✘ Bab 23 ✘

1.7K 109 0
                                    

Pagi itu aku pergi ke kolej bersama Sofea dan Arin. Tak lama selepas itu, baru kami dapat mesej daripada Sir Irham bahawa kelas pagi ini dibatalkan. Sementara itu kami memilih untuk lepak di kafeteria saja memandangkan jam 10 pagi juga masih ada kelas Madam Yasmin.

"Hai, Sya!" aku angkat wajah, mencari gerangan yang memanggil. Pelik melihat Fyraz di hadapan. Aku ingatkan hari ini dia mahu ambil cuti.

"Err...Sya, kitaorang pergi dulu. Nanti kita jumpa dekat kelas je lah eh?"

"Duduk la sini sekali apa masalahnya?" aku membantah apabila Sofea dan Arin mahu beredar.

"Masalahnya, kitaorang taknak kacau korang dating." aku bertentang mata dengan Fyraz. Sama sama berkerut dahi sebelum menjeling Arin. Sama sama tak rela dengan perkataan dating yang Arin sesuka hati gunakan.

"Dahlah, kitaorang pergi dulu! Bye!" tak sempat aku mahu menghalang, kedua dua mereka sudah berdesup menghilangkan diri.

"I ingatkan you cuti." aku terlebih dahulu bertanya memandangkan Fyraz terus terusan senyap.

"Buat apa nak cuti?" soalan dengan pakej dahi berkerut.

"Hei, semalam you kena tembak, kan? Takkan tak dapat MC?"

"MC apanya? Hospital pun I tak pergi." Fyraz masih ambil ringan soalan aku sambil menyuap bihun goreng yang aku beli tadi. Cepat cepat aku tarik semula pinggan, menghalangnya untuk makan dengan lebih banyak.

"Takkan you tak pergi hospital? Habis luka tu siapa ubatkan?"

"Mika kan budak medic. Dia tau la nak buat macam mana." aku pandang Fyraz tak percaya.

Memang la Mika tu ambil bidang kedoktoran tapi topiknya dia belum lagi ada tauliah nak jadi doktor, kan?!

"Tak payah risau. Semalam tu diaorang sengaja nak main hide and seek dengan I. Alah, lagipun satu peluru je. Apa ada hal? I kan anak..."

Aku hentikan mulut Fyraz yang becok berkata kata itu dengan menepuk kuat lengannya. Tepat di mana dia ditembak malam semalam.

"Hei, sakitlah!" serta merta Fyraz memegang lengannya sekaligus menghentikan aku yang berura ura mahu memukulnya lagi.

"Tau pun sakit. Pergi cari doktor la!" aku memarahi Fyraz namun dia hanya senyap sambil memegang lengannya dengan tangan yang sebelah lagi. Dahinya berkerut. Aku mula rasa bersalah. Kuat sangat ke aku pukul tadi?

"Raz, luka you berdarah balik!" aku terjerit apabila ternampak cecair merah di sebalik kemeja putih yang dipakainya. Langsung aku tak pedulikan pandangan pelik orang sekeliling. Risau melihat lengan Fyraz yang kembali berdarah kerana aku yang menjadi punca.

"I've told you not to worry, kan? It's okay, I pernah kena lagi teruk daripada ni." aku semakin bersalah melihat raut wajah Fyraz yang kelihatan tenang.

Macam mana aku tak risau kalau aku dah mula sayangkan kau, Raz?

~~~

Pulang dari kolej, entah mengapa aku rasa tak sedap hati. Wajah Fyraz berkali kali muncul dalam fikiran. Sampaikan malam sudah larut pun, Perasaan tak enak itu masih tak dapat aku usir jauh. Makin kerap juga wajah Fyraz seakan akan terlayar di ruangan mata. Aku terfikir, apa dia baik baik saja? Aku cuba sedapkan hati. Mungkin aku saja terlalu paranoid, risau sekiranya kejadian seperti malam semalam berlaku lagi.

Aku cuba lelapkan mata namun tak berjaya apabila tiba tiba saja pintu bilikku dirempuh oleh Sofea dan Arin. Aku terus bangun dari pembaringan.

"Ada apa ni?" aku bertanya apabila wajah mereka nampak gelisah.

Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now