✘ Bab 2 ✘

2.6K 172 12
                                    

Cuitan di bahu menyentakkan. Aku toleh ke arah Sofea. Jelas sekali dia yang mencubit sebentar tadi.

"Kau ok tak? Menung je dari start kelas." aku menggeleng perlahan sambil tersenyum kecil. Tapi memang betul pun. Akibat dua kejadian semalam, kelas Madam Suzanne hari ini tiba tiba rasa tak menarik.

"Lepas habis kelas Madam ni, kita pergi library nak? Aku dengan Arin nak siapkan assignment. Kau nak join?" Sofea menyoal dan aku hanya bersetuju dengan cadangannya memndangkan aku juga ingin menyiapkan tugasan.

"Sofea, apa nama..." kata-kataku terhenti apabila Sofea menoleh memandangku.

"Nama apa?"

"I'm just...takpe lah. Aku lupa nak tanya apa."

"Ish, buang masa aku lah kau ni."

Sofea mendecit sebelum kembali fokus pada ajaran Madam Suzanne. Tapi hakikatnya, aku baru saja menipu Sofea.

Dalam hati meronta-ronta ingin bertanya apa nama pelakon Thailand yang disebut semalam. Hanya untuk memastikan 'sebijik' sangat ke wajahnya dengan lelaki yang aku langgar itu

