ZH - 47

6.9K 587 10
                                    

Pintu bilik itu dirempuh kasar menggunakan bahunya. Hampir rebah dia apabila melihat sekujur tubuh yang terbaring lemah di atas katil. Luluh hati seorang ibu melihat anaknya terlantar sakit sebegitu.

Helina menghampiri katil itu bagi melihat lebih dekat lagi. Sakit di bahagian lengan kirinya tidak dihiraukan. Itu tidak penting berbanding si kecil di atas katil itu. Airmata yang ditahan akhirnya tumpah jua ke pipi.

"Momma datang sayang..." ucapnya perlahan. Mengusap kepala Arqish yang tidak sedarkan diri.

Dia menerima panggilan telefon daripada Rosè dan menerima khabar kurang baik mengenai kesihatan anaknya. Rosè yang melihat Helina seakan ingin rebah segera memaut erat tubuh wanita itu. Dia juga sudah lencun dengan airmata.

Masih teringat lagi tawa Arqish, gurau Arqish semasa dibawa bermain di taman permainan tadi. Rosè dan Hunter tidak menyangka, keadaan Arqish semakin memburuk. Padahal rawatan yang dijalankan selama ini menunjukkan Arqish kuat melawan sakitnya.

Arqish pengsan semasa bermain lari-lari bersama Irqy. Tanpa bertangguh lagi, Hunter membawa Arqish ke hospital berdekatan. Rosè turut panik sama dan dalam masa yang sama dia harus menenangkan Irqy yang cemas melihat kembarnya pengsan secara tiba-tiba.

"Buka mata sayang. Arqish cakap nak main dengan momma...momma dah datang sayang. Buka mata sayang..."

Helina membiarkan airmatanya menitis di atas tangan kecil Arqish. Dia tahu, Arqish selama ini tidak kuat tapi berpura-pura nampak kuat di hadapan mereka semua.

Helina tidak sanggup menerina pemergian Arqish. Dia belum bersedia lagi melepaskan anaknya pergi jauh. Dia memandang Irqy yang sudah tertidur di pangkuan Hunter. Bengkak mata anaknya kerana terlalu banyak menangis.

"Sabar El. Aku tahu Arqish kuat. Kau kena terus sabar, berdoa supaya Arqish terus kuat lawan sakit dia. Kau jangan macam ni El" pujuk Rosè. Dia mengusap perlahan belakang badan Helina.

Tidak sanggup lagi dia melihat Helina kembali menderita. Cukup lah derita lama yang harus Helina hadapi ketika suatu dulu. Berikanlah kebahagiaan pula buat sahabatnya. Rosè tidak mahu melihat Helina kembali jadi seperti dulu. Merapati nasib diri hingga membuatkan dia menjadi lemah.

"Calm down yourself El..."

Helina mengelap airmatanya. Ya, dia harus kuat demi anak-anak dia. Dia perlu kuat untuk melawan semua ujian yang dia hadapi sekarang ini. Helina memusingkan badan dia, lalu tubuh Rosè dipeluknya erat.

"Terima kasih Rosè. Kai selalu ada untuk aku" ujar Helina pendek. Dia menahan esakkan dari terkeluar.

Rosè mengangguk pendek. "Kau sahabat aku El. Wajar kalau  aku selalu ada untuk kau El" belakang badan Helina ditepuknya beberapa kali. Menyalurkan semangat dalam diam.

Helina meregangkan pelukkan mereka. Rosè tersenyum melihat Helina yang semakin tenang. Tersenyum kecil padanya walaupun Rosè tahu Helina cukup pandai menyembunyikan perasaannya.

Hunter hanya melihat dari jauh kelakuan dua wanita kesayangan dia. Seorang kekasih hati. Seorang lagi bagaikan adik kepadanya. Dia amat sayangkan dua wanita itu. Mereka yang ada dikala dia susah dahulu dan hingga kini.

Hunter melihat satu chat yang masuk ke telefonnya. Dia hanya membawa sekilas sahaja. Chat dari anak buahnya sendiri. Tubuh kecil Irqy direbahkan perlahan-lahan ke atas sofa. Dia menyelimuti Irqy menggunakan jaket kulitnya.

Setelah yakin Irqy tidak terjaga, perlahan Hunter berdiri sambil melihat telefonnya. Dia kemudian menghampir Helina dan Rosè yang sudah rancak berbual. Tapi dalam nada perlahan.

"I need to go..."

Hunter memandang dua wanita itu bersamaan. Rosè berkerut dahi hairan. "Pergi mana? Bukan ke you cakap dah tak ada apa-apa urusan lepas ni?"

ZARA HELINA | C | ARS •8•Where stories live. Discover now