✘ Bab 14 ✘

1.7K 115 2
                                    

"Raz, you boleh menyanyi kan?" aku menyoal Fyraz yang duduk di sebelah. Sejak kami semakin rapat, hobi baru aku adalah melepak di hadapan tasik kalau tak ada kelas petang dengan Fyraz. Selagi belum pukul 6 petang, memang aku tak akan balik ke rumah.

"Soalan apa you tanya ni? Menyanyi, semua orang boleh. Kalau you tanya suara I sedap ke tak, confirm I dah jawab."

Mentang mentang suara dia tahap boleh buat album, dia nak riak dengan aku.

"You nak suruh I menyanyi ke apa?" Fyraz bertanya apabila dia melihat aku yang seperti tengah tahan diri daripada membaling batu pada dia.

"Menyanyi satu lagu untuk I, boleh tak?" Fyraz pandang aku pelik apabila aku menyatakan permintaan.

"Nak buat apa?"

"Satu lagu je. I teringin nak dengar. Tak kisah you nak nyanyi apa. Boleh la..." muka aku comelkan sehabis baik dengan mata yang terkelip berserta pakej suara yang meleret dan pipi yang sengaja aku kembungkan.

Serta merta, ketawa Fyraz terhambur kuat.

"Gedik nak buat muka macam tu kenapa? Ingat comel?" mulutnya selamba mengutuk aku sambil jari telunjuk kanannya menunjal perlahan dahi aku. Kurang ajar ini anak!

Langsung aku tak pandang wajah Fyraz apabila dia masih mentertawakan aku. Bibir aku cebik dan tangan aku silangkan ke dada.

Tidak pernah ku sesali
Merindui begini
Masih jelas sehingga kini
Walau tak lagi di sisi

Bibir aku mengukir senyum kecil.

Aku mahu dikau tahu ketulusan cintamu
Satu keindahan rasa di kalbu
Tersimpan dalam hayatku

Namun hatiku reda
Ketentuan yang Esa
Jodoh bukan milik kita
Untuk melayari cinta

Andai ada waktu andai kasih dipertemu
Cinta pasti menunggu untuk dia dan aku

Aku perlu menerima
Pasrah dengan segalanya
Biarpun makin lemah denyut jiwa
Melihat kau membawa hati ini bersamanya

Aku kalihkan pandangan pada Fyraz.

Bahagialah kau cinta
Kasih sampai ke syurga
Walau diriku bukanlah pilihan
Kau tetap di jiwaku

Namun hatiku reda
Ketentuan yang Esa
Jodoh bukan milik kita untuk melayari cinta

Matanya terpejam rapat. Fyraz seolah tenggelam dalam dunianya sendiri. Dan entah kenapa, hati aku rasa sesuatu dengan nyanyian penuh perasaan itu.

Andai ada waktu andai kasih dipertemu
Cinta pasti menunggu untuk dia dan aku

Hikayat Sang Pencinta ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang