✘ Bab 57 ✘

3.7K 125 21
                                    

Last ni pendek je okay❤









~~~

7 bulan kemudian

"Sabar sikit, Sya..." ibu Zarina tidak henti henti menenangkan aku dari tadi.

Aku pejamkan mata rapat rapat apabila tubuh terpaksa menahan kekejangan gara gara menanggung sakit kontraksi yang datang selang beberapa minit. Dahi aku sudah dipenuhi peluh keringat walaupun bilik wad itu masih terasa sejuknya dari pendingin hawa.

"Sakit ibu..." aku merintih apabila sekali lagi perut terasa memulas hebat.

"Ya, ibu ada ni." ibu Zarina mengusap lembut perut aku yang jelas kelihatan berombak kerana ditendang dari dalam lalu dibisikkan zikir dan selawat.

Tapi...

Fyraz tak ada...

Aku hembuskan nafas yang terasa sesak.

Tetapkah ini takdirnya? Kali kedua melahirkan, tanpa ada suami yang menemani di sisi?

Sampai hati abang. Abang dah janji kan?

"Puan dah ready? Kami dah sediakan labour room." teguran seorang jururawat muda itu mengembalikan aku ke realiti.

Perlahan lahan, aku angguk.

Kali ini aku pasrah.

Fyraz takkan ada.

Air mata aku jatuh lagi. Di kala ini, bukan sakit ingin melahirkan saja yang merunsingkan, tapi kerana ketiadaan Fyraz.

Tak mengapa.

Anak dalam kandungan yang bakal melihat dunia ini tetap akan menjadi kekuatan untuk aku.

"Sya kuat ye sayang? Jangan lupa selawat. Kami semua tunggu Sya dengan baby."

Aku angguk seraya mengukir senyum lemah pada ibu Zarina.

Kuat, Sya. Allah ada.

Katil aku mula bergerak perlahan apabila ditolak oleh dua orang jururawat di kiri dan kanan. Aku pejamkan mata, cuba menarik nafas tenang.

Belum sempat keluar dari pintu, satu suara menahan.

"Sayang, tunggu!"


~~~

Kedengaran sayup sayup suara garau halus membisikkan laungan azan menyedarkan aku dari lena. Mata yang terpejam rapat aku paksa untuk buka.

Melihat pandangan di hadapan mata, aku ukir senyum bahagia. Perlahan lahan, dari posisi baring aku tukar kepada duduk. Sesekali wajah aku berkerut menahan rasa apabila kesakitan di bahagian bawah masih mencengkam.

Taubat tak nak mengandung dah lepas ni. Cukup la dua kali je merasa.

Ceh, menipu je semua tu. Tak mungkin aku mahu menolak andai diberikan rezeki lagi? Besar ganjaran pahalanya.

"Anak baba dah bangun? Suka dengar suara baba azan dekat telinga dia?"

Suara itu menyedarkan aku dari lamunan.

Terima kasih atas nikmat ini, Tuhan...

"Sayang dah bangun?" aku menoleh ke arah suara yang menegur itu.

Satu senyuman indah aku ukir buat pemilik suara itu.

Fyraz Danial.

Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now