✘ Bab 51 ✘

2K 92 0
                                    

Aku delete bab 51 yg mula mula tu sbb fuh aku pun malas nak baca panjang panjang so bab 52 pun sambungan bab 51 yg sebelum ni




~~~

Aku semakin tak senang duduk. Tak cukup betah. Berada di rumah ini berseorangan, jiwa aku semakin sesak memikirkan beratnya dugaan yang perlu aku hadapi sekarang. Memikirkan Fyraz yang pastinya sudah sampai di rumah nenda dan bertemu dengan Arin di sana.

Aku mula menyiapkan diri seringkas boleh. Kunci kereta yang tergantung di sebelah kabinet televisyen aku capai. Pintu rumah dan grille turut aku kunci. Baru saja ingin melangkah ke arah lif, aku teringatkan sesuatu.

Aku tak minta izin Fyraz lagi...

Mula ada rasa bersalah yang menular. Aku berfikir sejenak sebelum mengambil keputusan untuk menelefon Fyraz untuk meminta izinnya untuk keluar.

Namun hampa. Hampir tujuh kali panggilan, Fyraz tetap tidak mengangkat telefon. Aku lepaskan keluhan berat. Pasti Fyraz sedang bersama Arin sekarang. Putus asa ingin terus membuat panggilan, akhirnya aku hantarkan saja pesanan ringkas sebelum teruskan langkah.

Aku mulakan pemanduan menuju ke rumah ibu Zarina yang terletak tidak sampai satu jam perjalanan dari penthouse milik Fyraz.

Sebaik sahaja sampai, aku lihat ibu Zarina masih sibuk menyiram pokok pokok bunganya di laman tepi rumah.

Aku tergelak kecil.

Sayang betul ibu Zarina dengan bunga bunga tu.

Aku keluar dari kereta lalu menuju ke arah ibu Zarina yang sedang menyanyi kecil.

"Assalamualaikum ibu..." aku menegur ibu Zarina yang masih tidak sedar kehadiran aku di situ.

"Waalaikumussalam..." ibu Zarina berpaling ke belakang.

Aku tayang senyum.

"La...Hana datang kenapa tak bagitau ibu? Ibu tak masak makan tengah hari pun lagi." Aku menarik tangan ibu Zarina untuk bersalaman.

"Hana datang sorang je? Fyraz?"

Pertanyaan ibu Zarina membuatkan aku terkedu seketika.

"Err...Fyraz ada dekat pejabat. Sibuk sikit dua tiga hari ni." tanpa ragu, bibir mencipta alasan.

Tiada niat untuk aku menipu.

Tapi, aku sebolehnya tak mahu ibu Zarina tahu hal ini.

Ibu Zarina pula tidak memilih untuk bertanya lebih lanjut soal itu membuatkan aku tarik nafas lega.

"Jomlah masuk. Kejutkan Feeya dengan Afeef sekali. Matahari dah terpacak atas kepala pun terbongkang berdengkur lagi dalam bilik tu. Apa nak jadilah anak dara dengan teruna berdua tu. Bukannya nak tolong ibu masak ke, bancuh air ke, siram pokok bunga ibu ni ke..." panjang bebelan ibu Zarina buatkan aku mengerti, ibu sendiri kadang kadang mengalah dengan perangai kembar berdua tu.

Aku turuti langkah ibu Zarina masuk ke dalam rumah namun tingkat atas yang aku tuju.

Bilik Afeeya.

Pintu yang tidak berkunci itu aku tolak perlahan. Betul cakap ibu Zarina. Tak senonoh betul anak dara bangun lewat.

"Feeya, bangun. Kak Hana datang ni." ujarku sambil menepuk perlahan lengan Afeeya untuk mengejutkannya.

Afeeya ternyata mengeliat namun masih tidak membuka mata. Sudahnya, posisi tidurnya daripada menelentang ditukar kepada meniarap.

"Feeya, bangun!" kali ini aku kuatkan suara.

Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now