✘ Bab 9 ✘

1.9K 135 7
                                    

Aku masih kelu apabila bibir itu berhenti menyanyi. How come he could have a lovely voice like that? Justin Bieber dengar pun boleh tutup periuk nasi.

"So...may I ask you the same question, for the third time?" Fyraz bertanya setelah beberapa minit ruang jeda dicipta antara kami.

Aku hanya mengangguk. Mata masih tak lepas daripada merenung sepasang anak mata kelabu itu. Indahnya ciptaan Tuhan...

"Would you like to be...my dearest girl friend?"

Aku terdiam. Wajah aku tundukkan dari terus bertentang mata dengan Fyraz. Perlu ke aku jual mahal, ataupun terima saja?

"Kenapa mesti I yang you pilih untuk jadi kawan you?" sengaja aku bertanya untuk mendengar jawapan jujurnya.

Bibirnya melepaskan keluhan.

"I don't even know why. But...I betul betul serius."

"You tau kan I dah ada orang lain?"

"Of course I know. What I mean is, girl friend in term kawan perempuan. I buat semua ni bukan nak ajak you couple. Tak gentle okay nak couple dengan awek orang. No! I bukan perampas, I bukan playboy. I know my limit."

Apa yang aku lihat, Fyraz betul betul struggle untuk terangkan apa niatnya pada aku.

"Please, give me some time to think about this. Maybe lain kali." aku memilih untuk berlalu pergi.

Aku nampak riak kecewa pada raut wajahnya. Tapi aku, benar benar tak tahu keputusan apa yang aku patut ambil. Kejamkah aku kerana menolak pelawaannya yang hanya mahukan hubungan sebagai teman baik?

~~~

Langkah aku terhenti apabila ada dua pasang kaki yang menghalang laluan. Kepala yang menunduk pada mulanya, aku angkat untuk bertentang mata dengan mereka. Mata mereka merenung aku tajam. Haih, bala apa pulak ni...

"So, ini la junior yang Fyraz sibuk kejar tu?" soal seorang gadis yang berdiri di hadapanku pada rakannya di sebelah tetapi renungan tajamnya masih menikam sepasang mata aku.

"Mia, you tau tak tadi I nampak Fyraz duduk satu meja dengan dia dekat kafe? Eii, entah apa yang Fyraz nampak kat dia ni tak tau la!" rakannya tidak menjawab soalan si gadis yang dipanggil Mia itu tetapi dia bercerita tentang perkara lain, seperti sengaja mahu menaikkan kemarahan Mia.

Aku mengeluh. Kalau jeles tengok aku dengan Fyraz, cakap je la tak payah nak halang jalan bagai!

"Ingat junior macam kau ni, layak ke nak couple dengan hot stuff macam Fyraz?" aku tahu Mia mahu menyakitkan hati aku. Sabar, Sya...

"Kau pekak ke bisu hah?!" Mia sudah menengking apabila melihat aku yang masih senyap.

Mata aku membalas berani tikaman mata Mia. Senior tak senior, kalau kurang ajar masa ni la perlu diajar!

"Nampaknya, I lagi cantik la daripada korang kan sebab Fyraz yang datang dekat I?" sengaja aku membalas sinis. Mahu juga aku lihat sejauh mana mereka boleh sakitkan hati aku.

Ternyata, wajah mereka masing masing sudah merah padam. Kenapa? Marah ke aku cakap macam tu?

Melihat mereka yang masih tidak membidas kata kata aku tadi, aku terus berjalan melintasi mereka. Tak guna pun kalau bertekak dengan orang yang tak bertamadun macam diaorang.

Namun langkahku sekali lagi terhenti apabila Mia, dengan berani beraninya menarik rambutku yang sememangnya aku biarkan lepas tanpa diikat. Tidak semena mena tubuhku kembali terdorong ke belakang.

Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now