✘ Bab 8 ✘

1.9K 132 10
                                    

Sepanjang 1 jam 30 minit kelas Sir Irham di dalam dewan kuliah, aku langsung tak mampu untuk fokus pada lcd dan penerangan lecturer di hadapan. Minda asyik berfikir tentang Fyraz.

Aku yakin, coklat dan sticky note yang aku dapat selama empat hari berturut-turut ini adalah daripada dia. Sengaja dia meletakkan nama D...E pada setiap sticky note yang diberikan pada aku kerana dia tahu yang aku tahu nama panggilannya itu.

"Hana Arisya?"

Aku tersedar dari lamunan. Aku pandang sekeliling. Satu dewan kuliah memandang pelik. Ada juga yang sedang menahan ketawa. Diaorang ni, dah kenapa?

"Sya, tak sedar ke sir panggil kau banyak kali?" Arin di sebelah menyoal.

"Hana Arisya?" aku menoleh ke hadapan. Sir Irham sekali lagi memanggil namaku.

"Awak menungkan apa, Hana? Berangan saya masuk meminang awak, ke?" aku mengerutkan kening. Apa kaitan aku berangan dengan sir pulak ni?

Gurauan Sir Irham mengundang siulan nakal pelajar lelaki. Pelajar perempuan ada yang menjeling tak puas hati. Mana tidaknya, Sir Irham itu merupakan pensyarah paling muda dan boleh tahan kacak orangnya. Bukan aku tak tahu, ramai pelajar perempuan di universiti ini berminat mahu tackle sir memandangkan dia juga masih bujang.

"Pagi tadi ada secret admirer tinggalkan hadiah atas meja dia, sir! Itu yang angau semacam!" aku jeling Alep yang tidak jauh dari tempat dudukku. Bibirnya tersenyum senget pada aku. Mulut dia, memang nak kena dengan aku agaknya.

Ternyata, makin bising dewan kuliah ini dengan bisikan dan siulan nakal para pelajar baik lelaki mahupun perempuan. Aku sudah tertunduk malu.

"Students, enough with your joke. Kesian Hana, dah blushing sangat pipi tu." Sir Irham bersuara tegas di mikrofon sekaligus menghentikan gurauan yang sebenarnya bermula daripada dirinya sendiri.

Dan tak pasal pasal, seharian itu walaupun di luar kelas aku di ship kan dengan Sir Irham.

~~~

574 messages from 3 chats

Aku buka ruangan chat dengan Syafiq terlebih dahulu. Spontan, bibir mengukir senyum.

❤❤❤ :
Sayangggg
I miss youuu

Me :
Ye sayangggg
I miss you toooo 😘

Tanpa perlu menunggu lama, Syafiq sudah membalas mesejku.

❤❤❤ :
Weekend ni you free tak? I ingat nak ajak you keluar

Akibat terlalu teruja dengan ajakan Syafiq, bantal aku tekup pada muka sebelum menjerit kuat. Seronoknyaaa!

Me :
Emm...so sorry sayang. Weekend ni I ada kelas ganti. Sorry, okay?

Sengaja aku berkata begitu dengan niat mahu bergurau. Namun begitu, agak lama aku mahu menunggu dia membalas semula. Merajuk ke?

❤❤❤ :
It's okay sayang. I baru perasan weekend ni pun I busy. Hari lain la kita keluar.
Okay. I got to go. Bye

Terus mati senyuman aku tadi. Ini, fakehope atau apa? Sedikit sebanyak aku agak terasa dengan Syafiq. Kalau nak ajak keluar tu, check la organizer dulu baru buat keputusan. Aku yang mahu bergurau, alih alih aku juga yang terasa hati.

Hikayat Sang Pencinta ✔Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin