✘ Bab 24 ✘

1.7K 104 0
                                    

"Aku nak keluar harini jugak."

Aku, Hazwan, Arman dan Mika terlopong mendengar arahan Fyraz yang baru tersedar itu.

"Kau buat lawak ke?" Arman terlebih dahulu bersuara, jelas sekali membantah apa yang dimahukan Fyraz.

"Raz, kau tak boleh relaks ke? Duduk jela sini sampai sihat dah kenapa nak discharge harini jugak?" Mika turut memberikan pendapat menyokong kata kata Arman.

"Kau ada nampak macam aku tengah buat lawak, ke?" jawapan kasar Fyraz membuatkan mereka terdiam.

"Kau baru baik, kan? Tunggu la lagi dua tiga hari."

"Aku nak keluar harini, kau tak reti faham bahasa ke?!" bahu aku terhinggut mendengar Fyraz menengking Hazwan sebegitu.

"Biar je dia, Wan! Dia bos kita, kan? Selama ni kita bagi nasihat semua dia tak dengar! Kita punyalah nak protect dia, boleh pulak dia buat perangai orang degil macam ni!" Arman bersuara sinis.

"Apa masalah kau hah? Sebelum ni boleh je ikut apa yang aku suruh kenapa tak sekarang?" Fyraz bersuara seperti sedang menahan marah sambil jarinya dituding tepat pada Arman.

"Apa, kau nak gaduh ke?!" Arman tidak mahu kalah. Dia bangun lalu menolak kasar kerusi yang didudukinya hingga jatuh sebelum menarik leher baju hospital yang dipakai Fyraz.

"Wei, sudah lah tak payah gaduh dekat sini!" Mika dan Hazwan cepat cepat meleraikan pegangan Arman pada Fyraz sebelum berlakunya pergaduhan yang lebih teruk. Aku hanya mampu melihat dari jauh. Tak berani mahu buka mulut mencampuri urusan mereka.

"Kau nak sangat keluar harini, kan? Fine, kalau kau sakit balik lepas tu anak anak buah Nigel cari kau balik pandai pandai kau tanggung sendiri aku tak nak jadi backup!" Arman menepis Mika dan Hazwan yang memegang lengannya sebelum keluar dan seperti sengaja menghempas pintu.

Mika dan Hazwan sama sama melepaskan keluhan berat. Seperti benar benar mengalah dengan sikap keras kepala Fyraz dan Arman. Fyraz aku lihat menggenggam erat cadar katil dengan rahang yang diketap hingga tegang uratnya. Entah apa yang ada dalam fikirannya.

"Mika, Wan, I think I should go now." aku bersuara memecah sunyi. Meminta diri untuk pulang. Sudah jam 10 pagi. Jam 3 petang nanti aku masih ada kelas yang perlu dihadiri di kolej. Sementara itu, aku mahu merehatkan diri memandangkan sudah semalaman aku di hospital.

"Take care." Mika menitipkan pesan sebelum aku bangun dari duduk. Aku sekadar mengangguk dan memberikan senyuman pada Mika dan Hazwan. Fyraz langsung aku buat tak endah. Sedih bercampur marah melihat keadaannya yang berdegil begini.

Langkah aku yang sedang menuju ke pintu itu terhenti apabila ada satu suara yang menahan.

"Please, stay here with me. Zahira dah tinggalkan I. You pun nak buat benda yang sama ke?"

~~~

Hazwan memandu tenang. Mika di sebelahnya lebih selesa membuang pandang ke luar tingkap manakala aku duduk di tempat duduk belakang dengan Fyraz. Jam 11 pagi tadi Fyraz meminta kebenaran doktor yang merawatnya untuk pulang. Pada mulanya doktor itu juga tidak membenarkan tetapi aku tidak tahu apa yang Hazwan dan Mika katakan pada doktor itu hingga akhirnya doktor itu sendiri mengalah.

"Wan, kau drive pergi gym sekarang."

Hazwan brek keretanya mengejut ketika sampai di lampu isyarat yang masih bernyala merah. Hazwan dan Mika sama sama menoleh ke belakang, menjeling Fyraz tajam.

"Kau nak tumbuk sandbag?"

"Kau nak lepaskan kemarahan kau? Sudah lah Raz, kau sakitkan diri kau sendiri pun bukannya boleh buat Zahira hidup balik!"

Hikayat Sang Pencinta ✔Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon