✘ Bab 1 ✘

6.7K 205 22
                                    

"Papa taknak hantar Sya harini?"

"Papa sibuk, Sya. Tak faham faham lagi ke? Lagipun papa dah call Syafiq suruh hantar Sya kejap lagi."

Jawapan dingin papa membuatkan aku terdiam. Sudah sebulan lebih aku menuntut di universiti. Dari hari aku mendapat tawaran lagi,beriya-iya aku memujuk papa untuk menghantar au ke kolej. Tetapi papa...itu saja alasannya.

Bukan aku tidak mahu mengerti papa begitu sibuk sebagai seorang businessman yang berjaya. Tapi takkan langsung tiada masa untuk aku, anaknya sendiri?

Sejak kematian mama ketika aku baru berusia tujuh tahun, papa memang langsung tiada masa untuk aku. Entah bila kali terakhir papa memeluk aku dengan penuh kasih sayang. Seingat aku juga, papa jarang tersenyum manis pada mama, apatah lagi mahu ketawa mesra. Seringkali aku lihat papa memarahi mama, dan malamnya mama akan menangis sendiri.

Apabila aku meningkat dewasa, lagi papa tidak mengambil tahu soalku. Ke mana aku pergi, dengan siapa aku berkawan. Sehingga aku sendiri membesar sebagai anak gadis yang terlebih sosial.

Aku hanya mahukan...sebuah keluarga yang sempurna.

Bunyi hon di luar rumah mematikan lamunan. Aku menoleh seketika ke arah pintu. Pasti Syafiq sudah sampai untuk menghantarku ke kolej. Aku pergi ke arah papa yang masih sibuk dengan telefon pintar di tangan. Sesekali air kopi disisip perlahan.

"Papa, Sya pergi dulu."Aku menghulurkan tangan untuk bersalam namun hanya dipandang sepi sebelum disambut hendak tak hendak.

Entah apa yang membuatkan papa dingin dengan aku dari dulu hingga sekarang.

~~~

"Harini I tak dapat ambil you untuk balik rumah. So sorry, sayang."

"It's okay." aku tersenyum padanya.

Syafiq. Sudah hampir 6 bulan aku menjalinkan hubungan dengannya. Itu pun atas desakan papa dengan alasan, sekiranya satu hari nanti aku berkahwin dengan Syafiq, makin mudah untuk papa melebarkan sayap businessnya.

Huh. So typical.

"Kalau I nak keluar lunch dengan you kat luar boleh?" soalku pada Syafiq, sekadar mahu mencuba nasib.

"Sya...I betul betul busy.You tak faham I ke?" sudah boleh diduga jawapan Syafiq pada pertanyaanku tadi.

Kalau dulu, setiap hari Syafiq akan meluangkan masa untuk aku. Setiap hari dikirim bunga demi menambat hati aku. Memang aku rimas pada mulanya. Namun lama-kelamaan aku jatuh hati juga dengan sikap romantisnya.

"I'm so sorry, okay? You jangan risau,I dapatkan projek juta juta untuk you jugak. I tak nak lepas kita kahwin nanti you hidup susah." Syafiq memujuk sambil sebelah tangannya menggenggam erat tangan kananku.

Kami...sama sama masih muda. Aku baru berumur 20 tahun dan Syafiq baru menginjak 25 tahun, tapi sudah menjawat jawatan besar di syarikat milik bapanya. Itu janjinya pada aku setiap kali aku bermasam muka dengannya apabila dia terlalu sibuk dengan kerjanya. Janjinya, untuk membahagiakan aku satu hari nanti.

Tapi sekarang, seolah-olah aku seorang yang terhegeh-hegeh padanya. Katakan saja aku kurang kasih sayang kerana memang itu hakikatnya. Papa sendiri tidak mempedulikan aku. Kerana itu,aku selalu mengadu pada Syafiq.

~~~

"Eh, korang kenal tak pelakon Thailand nama Nadech Kugimiya?" Sofea,rakan baikku menyoal pada aku dan Arin.

"Gila tak kenal? Crush aku tu!" jawab Arin yang berada di sebelah kiriku sambil sibuk menghimpit aku ke arah Sofea. Aku hanya melihat seketika gambar pelakon yang ditunjukkan Sofea tadi sebelum kembali fokus pada buku di atas meja.

Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now