✘ Bab 11 ✘

1.8K 114 0
                                    

Kejadian minggu lalu membuatkan aku dan Syafiq tidak bertegur sapa hingga sekarang. Masing masing tidak mahu menghulurkan kata maaf terlebih dahulu. Katakan saja aku seorang yang lebih mementingkan ego, tapi Syafiq sendiri ada salahnya. Sampai sekarang, aku masih tidak tahu siapa perempuan yang bergandingan dengannya.

"So, betul la ni pakwe baru you?"

"So, dia la punca you melenting bila I cakap pasal kahwin? Kenapa, you dah janji nak kahwin dengan dia jugak ke?"

Aku perasan Syafiq mengetap kuat rahangnya sambil mata merenung aku tajam.

"You don't know anything so please, shut your mouth!" kelihatan timbul urat urat di tangan Syafiq sewaktu ditudingkan jarinya pada aku.

"Same goes like you. You tuduh I keluar dengan boyfriend baru, habis perempuan ni siapa?" aku memulangkan paku buah keras pada Syafiq sebelum dia membidas semula kata kataku.

Agak lama kami bertekak di situ sebelum Fyraz menarik tanganku untuk berlalu pergi dari situ sebelum terjadi perkara yang tidak diinginkan. Apatah lagi, orang ramai sudah menoleh berkali kali untuk melihat drama swasta tanpa pengarah kami.

Dalam perjalanan pulang juga, Fyraz memarahi aku dengan alasan, tak sepatutnya aku dan Syafiq bergaduh di tempat terbuka begitu. Tak matang katanya. Sudah la masing masing salah faham. Tetapi kalau situasi Syafiq dengan perempuan tu, sesiapa saja akan salah faham. Tak pasal pasal air mata aku mengalir lagi kerana dimarahi Fyraz. Fyraz pun, bukan nak minta maaf

"Sya, asal termenung je dari tadi?" Arin yang duduk di tempat sebelah pemandu menegur. Sofea hanya menjeling sekilas dengan melihat cermin pandang belakang.

Aku hanya menggeleng sebagai jawapan. Tentang papa yang beriya memaksa aku menyuruh Syafiq masuk meminang saja aku ceritakan pada mereka. Hal di KLCC tempoh hari aku diamkan saja. Aku tidak mahu Sofea atau Arin salah faham soal aku dan Fyraz.

Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now