ZH - 36

8.7K 627 15
                                    

Darwin menghempas kuat proposal yang diterima dari lelaki tua di hadapannya. Wajah dia jelas berkerut menahan marah apabila membaca proposal yang baginya sangat-sangat membuatkan dia ingin menghentam saja wajah lelaki itu.

Padahal syarikat lelaki itu jauh lebih lama berdiri darinya yang hanya mewarisi syarikat induk milik papanya sendiri. Bukan syarikat pusakan dari datuknya yang kini diwarisi sendiri oleh paklong dia dan paksu nya.

Lagi-lagi dia membuat wajah jijik menatap wajah wanita muda di sisi lelaki tua itu tanpa rasa malu menggesel manja di dada lelaki tua itu di hadapan Darwin sendiri.

Muak dia melihat aksi romantis dua pasangan tidak tahu malu itu. Mujurlah ini perjumpaan mereka secara tertutup dan hanya ada Darwin dan juga pembantunya.

"Saya tetap tak setuju dengan proposal ni Datuk! Kali ini saya terpaksa katakan yang, proposal Datuk bagi pada saya memang sampah!" Tekan Darwin dan menunjuk pada fail yang sudah terkeluar isi itu.

Lelaki yang berdiri di sisi Darwin sudah meneguk air liur. Dia yang selama ini menjadi pembantu Darwin sudah beberapa kali diherdik dan dimaki oleh Darwin di hadapan staf-staf RedLand Holding.

"Anak muda. Jangan pandai berkata saja anak muda. Saya lebih berpengalaman dari kamu dan saya yakin proposal saya akan diterima pakai dalam projek Mega di Genting nanti!"

Datuk Usman menekan suaranya dan menegaskan pendiriannya. Dia harus memastikan Darwin menerima baik proposalnya dan dia boleh menyelamatkan syarikatnya yang hampir gulung tikar kerana ulahnya sendiri.

Juga mengenai segala kontroversi dia selama ini yang sering bermain di media massa. Membuatkan isterinya, yang selama ini merupakan lubuk emas untuknya telah meminta cerai kerana perselingkuhan dia tertangkap dan menyebabkan dia kehilangan modal untuk terus berdiri megah.

Datuk Usman sesekali mengusap lembut peha wanita muda di sebelahnya. Yang selama ini menjadi punca retak rumah tangganya. Dia dan wanita itu sudah lama menjalin hubungan sulit dan sudah lama hidup dalam kancah penzinaan dan menolak tepi agama.

Janji kepuasan yang dia miliki dan dengan gelaran di pangkap namanya, membuatkan dia semakin mendongak dada ke langit dengan membayar semua wartawan untuk menutup mulut mereka dari terus menyebarkan cerita mengenainya.

"Again, Datuk! Ini kali terakhir saya cakap dan saya memang tak suka bercakap perkara yang sama berulang kali! Aku tak akan terima proposal taik dan sampah macam Datuk cuba sampaikan! Banyak kesalahan! Bukan tu je, aku tahu kau buat semua ni pun bersebab Usman..."

Darwin menyeringai melihat riak wajah Datuk Usman yang jelas berubah. Dari wajah megah, bertukar kepada pandangan bergetar ketakutan. Darwin memang suka melihat musuhnya yang terjerat dalam permainan sendiri.

"Kalau kau nak tahu, proposal sampah kau ni...budak sekolah rendah pun boleh buat setakat kau lampir kos keluaran bahan dan kewangan tenaga buruh yang kita guna! Budak bodoh je buat macam tu!"

Datuk Usman berang apabila Darwin secara terang-terangan menyindirnya dan membuatkan dirinya makin panas.

"Kau budak! Aku tak takut dengan kau pun, asalkan kau tahu proposal aku ni bukan untuk company macam kau! Ada banyak lagi company lain beratur nakkan kerjasaman dengan aku! Kau masih mentah dan belum tahu apa-apa..."

Datuk Usman tersenyum dan menarik kasar fail proposal miliknya. "Lebih baik kau balik, tidur bawah ketiak mak kau sebelum nak judge aku sesuka hati budak!"

"Siapa yang judge kau orang tua tak sedar diri? Huh?" Darwin memeluk tubuh. Memandang Datuk Usman atas bawah beberapa kali.

"Company kau pun atas nama bekas isteri kau. Kau tak sedar, RedLand paling banyak saham dalam syarikat kau! Jangan sampai aku sendiri suruh board of director untuk buang kau as CEO of Damai Holding. Kau dan proposal kau sama je! Sampah!"

ZARA HELINA | C | ARS •8•Where stories live. Discover now