ZH - 41

8.9K 762 48
                                    

Farhani tersenyum senang melihat kelibat Qayyum yang kelihatan kacak sekali pada malam itu. Lelaki itu kelihatan kacak dalam persalinan kurta warna biru gelap dan slek hitamnya. Songkok terletak kemas di atas kepala. Lain dari biasa.

Farhani sudah macam cacing kepanasan melihat Qayyum di hadapan matanya. Tanpa rasa malu atau segan, dia memeluk penuh selamba lengan kekar Qayyum sebaik sahaja lelaki itu berjalan melintasi dirinya.

Wajah Qayyum jelas berubah melihat wajah Farhani di hadapan matanya. Manakan tidak, tiba-tiba sahaja muncul di hadapan dia. Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba datang terus peluk lengan dia.

Pakaian tidak usah cakap. Langsung tidak kena dengan tema pada malam itu. Berkebaya ketat. Dengan shawl yang hanya diselelang malas di atas bahu kiri dan kanan. Menampakkan rambut. Membuatkan Qayyum berasa menyampah yang amat sangat.

Pada masa itu lah, Helina turun ke tingkat bawah sambil mendukung Arqish yang tertidur di atas bahunya. Dia sudah menukar pakaian yang lebih sesuai pada malam itu. Mengenakan baju kurung moden warna krim dan bertudung bawal.

Helina tersenyum nipis melihat kelibat Farhani yang sedang merangkul lengan Qayyum di bawah sana. Rasa cemburu cuba ditutup sedaya upaya. Dengan wajah selamba, dia melintasi pasangan itu tanpa niat mahu menegur.

Kalau tegur, dia pula yang sakit hati. Makan hati. Jadi lebih baik dia beredar sebelum berlaku pertunjukkan tinju yang berpunca darinya sendiri. Helina malas mahu berbalah pada malam itu.

Jam sudah berginjak ke angka sebelas malam. Para tetamu mula beransur pulang dan hanya tinggal keluarga terdekat sahaja. Helina berjalan menuju ke ruang tamu sambil memangku Arqish yang mula terjaga dari tidurnya.

"Laa, kau bawa balik juga budak ni..."

Helina menahan rasa mendengar kata-kata sinis yang dilontarkan oleh Nur Aqira kepadanya. Dia tidak mengendahkan Nur Aqira dan menatap wajah Arqish yang sudah segar matanya.

"Ma...nak cu..." rengek Arqish. Dia melentok kepalanya di dada Helina. Mula merengek kecil.

Helina yang ingin menggapai botol susu milik Arqish terkejut melihat huluran tangan dari seseorang. Melihat wajah dingin Qayyum, lantas dia menyambut tanpa banyak soal lagi.

"Nah sayang..."

Arqish laju menyambut botol susu miliknya. Berbaring di atas pangkuan Helina dengan tenangnya. Manakala Irqy berada di atas ribaan Darwin. Rapat betul dia dengan pakcik dia seorang itu. Hanz pula yang cemburu.

"Tak sangka kau bawa budak ni balik ke sini. Apa? Dah tak ada orang nak tanggung budak ni dekat sana ke sampai kau bawa dia balik sini? Dah miskin dah?" Sinis Nur Aqira.

Dia tidak langsung memandang wajah kedua anak kembar Helina. Sakit hatinya tidak hilang lagi. Lagi-lagi wajah Helina berada di hadapan mata dia. Lagi mengelagak rasa panas itu.

"Budak yang maksu sebut tu anak saya. Jadi, saya berhak nak bawa dia orang ke sini sekali pun. Yang maksu nak bising ni kenapa? Saya rasa budak-budak ni tak kacau maksu pun..." balas Helina tidak kalah sinisnya.

Aira Kirana menarik senyuman senget. Padan muka. Dia sendiri tidak tahu, kenapa Nur Aqira begitu membenci Helina. Sedangkan perkara itu sudah lama berlaku. Malah, mereka yang lain tidak kisah pun tentang hal itu.

"Aku bukan apa, aku taknak lah budak yang kau bawa ni akan ikut perangai mak dia. Jadi pembunuh pula nanti..."

Helina mengetap gigi. Pembunuh? Kedengaran sangat kejam. Firash Aryan yang melihat Nur Aqira sudah semakin lancang lantas menghempas kuat buku miliknya di atas meja kopi.

ZARA HELINA | C | ARS •8•Where stories live. Discover now