✘ Bab 27 ✘

1.8K 122 0
                                    

Masa bagaikan berlalu pantas. Tak sedar, kandungan aku sudah berusia sembilan bulan. Tinggal menghitung hari dan dengan izin Allah, Muhammad Fayyadh akan lahir ke dunia.

Ya, Muhammad Fayyadh.

Nama yang aku pilih untuk bayi di dalam kandungan ini selepas mendapat tahu jantinanya sewaktu melakukan pemeriksaan pada ketika kandungan aku baru menginjak bulan ketujuh.

Muhammad, membawa erti yang terpuji. Muhammad juga merupakan nama kekasih Allah. Fayyadh pula bererti murah hati. Doaku, semoga satu hari nanti Muhammad Fayyadh dapat membesar dengan baik, seiring dengan maksud pada namanya.

Pada mulanya aku tidak mahu tahu dulu jantinanya tapi ibu yang terlebih teruja. Afeef dan Afeeya juga begitu. Masing masing langsung tidak menunjukkan reaksi 'jijik' apabila mereka mengetahui soal aku yang disahkan berbadan dua. Aku perlu tahu yang aku benar benar beruntung kerana masih ada yang menerima dan langsung tidak mempertikaikan sejarah hitam penuh kelam yang pernah terjadi pada diri aku.

Pada trimester pertama, alahan yang aku alami agak teruk. Boleh dikatakan, setiap hari aku mengidam mahukan makanan barat. Sungguh aku rasa bersalah pada ibu yang sikit pun tidak mengeluh malah dengan senang hati mencuba untuk memenuhi semua keinginan aku.

Setiap malam juga, aku akan tidur lambat semata mata mahu meneroka setiap tingkat rumah banglo ini. Ibu, Afeef dan Afeeya pula terpaksa bergilir gilir berjaga untuk menemani aku. Pernah aku katakan pada ibu, tak perlu lakukan semua itu tetapi ibu tetap bertegas kerana dia risau sekiranya aku terjatuh di mana mana.

Masuk trimester kedua dan ketiga ini, alahan aku sudah berkurang. Mengidam pun makanan yang mudah didapati. Cuma morning sickness saja yang tak hilang hilang.

Jam yang tergantung di dinding bilik aku kerling. Sudah jam sembilan. Lebih baik aku tunaikan solat isyak dahulu. Aku bangun dari katil dan menuju perlahan lahan ke bilik air.

Air wuduk aku ambil, menyempurnakan sapuan pada anggota wuduk satu persatu. Sesudah itu, aku keluar dari bilik air dan membentang tikar sejadah lalu menyarung telekung dan bersedia untuk mengangkat takbir, menunaikan rukun islam yang kedua itu.

Usai salam kedua, bibir mengalun wirid sebelum menadah tangan, mengadu pada Yang Esa.

Benar kata ibu, Allah sentiasa bersama hamba-Nya. Allah rindu untuk dengar rintihan aku dan kerana itu, dia mendatangkan ujian untuk aku tempuh.

Doa aku aminkan sebelum mencapai naskhah Al-Quran yang terletak elok di atas rak buku. Surah Maryam pada halaman 305 aku selak. Ummu Al-Kitab aku baca sebagai pembukaan. Aku sudahkan bacaan selepas beberapa ayat dan menyambung pula dengan beberapa ayat dari Surah Luqman dan Surah Yusuf.

Selesai bacaan, aku menyelak halaman lain untuk memilih mana mana ayat untuk dibaca. Aku berhenti apabila sampai pada surah Al-Ankabut. Selepas satu ayat aku baca terjemahannya namun terjemahan ayat kedua terasa bagaikan menyentak. Tanpa sedar, air mata mengalir perlahan.

أَحَسِبَ النَّاسُ أَن يُتْرَكُوا أَن يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ - 29:2

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?

Tinggal bersama ibu dan sepasang kembar itu selama lebih kurang sembilan bulan benar benar mengajar aku banyak perkara.

