Special II

3.2K 156 14
                                    

"Sampai hati sayang buat abang macam ni!"

Arisya buat tak endah dengan bebelan Fyraz yang tak sudah. Yusuf yang masih belum sepenuhnya lelap dalam pangkuan Arisya mula merengek perlahan gara gara terkejut mendengar suara babanya.

Tengku Yusuf Al-Malik, putera kedua kesayangan Fyraz dan Arisya.

Kata Fyraz, nak cukupkan sampai 25 orang anak dan semuanya mahu diletakkan dengan nama nabi.

Melopong Arisya dibuatnya. Dia ingat kilang pembuatan manusia senang senang boleh minta berapa orang anak agaknya.

Fyraz sudah mengambil tempat, melutut di depan Arisya. Ini, posisi memujuk seorang Fyraz.

"Sayang, pergilah tidurkan Hud dekat depan tu. Abang tidurkan Yusuf. Meh sini, sayang baba..."

Arisya menghalang apabila Fyraz sudah berura ura ingin mengambil Yusuf yang umurnya baru mencecah tiga bulan itu.

"Apa masalahnya? Dulu dulu elok je abang tidurkan Hud?" Arisya menyoal dengan wajah malas.

"Dulu dulu memang la boleh. Tapi sekarang ni, tengok la Hud tu macam mana. Anak kita buas sangat sayang!" Fyraz tak henti henti membebel dengan suara yang ditahan. Sesekali jemarinya sengaja naik mencuit cuit pipi Yusuf.

"Nakal ikut perangai abang la tu."

"Amboi, mengata nampak?"

Arisya diam tak mahu membalas. Karang kalau dia sama naik membebel, silap silap boleh tercetus perang dunia ketiga.

"Sayang, bagi la abang tidurkan Yusuf..." Fyraz masih tidak menunjukkan tanda tanda ingin mengalah.

"Abang merepek apa? Yusuf tak nak berhenti menyusu lagi. Abang nak pujuk dia kalau dia menangis? Abang nak bagi susu apa?"

Fyraz jeling Arisya satu das.

"Eeeee...Yusuf tak malu. Tu baba punya tahu? Gedik je nak menempel dekat tempat favourite..."

Arisya sudah membulat mata.

"Baba!!"

Fyraz yang kelam kabut melindungi kepalanya dari diketuk berpaling ke arah pintu.

"Tak apalah sayang. Hud dah panggil tu. Bye!" laju laju Fyraz berlari keluar dari bilik ingin melarikan diri. Pintu ditutup perlahan tidak menghasilkan sebarang bunyi.

Arisya tahan diri dari melepaskan jeritan geram.

Dasar gatal.

~~~

Arisya melangkah keluar dari bilik tidur sesudah memastikan Yusuf betul betul lena. Pagi pagi buta macam ni, haus pula tekaknya. Perlahan lahan anak tangga dituruni satu persatu. Gelap. Silap langkah, ada juga yang jatuh tergolek.

Arisya menuju ke ruang tamu, mencari kelibat dua hero kesayangannya apabila matanya menangkap ke arah televisyen yang masih terbuka dengan bunyi yang sederhana perlahan.

Bibirnya menguntum senyum. Terasa indah apabila melihatkan pemandangan seperti ini.

Fyraz dan Hud yang tertidur pulas di atas karpet di lantai dengan keadaan kedua mereka menghadap sesama sendiri. Sebelah tangan Fyraz menjadi alas kepala Hud dan tangan Hud diletakkan di pipi Fyraz.

Sangat jarang bagi Arisya melihat situasi seperti ini. Sejak ada Yusuf pun, Arisya juga yang tidurkan Hud. Hud benar benar liat mahu tidur dengan Fyraz. Setiap kali Fyraz pulang dari kerja, Hud kalau sedang mengantuk pun boleh segar semata mata mahu mengajak babanya main bersama.

Selimut dan bantal Arisya ambil dari bilik tetamu. Tubuh kedua duanya diselimutkan dan kepala Fyraz dialasi dengan bantal.

Remote dicapai dan butang off ditekan. Wajah comel dan tampan milik kedua dua lelaki di hadapannya itu direnung penuh cinta sebelum bibirnya dilabuhkan di pipi Hud dan di dahi Fyraz lebih lama.

Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now