✘ Bab 30 ✘

2.1K 98 13
                                    

4 tahun kemudian...

"Hana betul okay nak kerja jadi tea lady dekat office tu?"

"Takkan la tak betul pulak? Tak apa la ibu, sementara je sebelum Hana dapat kerja lain. Hana bosan duduk rumah ternak lemak hari hari." aku menyedapkan hati ibu Zarina apabila dia seolah ragu untuk membenarkan aku bekerja.

"Tak apa lah kalau macam tu. Esok Hana dah start kerja, kan? Ibu cuma nak pesan, buat kerja biar ikhlas. Baru Allah redha."

Aku tersenyum pada ibu sebelum mengangguk mengiyakan kata katanya.

"Ibu keluar dulu. Petang nanti Afeef dengan Afeeya sampai tak ada pulak benda nak dimakan." ibu meminta diri sebelum melangkah keluar.

Ya, 4 tahun sudah berlalu. Terlalu banyak perkara yang terjadi dalam hidup seorang Hana Arisya sepanjang 4 tahun ini. Pernah sekali aku utarakan cadangan pada ibu yang aku mahu menyewa rumah lain. Segan apabila sudah terlalu lama aku tinggal di sini namun ibu Zarina membantah keras kemahuan aku itu. Katanya dia langsung tidak kisah seberapa lama pun aku tinggal di sini kerana aku sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

Afeef dan Afeeya, keputusan SPM mereka begitu cemerlang namun kedua dua mereka memilih untuk melanjutkan di universiti awam dalam negara saja. Masing masing tidak mahu berjauhan dengan ibu.

Satu satunya buah hati aku, Muhammad Fayyadh...

"Kak Hana, Feeya rindu!"

Suara seseorang itu mematikan lamunan aku. Air mata yang mengalir aku seka perlahan sebelum pintu bilik aku buka. Tubuh Afeeya di muka pintu itu aku tarik ke dalam pelukan. Wajah ceria Afeeya itu sedikit sebanyak mengundang senang.

"Hari tu kata petang baru balik sini?" aku menyoal sekadar berbasa basi.

"Afeef yang bising nak balik awal. Feeya ni adik, kan? Tak mengalah nanti habis kepala Feeya yang kena tunjal nanti." aku tertawa mendengar kata kata Afeeya. Bukan aku tak tahu perangai kembar tu.

"Nanti akak turun bawah tau. Ni Feeya nak rehat sekejap."

"Tak apa lah kalau macam tu. Akak pun tak solat Zohor lagi ni." ujarku sambil mengerling jam yang tergantung kemas pada dinding. Afeeya pula selepas itu terus lolos ke dalam bilik.

~~~

Malam itu, aku duduk bersendirian di halaman rumah akibat tidak dapat melelapkan mata. Entah mengapa, fikiran seolah terbeban dengan sesuatu.

"Malam dah lewat. Kak Hana tak tidur lagi?" aku menoleh ke arah suara yang menegur.

"Afeef pun, tak boleh tidur ke?" aku menyoal Afeef di sebelah.

"Mata tak mengantuk, petang tadi dah puas tidur."

"Feeya ada cakap dekat Afeef, tengah hari tadi waktu dia pergi bilik akak, mata akak nampak sembab. Akak...okay ke?" teragak agak Afeef bertanya pada aku setelah agak lama keadaan seolah bisu.

"Feef rasa akak okay ke tak?" aku tidak menjawab soalan Afeef malah bertanya soalan lain.

Afeef melirik senyum pada aku.

Hikayat Sang Pencinta ✔حيث تعيش القصص. اكتشف الآن