✘ Bab 16 ✘

1.7K 116 0
                                    

❤❤❤ :
I nak ajak you keluar malam ni
Pukul 9 I ambik you dekat rumah

Aku tersenyum senang melihat mesej yang dihantar oleh Syafiq beberapa minit yang lalu. Dalam fikiran sudah terbayang kejutan apa yang mahu dihadiahkan sempena hari lahir aku tahun ini. Sempat aku lihat jam di dinding. Baru pukul 1 tengahari. Sempat lagi kalau nak tidur dulu. Mata terasa berat. Mana tidaknya, aku pulang ke rumah pada jam 3 pagi selepas sambutan hari lahir aku yang dirancang oleh Fyraz.

Teringatkan Fyraz, automatik tangan aku menyentuh loket peluru pada rantai yang dikalungkan pada leher aku. Baru aku perasan, pada peluru itu diukir nama panggilannya. Drake...

Kata Fyraz, dia menganggap peluru itu sebagai 'luck'. Bagaikan satu anugerah apabila dia masih berpeluang untuk hidup walaupun ketika itu, tubuhnya disuntik racun untuk tujuan melemahkan sebelum ditembak.

Fyraz ditembak untuk menyelamatkan cinta pertamanya. Dia berkorban, tapi sayang...cintanya tak terbalas. Tanpa sedar, bibir melepaskan keluhan berat. Beruntung gadis itu tapi kenapa setiap kali Fyraz bercakap soal dia, aku terasa seperti...sakit hati?

Kadang kadang aku terasa tamak. Sudah bertunang dengan Syafiq, tapi masih rapat dengan Fyraz. Bukan aku tak dengar kawan kawan sekelas yang berkata buruk tentang aku, apatah lagi selepas kejadian Fyraz menyelamatkan aku di Pantai Teluk Dalam dulu.

Bila aku berjalan dengan Fyraz, terus kami jadi tumpuan. Mana tidaknya, Fyraz itu satu kampus pun kenal dia siapa. Mestilah terkejut bila ternampak lelaki yang dilabel tak pernah ada kekasih tiba tiba berjalan dengan seorang gadis. Junior pulak tu!

Aku sayangkan Syafiq. Dalam masa yang sama, aku juga sayangkan Fyraz...mungkin sebagai seorang kawan yang memahami dan melindungi.

~~~

"You nak bawak I pergi mana?"

Diam.

"Fiq, you okay tak?"

Angguk.

Begitulah keadaan Syafiq. Dari tadi hanya aku yang cuba untuk berbual dengannya. Wajahnya juga dari tadi langsung tak terbias walaupun dengan satu senyuman. Apabila soalan aku tidak dijawab, aku memutuskan untuk senyap saja.

Sampai di sebuah restoran, Syafiq masih berkelakuan dingin. Dia keluar dari kereta tanpa berkata apa. Malah tidak membukakan pintu untuk aku seperti selalu. Di restoran itu juga Syafiq telah menempah ruang makan tertutup hanya untuk kami berdua.

"Makan dulu nanti I cakap." Syafiq hanya mengeluarkan kata berupa arahan tanpa sedikit pun memandang ke arah aku ketika pesanan kami sampai. Mahu tak mahu, aku turutkan saja.

Dalam fikiran terbayang mungkin nanti ada kejutan yang Syafiq sudah sediakan.

"I nak tangguh wedding kita." aku yang sedang menyisip minuman itu tersedak gara gara terkejut dengan kata kata Syafiq.

"You buat lawak ke?"

"No. You sendiri boleh nampak I tengah serius kan? Lagi satu, I cuma bagitau. Tak mintak persetujuan you pun. I tak kisah you nak cakap apa, I tetap nak tangguh."

Aku tertanya tanya, bagaimana Syafiq boleh tenang dengan situasi ini? Apa dia tidak tahu yang aku mengharapkan semua ini cuma lakonannya semata?

"You...tipu I ke?" dengan keadaan bibir yang bergetar aku bertanya pada Syafiq.

Ternyata, Syafiq mengeluh kasar sebelum tangannya menghentak permukaan meja.

"I tak ada masa nak tipu ataupun bergurau. Bersyukur sikit at least I tak mintak cancel terus!" kata katanya membuatkan aku tersentak.

Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now