✘ Bab 47 ✘

2K 98 7
                                    

Lain macam la feeling siapkan bab ni sambil dengar lagu kat atas tu








~~~

"Aku rindu kau Arin..." aku menutur jujur.

Arin sekadar tersenyum nipis.

Banyak perkara yang aku tanyakan pada Arin namun jawapannya hanya sepatah dua. Mungkin masih kekok untuk berbual seperti dulu setelah hampir lima tahun tidak berjumpa, aku juga tak tahu.

Jujur, dari tadi lagi aku sedar riak kurang selesanya. Wajahnya juga tidak seceria dulu.

"Kau nak air apa? Aku pergi buatkan sekejap." aku meminta diri untuk ke dapur namun lebih lekas Arin menarik tangan aku  sebelum menggeleng tanda tak mahu.

Tanpa dijangka, Arin mengalirkan air mata membuatkan aku turut cemas melihat perubahannya yang sedih tiba tiba.

"Ak-aku tak tahu nak cerita benda ni dekat siapa..." betapa rapuhnya suara Arin ketika itu, menunjukkan beban yang dipikulnya bukan sedikit.

Darina Aliya, apa yang dah jadi dengan kau ni?

"Arin, kau tahu kau ada aku untuk cerita masalah kau kan?"

Aku paut erat bahunya dan belakang tubuhnya aku gosok perlahan, cuba menyalurkan kekuatan pada Arin.

Ada sesuatu yang aku fikirkan dari tadi apabila melihat perubahan bentuk badannya tapi...

Tak mungkin...

"Ak-aku mengandung..."

Apa?

"Arin, takkan la kau..." bicara aku tersekat. Tak sanggup mahu menyambung ayat sendiri.

"Aku kena rogol..."

Air liur sendiri terasa kesat untuk ditelan. Tubuh Arin aku bawa ke dalam pelukan untuk meredakan tangisannya.

Tanpa sedar, air mata aku ikut jatuh.

Aku tahu sakitnya rasa itu bagaimana.

"Kau kenal ke jantan tu? Aku kenal dia?"

Arin mengangguk perlahan.

Entah mengapa, denyutan jantung berlagu kencang. Kalau aku kenal, bermakna lelaki itu dalam kalangan rakan kolej kami juga.

"Cerita dekat aku, macam mana boleh jadi semua ni."

Arin diam seolah tak mahu membuka cerita.

"Arin, please jangan senyap macam ni. Kita buat report polis okay?" aku cuba memujuk Arin yang masih tersedu dalam tangisannya.

"Jangan Sya. Aku takut dia boleh buat perkara yang lebih teruk daripada ni."

Laju Arin membantah cadangan aku.

"Okay, kalau kau tak nak buat report, bagithu aku jantan mana yang buat kau macam ni."

Arin mengangkat wajahnya dan saat itu, aku tahu ada sesuatu yang tak kena.

Hati mula berfikir perkara yang tak enak.

"Fyraz..."

Dum!!

Langit seakan runtuh di atas kepala.

"Arin, Fyraz suami aku! Takkan la dia sanggup buat semua tu?" hati mula berbelah bahagi namun saat ini, aku memilih untuk mempercayakan Fyraz lebih dari orang lain.

Kalau betul, bagaimana Fyraz boleh bertemu dengan Arin?

"Sya, aku tahu kau tak percaya. Tapi tak mustahil kan, dia boleh buat semua tu lepas dia sendiri pernah buat kau macam tu dulu?"

Hikayat Sang Pencinta ✔Место, где живут истории. Откройте их для себя