✘ Bab 36 ✘

2K 113 5
                                    

"You rasa, selagi I tak minta maaf dengan 'dia', layak ke I...seorang pendosa ni untuk hidup bahagia?"

Sejak semalam, kata kata Fyraz itu kerap berulang dalam fikiran. Sungguh aku tak jelas tentang siapa 'dia' yang Fyraz maksudkan. Aku cukup yakin ada hal lain yang aku tidak tahu soal Fyraz memandangkan dia sendiri mengatakan kejadian itu terjadi setelah aku menghilangkan diri.

Silap besar yang bagaimana telah dilakukan Fyraz dulu?

"Akak, jom turun." lamunan aku terhenti saat Afeeya di sebelah menegur.

Aku ikut langkah Afeeya yang sudah keluar dari kereta. Ibu Zarina tidak jadi ikut sekali.

Tanah perkuburan As-Sakinah. Sudah lama aku tidak ke sini. Doa menziarahi kubur aku lafazkan dalam hati.

Assalamualaikum Fayyadh, ummi datang ni...

"Eh, siapa pulak dekat kubur Fayyadh tu?"

Aku menoleh ke satu arah yang ditunjukkan Afeeya. Benar, di sisi kubur Fayyadh ada tiga orang lelaki di situ.

"Kak Hana tak nak pergi tegur diaorang ke?" soalan Afeeya tidak aku jawab.

Tidak salah lagi, memang itu kubur Fayyadh kerana kedudukan yang terletak betul betul di bawah sebuah pokok. Tapi persoalannya, siapa mereka? Dari jauh aku cuba perhatikan sosok tubuh mereka bertiga yang hanya memakai tshirt biasa dan kopiah namun langsung aku tak dapat cam memandangkan ketiga tiga mereka berdiri membelakangi kami.

Salah seorang daripada mereka kemudiannya bertinggung di sisi pusara Fayyadh lalu disiram pusara itu dengan air sebanyak tiga kali. Tidak lama selepas itu, bahunya ditepuk perlahan oleh rakannya di sebelah.

Aku sempat lihat, dia meraup mukanya berkali kali.

Lelaki itu sedang menangis?

Mereka terus berlalu pergi tanpa sempat aku lihat wajah mereka walaupun seorang. Aku lihat kepulangan mereka dengan 1001 persoalan dalam kepala.

Siapa lagi yang tahu tentang Fayyadh?

Fyraz?

Tak mungkin kerana tempoh hari aku langsung tutup mulut apabila ditanya tentang Fayyadh. Semalam memang aku hampir terlepas cakap pada Fyraz yang sepatutnya aku mahu ke kubur Fayyadh. Tapi tak bermakna dia tahu, kan?

Atau mungkin...

Ah, mustahil!

Semua persoalan itu aku abaikan ketika Afeeya menarik lembut lengan aku untuk menuju ke kubur Fayyadh. Aku lihat sekeliling. Selalunya kalau sudah lama tidak dijenguk, rumput rumput sudah tumbuh melata tapi kali ini bersih. Apa mungkin, lelaki bertiga tadi yang sudi membersihkan?

Tidak kira siapa pun mereka, semoga mereka diberikan ganjaran pahala walaupun untuk usaha sekecil ini...

اَللَّهُمَّ اجْعَلْهُ لَنَا فَرَطًا وَسَلَفًا وَأَجْرًا

'Ya Allah, jadikan kematian anak ini sebagai simpanan pahala dan amal baik serta pahala buat kami'

Doa ringkas aku baca. Sucinya anak ini, pemergiannya ketika masih tidak ada dosa.

Lama tunduk menekur dan akhirnya aku tewas dengan air mata. Bukan aku tak reda. Tidak ada apa yang perlu dikesalkan kerana tempatnya sekarang di syurga. Dan sekurang kurangnya, Fayyadh tidak perlu hidup dengan dihujani pelbagai persoalan tentang di mana keberadaan babanya.

Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now