ZH - 56

8.6K 756 43
                                    

Helina mendengus kasar tatkala melihat wajah Qayyum yang kini berdiri di hadapannya. Hilang terus rasa keinginan dia mahu melihat suasana kehijuan di taman di belakang mansion lelaki itu. Dulu ya, mereka di pulau dan sekarang ini dia dikurung pula di rumah lelaki itu di atas bukit yang sepi tanpa ada sebarang rumah berdekatan.

Dia terus berpaling dan ingin melangkah pergi dari situ. Kekesalan dia masih belum hilang. Ingin melihat wajah lelaki itu saja dia sudah merasai amarah yang meluap-luap di dalam dirinya.

"Ada aku suruh kau pergi ke?" Qayyum mula bersuara. Membuatkan langkah wanita itu berhenti tidak jauh darinya.

Qayyum tahu, Helina masih lagi memarahi dirinya. Dia sekali lagi memperlukan Helina sebegitu. Dulu mungkin ya, dia masih dimaafkan kerana itu bukan salah mereka berdua. Tapi kali ini, memang patut dia dipersalahkan. Merampas milik Helina dengan penuh pemaksaan.

"Tak ada. Tapi aku rasa nak pergi dari duduk sini ada yang menganggu ketenangan aku..."

Helina ingin kembali melangkah pergi. Namun sekali lagi langkah dia terhenti. Kali ini bukan dari suara, tetapi pelukan seseorang di pinggangnya.

"Kau patut ikut arahan aku Ara. Aku suami kau. Seorang isteri tak akan bantah cakap suaminya..."

"Dan seorang isteri akan bantah cakap suaminya kalau tidak mendatangkan manfaat yang betul. Betul tak Tuan Qayyum?" Sinis Helina. Dia merungkai kasar tangan yang sedang melilit kemas pinggangnya.

Qayyum melepaskan tawanya. Helina semakin berani melawan dirinya. Bukan seperti dulu, mengikuti segala arahan dia. Qayyum berasa kagum dengan keberanian Helina.

"Makin berani. Tapi, aku suka...kau nampak lebih..." 

Qayyum menundukkan kepalanya. Dia tersenyum sinis melihat wajah cuak Helina. "Sexy..."

Dan wajah Helina bertukar merah. Dia segers memalingkan wajahnya dan menahan debaran rasa di dadanya. Qayyum tersenyum melihat wajah comel itu malu-malu. Nak je dia terkam budak kecil di depan dia ini.

"Malas layan awak!"

Helina segera meninggalkan Qayyum. Mana dia nak sorok wajah dia yang memerah ini. Pasti Qayyum sedang mengetawakan dirinya. Lihat saja senyuman lelaki itu. Bukan main lebar lagi. Tanpa dia sedar, panggilan dia kembali bertukar lembut. Qayyum mengusap wajahnya. Bahagianya.

Qayyum memandang Luke dan Mattias. Dua lelaki itu kini berdiri tegak dihadapan dia. Setelah mendapat isyarat dari Qayyum untuk mendekati lelaki itu yang berdiri menghadap taman bunga yang direka khas untuk isteri kesayangannya.

"Kau dah buat apa yang aku suruh Luke?"

"Dah. Aku dah tambah sepuluh pengawal di depan bilik rawatan Arqish. Doktor dan jururawat diperiksa tu dan identiti mereka akan terus masuk dalam sistem kita..."

Qayyum mengangguk. "Bagus. Aku taknak satu pun yang terlepas pandang. Dia dah berani dekat dengan anak aku...ugut anak aku...aku nak kau kerap kawal cctv di dalam dan luar bilik Arqish tanpa satu kesilapan pun!" Tegas Qayyum.

Luke mengangguk. "Baik. Tapi aku dapat maklumat baru yang dia sekarang ni dah tahu rumah bos dekat atas bukit ni. Kau nak aku buat apa?"

"Biarkan dulu. Aku nak tengok sejauh mana rancangan gila dia. Dan kau Mattias..." Qayyum berpaling. Memandang Mattias yang hanya diam sedari tadi.

"Kerja kau jaga keselamatan Ara. Kalau jadi apa-apa pada isteri aku kau akan bertanggungjawab. Mulai harini, kau dilantik jadi pengawal peribadi isteri aku. Kemana saja dia pergi, kau akan ikut..."

Mattias mengangguk patut. "Baik. Tapi, bukan ke selama ni aku memang baby sit isteri kau?"

Qayyum yang mendengarkan itu menjeling Mattias tajam. "Just do your work Mattias. Jangan sampai aku potong leher kau..."

ZARA HELINA | C | ARS •8•Where stories live. Discover now