Tapi nanti, mesti Sofea bertanya kenapa aku berminat sangat ingin tahu sedangkan semalam aku seorang yang menunjukkan muka bosan dengan gosip yang dibawa Sofea. Tak pasal pasal kantoi hal semalam. Malas aku mahu dengar mulut Arin yang pasti kecoh bertanya siapa lelaki itu. Jadi lebih baik aku diamkan saja.

~~~

Sebaik saja tamat kelas Madam Suzanne, aku, Arin dan Sofea berjalan bersama ke library. Arin dan Sofea sibuk bergosip tentang fesyen. Hanya sesekali aku mencelah perbualan rancak mereka.

"HANA ARISYA!"

Jeritan yang memanggil namaku automatik membuatkan aku berpaling. Arin dan Sofea ikut berpaling. Habis tergendala sesi gosip mereka.

Dari jauh aku boleh teka siapa yang panggil. Sunglasses round metal jenama ray ban. Sudah...mamat semalam!

"Siapa tu, Sya?" Arin bertanya apabila terlihat lelaki itu berlari-lari anak ke arah kami. Aku mula cuak. Laju aku menarik tangan Sofea dan Arin. Memaksa mereka untuk mempercepatkan langkah.

"HANA ARISYA!" sekali lagi dia memanggil.

"Sya, dia panggil kau, kan? Asal kau lari?" Sofea menyoal pelik melihat aku yang tidak mngendahkan paggilan lelaki itu.

Lantaklah, yang penting aku taknak bercakap dengan dia. Tak sanggup jantung aku nak mengepam darah pada kadar 300 km/j sekali lagi.

"Jangan banyak tanya, ikut je aku." tanganku masih menarik Arin dan Sofea. Sikit lagi nak sampai library. Harap harap dia tak nampak aku masuk sini.

Pintu library aku tolak perlahan. Aku berlari-lari anak mencari tempat duduk yang agak tersorok dari pandangan orang. Arin dan Sofea masih mengikut tapi telingaku masih dapat menangkap apa yang dibualkan mereka. Masing masing bertanya sesama sendiri mengapa aku nampak cuak begini.

Aku mengambil tempat yang aku rasakan paling selamat. Aku labuhkan duduk di kerusi paling tepi bersebelahan tingkap. Sofea mengambil tempat bersebelahanku manakala Arin duduk di hadapan Sofea.

"Sya, ok ke tak ni? Asal kau cuak macam ni?"

"Pakwe kau ke tadi? Oh...dah curang dengan Syafiq tak story kat kitaorang." suara Arin berbaur usikan.

"Takde apa. Nanti aku cerita." aku memilih untuk terus berahsia. Entah mengapa, tanganku juga sudah sejuk sejak tadi.

"Sya." suara Arin memanggil. Aku mendongak memandang Arin sebelum cepat cepat aku menunduk semula apabila terlihat lelaki itu turut masuk ke dalam library.

Matanya melilau-lilau ke kiri dan kanan bagaikan sedang mencari sesuatu atau lebih tepatnya-aku.

"Eh, tu bukan lelaki tadi ke?" Sofea bersuara sambil tangannya menunjuk ke arah lelaki itu. Aku hanya terus menunduk dengan harapan dia tidak nampak kewujudan aku di sini.

30 saat...sebelum aku terdengar bunyi kerusi di hadapan aku ditarik.

"Hai, Sya."

Suara itu...aku tahu siapa. Takut takut aku mendongakkan kepala, bertentang mata dengannya.

Lelaki itu sudah selamat duduk di hadapanku. Sunglasses miliknya dibuka dan diletakkan di atas meja. Kedua-dua belah tangannya disilang pada belakang kepala. Rambutnya, seperti sengaja dibiarkan serabai. Reaksi Arin dan Sofea, tak perlu aku lihat. Aku yakin mata tengah terbeliak dengan mulut terlopong.

Tak, yang aku leka perhatikan dia ni apa kes?

Bagi duit untuk ganti phone dia dan semua ni akan berakhir. Fighting, Sya!

"Berapa harga phone you? Apa number account? Nanti I transfer duit. Ke you nak cash sekarang jugak?" aku berlagak tenang dengannya.

"Hei, don't take it serious. I datang kacau you bukan nak cakap pasal phone yang pecah tu."

"Then?"

Dia mengetuk-ngetuk dagunya sebelum melirik satu senyuman yang nampak nakal.

"Disebabkan semalam you perempuan pertama yang langgar bahu I secara tak sengaja..."

"What do you mean?"

"Well...sebelum ni perempuan perempuan yang langgar bahu I semuanya nampak sengaja because they expected yang I akan tahan diorang daripada jatuh. But unfortunately... I'm not that kind of romeo. Kalau diorang nak jatuh pun I akan biar. Lepastu semua sibuk nak kenal kenal dengan I. Urgh, so boring..."

"Apa you merepek ni?" aku mencelah apabila lelaki itu sudah sibuk bercerita panjang.

Aku perasan, Sofea dan Arin tengah tahan gelak.

"I tahu you tak sengaja semalam."

"Jadi?" tolonglah cakap direct jantung aku dah tak normal degupannya ni!

"So...phone tu I mampu je beli baru. Malah terlebih mampu. Tapi I nak..." dia sengaja berjeda lama membuatkan aku tertanya-tanya apa yang dia mahukan.

"Kita jadi kawan, boleh?" soalnya sambil menghulurkan tangan kanannya padaku.

"Haa?" aku menyoal padanya. Bukan aku tak dengar tapi...biul ke apa mamat ni?

"Kenapa? You tak faham bahasa melayu ke? Kawan? Friend?" sekali lagi dia merepek dengan loyar buruknya.

"Kenapa you nak jadi kawan I?" dengan berani aku bertanya. Itu pun jantung terasa mahu meletup. Tak faham aku kenapa jantung buat hal.

"Sebab I takde kawan perempuan." jawapan mudah.

"Tapi I taknak jadi kawan you." jawapan yang aku berikan, membuatkan dia tersenyum pahit sebelum tangan yang dihulur tadi ditarik semula.

"It's okay. But one day bila I hulur tangan I sekali lagi, I'll make sure yang you tak akan tolak." dia terdiam seketika sebelum menyambung percakapannya.

"So...hari lain I kacau you lagi. By the way, sorry kacau korang study." dia mula bangun dari duduknya sebelum melangkah pergi. Sempat dia menghadiahkan senyuman yang membuatkan jantung kembali bermaraton.

Hilang saja kelibatnya, Arin menggoncang kuat badanku.

"Sya, siapa dia? Oh god kenapa dia hensem sangat?" Arin sudah terjerit suka sebelum beberapa orang di dalam library itu menjelingnya tajam.

Sofea hanya diam sebelum memandang ke arahku.

"Sya, kau tau tak dia siapa?"

"Siapa?" Arin sibuk bertanya. Tak perlu jawab kerana aku boleh agak siapa.

"Fyraz Danial."

Dan jawapan Sofea, membuatkan rahang Arin automatik jatuh kerana terkejut.






Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now