ZH - 28

8K 654 65
                                    

"Bie, I rasa yang ni okay kut..."

Farhani merengek manja sambil merangkul lengan Qayyum. Mereka sekarang berada di sebuah butik pengantin yang terkemuka di ibu kota. Mereka memilih busana pengantin mereka disitu.

Qayyum hanya mengangguk setuju sahaja. Dia tidak banyak bercakap semenjak mereka tiba di butik itu. Buktinya, Qayyum hanya menatap datar ke arah satu baju pengantin yang berada pada patung tersebut.

Harga hampir mencecah puluhan ribu ringgit hanya sehelai gaun pengantin berwarna krim itu. Farhani sudah tergedik, apabila baju itu akhirnya menjadi miliknya. Dia mahukan sebuah perkahwinan yang gah, dan mendapat liputan satu Malaysia.

"Bie, kenapa diam je? You tak suka ke kita kahwin?" Farhani mendongak memandang wajah datar Qayyum. Tiada riak di wajah lelaki itu. Membuatkan dia mendengus kesal.

"Bukan I tak suka. I'm just tired lately ni...you jangan ambil hati sangat" nada Qayyum lembut. Dia menyisir lebihan anak rambut Farhani ke telinga gadis itu.

Farhani tersenyum malu. Qayyum, memandang beberapa pakej pelamin yang berada di dalam buku. Dia tertarik pada sebuah pelamin yang ringkas, namun seakan taman bunga. Harga pun tidak kalah mahal. Walaupun hiasannya hanya ringkas.

"I faham you penat..."

Qayyum tersenyum nipis. "You bila nak berhenti dari dunia modelling? I tak suka you terus dalam kerja macam tu. Badan you tu, akan jadi hak I. Hanya I saja boleh tatap dan tengok keseluruhan tubuh you. Bukan orang lain..."

Farhani mula membuat wajah menyampah. Dia paling tidak suka jika tunangnya mula membuka cerita mengenai kerjanya. Dia rimas asyik dipaksa lelaki itu. Kalau bukan kerana dia inginkan sesuatu dari Qayyum, sudah lama lelaki itu dia hapuskan sejak dulu lagi.

Farhani memaniskan wajah. "I faham you tak suka, but I tak boleh tinggalkan kerja I bie. Semua tu, impian I dari dulu lagi. I harap you faham, I janji...ini kali terakhir..." rayunya sambil mengenggam erat tangan kanan Qayyum.

Dielus lembut kekura tangan lelaki itu. Farhani menarik senyuman sinis. Sedikit pujuk rayu, suara manjanya...dia pasti Qayyum akan jatuh jua padanya. Bukan senang dia nak mengikat Qayyum.

"Baik. Ini peluang terakhir untuk you. Lepas tiga bulan kita kahwin, I nak you berhenti..." putus Qayyum.

Nak marah? Sudah banyak kali dia marah, namun pasti gadis itu mengadu pada Nur Aqira. Dia juga dipersalahkan. Memang perempuan selalu betul ke?

Qayyum menutup buku tersebut. Dia mula berdiri sambil memandang seorang pekerja disitu. "Aku nak kau uruskan baju tunang aku tu baik-baik. Jangan sampai ada yang rosak. Nanti kau suruh bos kau call aku direct untuk payment nanti"

Dia menarik lembut tangan Farhani. Sudah tiga jam mereka berada di butik itu. Itu pun setelah didesak oleh Nur Aqira. Dia gagahkan jua kaki ke situ. Padahal, kerja dia di pejabat sudah bertimbun menanti kehadiran dia.

Farhan tersenyum suka. Dia bergayut manja di lengan berotot Qayyum. Teruja memikirkan yang mereka bakal disatukan tidak lama lagi.

"Tapi bie, macam mana dengan perempuan tu? I taknak dia tinggal sekali dengan kita. I takut..."

"Dia tak akan berani apa-apa kan you sayang. I jamin, dia tak mampu sentuh atau pukul you. Lagipun, I nak simpan dia lama lagi..." Qayyum membukakan pintu kereta untuk gadis itu.

Farhani masih berdiri. Memandang raut wajah kacak tunangnya. "You pasti? You tahukan, dulu dia hampir bunuh I?! Sedangkan I yang selamatkan you..."

"I pasti. Perempuan tu, I belum habis seksa dia lagi. Masih ada banyak masa lagi..."

Helina? Dia tidak akan melepaskan gadis itu pergi dari hidup dia. Dia mahukan gadis itu tetap disisi dia. Cinta? Bukan kerana cinta, tapi dendam.

ZARA HELINA | C | ARS •8•Where stories live. Discover now