia senyum nipis .

" My girl ada kat situ jugak kan . Oho- tak sangka aku bakal berjumpa dengan girl aku nanti " kali ini riak dia jelas terpancar kebahagiaan .

Hael senyum . Dia tahu si abang akan bersikap baik apabila berhadapan dengan si pujaan hati . Tapi dengan orang luar , semua atmosfera bumi jadi dingin , sedingin ais .

" So kau dinner malam ni ? " .

Dia angguk . Cukup membuatkan Hael hela nafas lega .

" Okay lah , aku cakap kat mummy yang kau balik dinner malam ni . Mesti mummy suka " .

Lelaki itu angguk saja seakan mengiyakan semua kata-kata Hael . Dia bangun dari kerusi , diikuti lima pengawalnya .

" Aku balik dulu " .

Setelah kakinya menapak keluar dari bilik Hael , dia memandang seorang pengawal yang berada di sisi kanan dia . " Luke , kau belikan present untuk mummy aku . Beli lah apapun , yang woman suka . Aku tak sure , kau fikir sendiri . Tepat pukul 8 , present tu ada depan mata aku " .

Luke , orang kanannya mengangguk mengerti . Sudah menjadi kebiasaan dia menerima arahan dari bos mereka . Jika tidak dituruti ,berlubang lah dahi mereka . Malah sudah beberapa kali bos mereka menukar pekerja hanya kerana dia terbunuh tanpa sengaja .

♤♤♤


Helina mengerut kening apabila dia melihat dua lelaki berwajah asing menapak masuk ke dalam kedai bakerinya . Tetapi dia tetap mengukir senyuman walaupun rasa pelik itu ada .

Kerana dia tidak pernah menerima pelanggan dari orang berbangsa luar , kerana bakerinya masih lagi baru dan belum terkenal lagi .

" Welcome sir , may I help you ? " .

Helina mengumir senyuman lebar . Pelanggan yang datang harus dilayan dengan baik . Itu pun untuk kepuasan hati pelanggan mereka . Layanan mesra itu pakej untuk tarik hati pelanggan untuk datang lagi ke kedainya .

" I want a slice of blueberry cake and red velvet . Drink ? Erm- I want hot mocha " tutur lelaki bermata biru itu tanpa riak wajah .

Helina angguk . Pesanan lelaki itu dimasukkan ke dalam komputer . Dia membungkus dengan kemas kek itu ke dalam kotak , lalu seorang pekerja lelaki menghantar satu cup air pesanan lelaki itu . Diletakkan di atas kaunter bayaran .

" RM 20.90 " tutur Helina dengan senyuman .

Lelaki itu menghulurkan not 100 kepada Helina . Tetapi semasa gadis itu ingin memulangkan baki terus ditegah oleh lelaki bermata biru itu .

" Keep the change " .

Mereka beredar , Helina dibiarkan terkedu sendiri . Pelik . Ya , memang pelik . Helina dengan perasaan was-was menyimpan baki itu lalu diselitkan ke dalam buku catatan harian dia . Jika lelaki itu dia akan pulangkan bakinya .

Dua lelaki itu masuk ke dalam sebuah BMW keluaran terbaru yang dipakir tidak jauh dari kedai kek tadi . Mereka memandang si dia di belakang sana yang leka memerhati bakeri itu .

" Nah bos " Luke menghulurkan bungkusan itu kepada lelaki itu .

" Did she suspicious anything ? " soalnya dingin .

Luke geleng . Mattias pula lebih suka mengunci mulut . Mengendalikan kereta diiringi dua buah kereta di belakang mereka . Tujuan hanya satu , memastikan ketua mereka selamat dari serangan musuh .

" No sir . I think she didn't know- dia makin lawa bos " sempat Luke memuji gadis tadi .

" Did you want me crap you head ? " kali ini nada digunakan begitu keras .

Luke segera geleng . " No sir . Sorry " ujar Luke dengan perlahan . Tersedar kesalahan dia .

" Sir Qays , will be arrive around 30 minutes " .

Suara Mattias kedengaran . Memberitahu arah tujuan mereka . Qayyum mengangguk . Bersandar di kerusi sambil melihat sesuatu di iPad Pro miliknya .

" Who's there ? " .

Mattias mengerut kening . " Erm not sure sir . But Leonard already there with the others " beritahunya tenang .

Qayyum mengangguk mengerti . Dia melihat satu persatu wajah serta maklumat yang berada di dalam iPad Pro miliknya . Ya , mereka menuju ke satu tempat . Ingin melihat satu perlawanan . Yang membawa untung jika memang , tetapi membawa mati jika kalah .

ZARA HELINA | C | ARS •8•Место, где живут истории. Откройте их для себя