✘ Bab 44 ✘

2K 110 7
                                    

Takut takut aku mahu melihat apabila wajah lelaki itu ditumbuk tanpa belas. Sesekali terbatuk darah apabila tumbukan Fyraz menghentam wajahnya yang sudah sedia lunyai itu.

"Kau berani khianat aku. Kau yang lepas rahsia dekat Nigel!" rambut lelaki itu digenggam sebelum satu lagi buku lima daripada Fyraz hinggap di wajahnya. Cukup menyakitkan hingga tersembur darah merah pekat dari mulutnya.

Aku tekup mulut sebelum air mata mengalir laju. Ingin sekali aku peluk tubuh Fyraz dan meredakan segala amarahnya namun kaki langsung kaku untuk melangkah.

Walaupun ini bukan juga kali pertama aku melihat Fyraz berubah watak, menjadi seorang lelaki yang hampir aku tidak kenal namun segalanya sudah terasa cukup asing untuk aku ulang semula detik seperti ini.

"Aku...tak...buat..."

Fyraz mendengus sebelum rambutnya diraup kasar. Sebelah tangannya diseluk ke belakang pinggang sebelum dikeluarkan sesuatu.

Aku tergamam lagi melihat objek yang berada di tangan Fyraz. Sebuah pistol revolver diangkat tepat dihalakan ke kepala lelaki yang berlutut itu.

"Fyraz, kau jangan buat gila la dekat sini!" satu suara lain menghalang.

Air liur yang seakan berpasir aku telan apabila melihat dua orang lelaki yang juga memakai kot labuh hitam berdiri di sisi Fyraz.

Bagus. Hazwan dan Mika juga terlibat sama.

Fyraz buat tak endah dengan larangan Hazwan malah jari telunjuknya menarik picu pistol yang dipegangnya.

"Sacas el lío, luego lo pagarás. ( You bring up the mess, then you'll pay for it ). Mengaku, kalau taknak kena bunuh dekat sini." suara keras berbaur amaran itu dilontar Fyraz.

"Bukan..."

"Jangan buat hal, Raz..."

BANGG!!

"Arghh!!!" jeritan penuh kesakitan itu akhirnya terlepas. Aku tekup mulut, tidak mahu sebarang bunyi terlepas yang akan menyebabkan Fyraz tersedar kehadiran aku di sini.

Mata yang terpejam takut takut aku buka. Sedikit lega apabila lelaki yang ditembak Fyraz itu masih bernyawa walaupun erangan kesakitannya tidak dapat ditahan selepas bahu kanannya yang menjadi sasaran.

"Betul kau taknak mengaku?" Fyraz menyoal dan sekali lagi picu pistol ditarik.

"Maafkan aku... memang... salah...aku..."

"KENAPA KAU TIKAM BELAKANG AKU!! APA BENDA NIGEL RASUAH KAU SAMPAI KAU BUAT AKU MACAM NI?!!"

Amarah Fyraz akhirnya terletus. Pistol di tangannya dicampak jauh sebelum dia tertawa perit dan tangisannya pecah.

Fyraz jatuh berlutut.

Melihat keadaannya begitu, dada aku tekan kuat. Sakit. Perit melihat Fyraz yang bertukar lemah begitu. Hampir saja kaki ingin mengorak langkah ke arahnya namun aku mahu tahu apa punca semua ini berlaku.

"Sudahlah, Raz. Tak guna kau salahkan dia. Mampu ke kau nak putarkan balik masa?" Mika bersuara tenang memujuk Fyraz.

"KALAU BUKAN SEBAB DIA, ZAHIRA TAKKAN MATI!!"

Aku tersentak mendengar bicara Fyraz.

Fyraz masih rasa kesal kerana kematian Zahira. Jadi selama ini, Fyraz tidak pernah buang bayangan Zahira daripada fikirannya.

Lantas, apa gunanya dia ambil aku sebagai isterinya?

"Dan kalau bukan sebab dia, aku takkan rogol Sya empat tahun lepas..."

Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now