Kalau sebelum ini, kain sejadah mahupun telekung tidak pernah aku sentuh walaupun sekali apatah lagi naskhah Al-Quran. Hidup selama hampir 20 tahun di banglo mewah milik papa itu langsung tidak menggambarkan sedikit pun kebahagian. Hidup tanpa seorang ibu dari kecil, buatkan diri aku terasa 'kehilangan'.

Bersama ibu di sini, aku mula belajar nenjadi hamba. Hamba kepada Tuhan yang telah menciptakan. Aku sudah mula menutup aurat. Kata ibu, aurat itu adalah wajib untuk ditutup daripada pandangan ajnabi. Maka di dalam rumah juga aku perlu nenutup aurat kerana masih ada Afeef yang sama sekali tidak ada pertalian darah denganku.

Aku usap perlahan perut yang semakin besar dan ternyata janin di dalam ini menendang, memberi reaksi terhadap sentuhan umminya.

Muhammad Fayyadh juga salah satu punca aku memilih untuk berubah. Tak mungkin aku mahu membesarkan anak ini dengan keadaan aku yang masih mentah, yang benar benar jahil dalam bab agama sedangkan harapan aku agar Fayyadh mampu menjadi seorang anak yang soleh suatu hari nanti.

Kerana itu, Allah turunkan ujian kepada aku. Selama ini hidup aku sebagai Islam hanya dalam sijil kelahiran tapi hidup aku sedikit pun tidak berlandaskan ajaran agama. Aku mengaku aku Islam, tapi tidak! Aku belum cukup beriman.

Pada awal awal aku belajar mendalami agama, satu huruf dalam Al-Quran pun aku tak mampu untuk sebut. Bukan kerana tidak tahu, tapi liur terasa tersekat di kerongkong kerana aku baru sedar, betapa lemah dan kerdilnya aku sebagai manusia.

Katakan saja, aku memang benar benar lemah. Apatah lagi mengingatkan dosa dosa yang pernah terpalit pada tubuh ini ternyata membuatkan dada aku terasa ketat.

Tapi aku tahu, Tuhan masih sayangkan aku.

Aku amat terhutang budi dengan ibu Zarina yang sentiasa membawa aku kembali ke jalan-Nya. Berkali kali aku jatuh rebah. Hampir mengalah apabila terasa cukup lelah namun ibu tidak pernah sekali pun berhenti berusaha membawa aku pulang, sekaligus turut mengajar aku untuk tidak kenal erti putus asa sebelum bertemu dengan titik kejayaan.

Aku sudah hampir, namun perjuangan ini patut aku teruskan.

Kerana aku sedar, betapa selama ini, dengan penuh bangga aku berjalan di atas muka bumi milik-Nya. Namun langsung tak sedar, perjalanan itu satu bentuk keangkuhan apabila aku berjalan tanpa langsung tidak menunduk untuk melihat apa yang ada di hadapan malah lebih senang mendongak demi mencari sebuah kesempurnaan pada langit hingga terlupa aku hanyalah hamba.

Dan hingga tiba saat datangnya ujian, baru aku tahu...ternyata, lebih lelah mendongak daripada menunduk.

Alangkah ruginya seorang aku. Terlalu memilih untuk mencari kehidupan yang sempurna hingga tidak terlihat akan satu hakikat. Hakikat di mana Tuhan itu telah menyediakan yang lebih baik, yang mana DIA lebih tahu akan segalanya yang ada di dalam semesta ini apatah lagi apa yang ada dalam hati seorang hamba.

Kerana itu, apa lagi yang aku perlu lakukan selain mencari maghfirah milik-Nya?

Dan hanya kepada-Mu Tuhan...

Hikayat ini aku sandarkan seketika, demi mencari apa yang seorang hamba amat amat perlukan dalam mencari erti sebuah kehidupan.




.
.
.
.

6 hari tak update, otak dah rasa jammed.

Do vote, okay? Serious, i really appreciate your support ❤

Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now