✘ Bab 40 ✘

2.3K 165 11
                                    

Mata langsung tidak lepas dari merenung pantulan diri sendiri pada cermin. Wajah sudah disolek nipis. Kain veil putih terletak elok di atas kepala, mengalasi tudung yang aku pakai. Di tubuh turut tersarung baju kurung putih bercorak ringkas.

Ya, ini harinya.

Aku tahan rasa berdebar dalam dada. Lebih kurang satu jam lagi, aku bakal disatukan dengan 'dia'. Mungkin agak kelakar, sampai hari nikah pun aku masih tak tahu nama penuhnya. Ada saja alasannya kerana enggan menjawab pertanyaan aku.

Dua bulan yang lepas, 'dia' sendiri bertanyakan persetujuan aku untuk mempercepatkan tarikh perkahwinan dengan alasan, tarikh yang sepatutnya kami disatukan itu bertembung dengan urusan kerjanya di luar negara selama tiga bulan. Seminggu juga aku ambil masa, turut berbincang dengan ibu Zarina keputusan bagaimana yang dirasakan terbaik bagi aku. Kata ibu Zarina, mengapa perlu ditangguh lagi perkara yang baik?

Dan adanya aku di sini, kerana dengan rela hati bersetuju dengan permintaan dari 'dia'.

Untuk majlis nikah hari ini, aku menjemput Fyraz, kak Bib dan Shahirah sahaja sebagai wakil dari pejabat. Mana tidaknya, apa aku nak kelentong bila mereka bertanya mengapa bukan Fyraz yang jadi pengantin lelaki?

Minggu lepas juga aku sudah menyerahkan surat perletakan jawatan aku sebagai pembantu peribadi Fyraz. Entah mengapa, aku seperti dapat membaca riak kecewa yang terlukis di wajahnya ketika itu.

Namun, satu perkara saja yang membuatkan aku terasa. Persiapan perkahwinan dari sekecil kecil hal memang lengkap disiapkan oleh pihak lelaki, namun selama itu, tidak pernah sekalipun 'dia' cuba menghubungi aku. Sadis rasanya bila kena pergi kursus kahwin seorang, pergi hospital untuk melakukan ujian HIV pun seorang tanpa ada 'dia' yang menemani.

Alasannya hanya sibuk, sibuk dan sibuk. Dan katanya, awal awal lagi dia sudah bereskan hal hal lain.

Cuma, salahkah aku untuk kenal tunang sendiri?

Selama tempoh kami menjadi tunangan, dia seboleh bolehnya mengelak tidak mahu berjumpa dengan aku. Ada masalahkah dia sampai begitu sekali?

"Kak Hana, dah siap ke? Rombongan pengantin lelaki dah sampai." lamunan aku terhenti apabila Afeeya yang menunggu di muka pintu itu menegur.

Aku hanya mengangguk tanda mengiyakan. Bibir aku paksakan juga untuk mengukirkan sebuah senyuman.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami hari ini.

Aku berjalan keluar dari bilik beriringan dengan Afeeya. Kain yang agak meleret aku angkat sedikit, sekadar mahu memudahkan pergerakan. Majlis hari ini diadakan di rumah ibu Zarina.

Aku melangkah perlahan menuruni satu persatu anak tangga menuju ke ruang tamu. Suasana di bawah sudah riuh dengan suara para tetamu yang hadir. Semakin hampir menuju ke bawah, semakin kuat debaran yang aku rasa. Air liur yang terasa kesat juga tak mampu aku telan lagi.

Aku mengambil tempat di sebelah ibu Zarina.

"Hana, tengku nampak lain macam lah hari ni!" kak Bib di sebelah sempat berbisik pada aku disambut anggukan setuju Shahirah.

Aku tayang sengih. Memang lain lah cerita dia sebab bukan si Tengku Rifqi yang jadi pengantin.

Dari tempat aku duduk ini, sempat aku mengerling ke arah 'dia' yang sedang berbisik bisik dengan seorang lelaki di sebelahnya. Aku cuba intai juga wajahnya namun hampa, pandangan aku hanya mampu terlekat pada belakang badannya saja.

Tapi, boleh tahan sado juga 'dia' ni!

Bisikan nakal yang tiba tiba menerpa dalam fikiran langsung terhenti apabila mata aku menangkap sosok tubuh seseorang yang aku kenal, malah terlebih kenal, duduk bersila di hadapan 'dia'.

Hikayat Sang Pencinta ✔Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum