✘ Bab 41 ✘

2.2K 131 4
                                    

Seminggu kemudian, majlis resepsi sebelah pihak Fyraz diadakan dengan begitu meriah. Fyraz telah menempah satu dewan besar bagi memuatkan bilangan tetamu yang angkanya mencecah ribuan orang. Dari ahli keluarga dan sanak saudara, kenalan rapatnya serta staf staf FDR Holdings. Wakil daripada beberapa buah syarikat yang pernah berurusan dengan Fyraz juga turut dijemput.

Hujung minggu itu pula, aku menginap di kediaman Fyraz selepas tamat majlis resepsi. kalau diikutkan Fyraz, katanya dia mahu terus bawa aku tinggal di penthouse miliknya kerana kedudukan rumahnya dengan pejabat lebih dekat namun Sharifah Ahdiyah, mama kepada Fyraz yang juga kini ibu mertua aku memujuk untuk menginap di rumah ini sekadar untuk sehari dua. Aku hanya turutkan permintaannya malah berbesar hati. Masa ini boleh aku gunakan untuk mengenali ahli keluarga Fyraz, terutama sekali dengan mama.

Katakan saja aku terlalu hiperbola dalam memberikan bayangan tentang bagaimana keadaan rumah agam yang dimiliki keluarga besar Fyraz ini namun memang tidak dapat disangkal, rumah agam tiga tingkat yang bagaikan istana kecil ini terlalu indah.

Pagi pagi lagi aku bangun untuk membantu pembantu rumah menyiapkan sarapan. Berkali kali aku ditegah Susi, tukang masak yang diupah di dalam rumah ini kerana takut dimarahi membiarkan aku masak sekali namun aku tak ambil endah kata katanya. Rasa tak enak pula sebagai menantu dan orang baru dalam rumah ini kalau hanya duduk bermalas malasan.

"Sampai hati keluar bilik tak kejut abang. Menggelabah ingatkan kena tinggal." pinggang aku terasa dirangkul dari belakang dan wajahnya disembamkan ke bahu aku ketika sedang memotong bahan bahan untuk memasak nasi goreng.

Aku sembunyikan senyum yang hampir terukir lebar.

Aku kalihkan pandangan, mencari wajahnya yang tersembunyi di sebalik ceruk leher aku. Aku tahan ketawa apabila terlihat matanya yang kuyu sebelum terpejam rapat. Mengantuk sangat dia ni...

"Bangunlah, mesti tak mandi lagi kan? Nanti kita breakfast sekali." sambil itu, aku tepuk perlahan pipi Fyraaz sekadar mahu menyedarkannya.

"Alah, abang dah gosok gigi. Sarapan la dulu baru abang pergi mandi..." dia merengek manja dengan mata yang masih tertutup sebelum rangkulannya diketatkan seakan langsung tidak mahu berganjak.

"Tak boleh abang...breakfast pun tak siap lagi, macam mana nak makan?" aku memujuknya lembut.

Fyraz ternyata mengalah apabila wajahnya diangkat dengan mata yang masih tak mampu dibuka sepenuhnya.

"Yelah, nak bermanja pun kena halau!" Fyraz menggumam dan terus beredar dari ruangan dapur.

Aku hanya tertawa melihat langkahnya yang seperti sengaja berjalan menghentak kaki, menunjukkan protes. Fyraz yang mulanya aku kenal 4 tahun lepas, sememangnya aku tahu perangainya yang agak manja itu. Tapi hari ini, setelah bertukar status menjadi isterinya baru aku sedar manjanya itu kadangkala mengalahkan anak kucing.

Panggilan abang itu sendiri, dia yang meminta aku untuk memanggilnya begitu pada malam setelah kami selamat diijabkabulkan.

"Tak boleh ke kita panggil I You macam biasa?"

"No way!"

"Saya awak?"

"A big no! Tahi telinga tak boleh cair!"

"Alah, sikit pun tak boleh?"

"Don't you see I'm trying hard here to show my romantic side?"

Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now