✘ Bab 15 ✘

1.8K 122 1
                                    

Malam minggu itu aku duduk di rumah. Sejak kejadian di Zouk dulu, memang aku sudah jarang keluar malam apatah lagi melepak di club. Serik!

Aku kerling jam dinding. Hampir menginjak pukul 12 tapi aku masih tak mampu melelapkan mata. Terasa sunyi walaupun boleh dikatakan setiap hari situasinya begini.

Nada dering telefon berbunyi ketika aku hampir terlelap. Cepat cepat aku ambil telefon di atas meja belajar untuk lihat siapa pemanggil. Sofea?

"Sya, tolong aku!!" aku terkejut apabila mendengar suara cemas Sofea.

"Kenapa? Kau ada dekat mana?"

"Aku dekat...arghh!!"

"Sofea, jangan la macam ni!" hati aku mula rasa tak enak setelah mendengar jeritan Sofea.

"Hai, Sya! Tak risau ke dengar suara kawan baik you ni?" suara itu...

"Fyraz?"

"Haa pandai pun! Sekarang ni, kalau taknak tengok kawan you mati dekat tangan I, baik you datang sini cepat!"

"Kenapa you buat macam ni..." suara aku jelas bergetar. Masih tak percaya dengan apa yang aku dengar dari mulutnya.

"Eh, you ingat I nak sangat berkawan dengan you? I pura pura je selama ni, sayang..."

"Apa maksud you?"

"Dah lama I aim kawan you yang cantik ni. Tapi tulah, nak dapatkan dia, kena la rapat dengan kawan baik dia dulu, ye tak?" Fyraz ketawa yang sangat sinis.

"Apa pulak you nak daripada I, hah?" aku menjerit pada Fyraz. Hati aku rasa sakit selepas niatnya sendiri dibongkarkan. Sepatutnya dari dulu, aku tak patut percayakan dia!

"Easy. You datang sini, cubalah selamatkan kawan you. Nanti I send location. Kalau tak...selamat tinggal dunia!" sekali lagi Fyraz ketawa sebelum talian diputuskan.

Sejurus selepas itu, Fyraz menghantar mesej, lokasi mereka berada. Kejap, Fyraz culik Sofea ke kolej?

Ah, aku tak ada masa untuk fikir motifnya. Yang penting, aku perlu selamatkan Sofea!

~~~

Kedua dua belah tangan aku menggigil ketika memegang stereng Mini Cooper itu. Satu, kerana risaukan keadaan Sofea. Kedua, ini baru kali ketiga aku cuba memandu sendiri walaupun aku sudah punya lesen kereta sendiri. Aku pejamkan mata rapat rapat. Cuba mencari kekuatan sebelum menghidupkan enjin.

Handbrake aku turunkan sebelum menekan pedal minyak. Dan akhirnya, perjalanan ke kolej yang sepatutnya hanya mengambil masa 15 minit jadi setengah jam kerana aku masih teragak agak apabila memandu.

~~~

"You ada dekat mana?" aku terus bertanya pada Fyraz ketika nombor Sofea aku dail untuk mengetahui kedudukan mereka sekarang.

"Woah, relaks okay! Risau betul you dengan kawan you!"

"I tak ada masa nak gurau, Fyraz!" suara aku tekankan apabila Fyraz tidak menjawab soalan aku malah sengaja menambahkan rasa sakit hati aku. Terlupa, rasa dikhianati juga!

"You jalan ke depan sepuluh langkah. Don't worry...you're almost here, baby!" selepas itu, talian aku tutup terus. Tak sanggup mahu dengar lagi kata kata sinis daripada Fyraz.

Sepuluh langkah berjalan, aku berhenti di tempat aku berdiri. Tempat ini sangat gelap hingga aku tak nampak apa apa. Aku pandang sekeliling, mencari kelibat Sofea ataupun Fyraz yang mungkin berdekatan.

"Finally...you're here, my dearest girl friend. Lama tau I tunggu you. Nasib baik I bertimbang rasa lagi sebelum tamatkan riwayat kawan baik you." suara Fyraz kedengaran seperti berbisik di telinga aku tetapi kelibatnya masih tidak kelihatan.

Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now