ZH - 29

8.8K 744 53
                                    

Wajah cantik Helina direnung dengan perasaan penuh sayang. Dia melarikan jarinya disekeliling wajah cantik itu. Bibir dia menyungging senyuman tipis. Jika bukan kerana kejadian dulu, dia tidak akan merosakkan gadis sebaik Helina.

Dia tersenyum melihat wajah cantik itu berkerut-kerut. Tetapi mata masih terpejam rapat. Dia bersandar di kepala katil sambil memikirkan sesuatu. Banyak benda yang perlu dia selesaikan dengan segera, sebelum dirinya yang satu lagi bangkit.

Dia tidak menginginkan dirinya menjadi seperti ini. Menghidap DID adalah perkara yang sukar yang perlu dia tempuh dalam hidupnya. Bukan dia menginginkan semua itu. Bahkan, benda ini terjadi kerana trauma pada masa lalu.

Ketika usia dia dalam lingkungan lima tahun, dirinya telah diculik oleh musuh keluarganya. Dikurung di dalam bilik yang gelap, tanpa cahaya kemudian didera tanpa belas kasihan. Apa saja dia boleh lakukan untuk melawan?

Dia hanyalah kanak-kanak lelaki yang masih lemah. Tidak terdaya. Penderaan fizikal yang dihadapi membuatkan dia mewujudkan sesuatu dalam dirinya. Penyakit dia dapat dikesan apabila atuknya sendiri melihat dia bercakap-cakap sendiri di depan cermin.

Dan kerana itulah, dia dibawa berjumpa dengan pakar psikiatri. Hidup dia terus berubah 360° darjah semenjak itu. Dia ditemui dalam keadaan penuh dengan darah, dan kesan penderaan pada tubuh.

Seminggu berada di dalam bilik kurungan, tanpa minuman dan makanan membuatkan dia tanpa sedar mewujudkan sisi kejamnya. Sisi seorang Qayyum yang kejam dan penuh dengan dendam.

Qays turun dari katil. Dia mengambil sekotak rokok yang diletakkan di atas meja lampu tadi. Pintu balkoni ditolak luas, membiarkan angin malam masuk ke dalam. Qays ingin menenangkan diri dari terus dibelenggu masa silamnya.

Dia mengambil sebatang rokok, lalu dikepit di celahan bibirnya. Pemetik api dibuka, dan dibakar pada hujung rokok. Asap putih mula berkepul keluar dari rongga hidung dan mulutnya. Qays termenung sendiri.








Jam sudah menginjak pukul 8 malam. Dia yang dari sedari tadi melepak di restoran mamak itu mula mengerut dahi. Pen diselit di dalam buku lalu buku latihan itu ditutup. Dia menyisip perlahan milo ais yang sudah tinggal separuh itu hingga habis. Sempat juga dia makan petang disitu sekaligus menyiapkan kerja sekolah.

Helina tersenyum kecil. Dia menyimpan alat tulis, dan buku latihannya. Baju kurung sekolah masih kemas di badan dia walaupun setelah seharian dia melepak di restoran mamak itu. Pulang saja dari sekolah, dia terus ke restoran mamak berhampiran dengan kawasan rumahnya.

Sengaja tidak terus pulang, kerana dia tahu di dalam rumah ada abang sepupunya. Dia tidak selesa berdua-duaan dengan lelaki. Apatah lagi dengan Qayyum.

"Sudah mau pulang ka adik manis?" Tegur seorang mamak. Dia berdiri di sisi meja yang di duduki oleh Helina.

"Yalah aney...hari sudah malam. Saya belum mandi lagi aney..." Helina menarik sengih.

Mamak itu tersenyum. "Ini hari saya kasi belanja. Sudah malam, kamu pulang lah cepat..." gesa mamak itu.

Helina sudah menarik senyuman lebar. Bukan sekali dua, malah sudah beberapa kali mamak itu membelanja dia semenjak dia melepak di restoran itu. Helina melambai-lambai pada mamak itu dengan cerianya.

Dia mengambil masa dalam empat puluh lima minit untuk sampai di rumah agam itu. Sunyi saja kawasan itu, hanya ada beberapa buah rumah lain. Itu pun jauh. Berdekatan dengan kawasan hutan, dan kawasan yang jarang dilalui kenderaan dan orang awam.

Helina mengerut dahi melihat tiada satu pun kereta ahli keluarganya di dalam garaj. Seketika, dia menepuk dahi kuat.

"Lupa pulak! Dorang semua pergi majlis graduation Kak Aina esok!" Dia mengumam sendiri.

ZARA HELINA | C | ARS •8•Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt