✘ Bab 42 ✘

2K 114 5
                                    

Stay tuned, vote and comment! ❤


"Sya, are you okay?" tubuhku cuba ditarik ke dalam dakapan hangatnya setelah pintu kamar mandi yang sempat aku kunci tadi dirempuh kasar.

Namun, cubaannya terhenti apabila aku mengensot untuk menjauhkan diri daripada Fyraz. Sungguh, aku terasa kotor dengan diri sendiri. Kotor kerana tak mampu menjaga mahkota yang bisa dibanggakan dengan baik hingga terjadinya malam yang akhirnya membawa sejuta penyesalan dalam diri.

"I'm really sorry. Abang tak patut buat Sya macam tu." Fyraz mendekati aku lalu tubuh ini cuba diraihnya sekali lagi dan aku memilih untuk tidak menolak.

"Sya takut..." dalam gigilan aku cuba meluahkan rasa.

"Abang takkan paksa kalau Sya tak ready. Memang silap abang, tak dapat kawal diri tadi." ucapnya berselang seli dengan kucupan lembut di ubun ubunku. Tubuh yang tadinya menggeletar mulai tenang.

Aku dicempung keluar dari kamar mandi dan Fyraz membaringkan aku di atas katil. Melihat dia yang seperti ingin beredar, laju laju aku tarik semula lengannya.

"Abang taknak temankan Sya?" Fyraz bagaikan kaku mendengar rayuan aku yang keluar dari bibir dengan air mata yang mengalir lesu.

Tanpa menunggu lama, Fyraz ikut naik ke katil dan mengambil tempat di sebelah aku sebelum selimut ditarik menutupi tubuh kami.

"Baring atas lengan abang." arahannya aku ikut. Selesa berkeadaan begitu walaupun jantung tetap terasa debarannya ketika jari jemari Fyraz mengelus lembut wajah aku.

Bibirnya mengalunkan zikir persis mahu menidurkan seorang bayi. Tak sedar, anak mata kelabunyanya aku renung dalam dalam. Begitu juga dia. Namun, pada sepasang mata itu terpancar jelas apa yang sebenarnya dimahukan dari aku. Tapi, aku juga tahu dia sendiri berperang hebat dengan perasaannya ssndiri dan terpaksa memilih untuk menolak tepi segala keinginannya demi aku.

Ya, demi aku.

Kasihan Fyraz. Bukan salahnya jika dia tak mampu mengawal diri seperti tadi sekalipun kerana jela, aku yang halal untuk dia sentuh.

Namun sentuhanya sebentar tadi benar benar berjaya mengingatkan aku tentang memori hitam yang berlaku 4 tahun lepas. Memori yang meragut keberanian aku dan kini, aku bagaikan dihantui dengan kejadian itu.

Kedua dua belah tangan aku diikat ke kepala katil dan pada tubuh langsung tidak tersarung hatta seurat benang dan akhirnya, tubuh aku diratah kejam tanpa sedikit pun dia peduli rayuan aku untuk dibebaskan.

Mana mungkin aku boleh lupa malam itu.

Sentuhannya lembut dan tidak kasar tapi tetap juga, sentuhan itu yang menghancurkan aku.

"You're mine sayang..."

Bisikan garau dan dalam Fyraz tadi kedengaran persis dengan suara yanh sempat aku dengar malam itu walaupun cuma sekejap. Aku yang terlalu paranoid atau...

Ah, mustahil!

"Sleep well, sayang. I love you...today, tomorrow and always."

Bibirnya didaratkan lama pada dahi aku.

Dan akhirnya, kelopak mata semakin layu dan kantuk mula menjemput ke alam mimpi.

~~~

Aku ambil peluang membersihkan setiap sudut penthouse milik Fyraz petang hari minggu itu. Bosan apabila  tiada apa yang boleh aku lakukan. Mahu kembali bekerja di FDR Holdings, Fyraz tak benarkan. Cebik bibir aku dibuatnya apabila memikirkan Fyraz perlu mencari seorang setiausaha baru tapi janjinya untuk mencari setiausaha lelaki sudah cukup melegakan hati aku.

Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now