✘ Bab 45 ✘

2.3K 121 4
                                    

3749 words. Ready la menghadap 'kemerepekan' sebab bab ni nak flashback apa yg jadi

~~~

Sya, please...maafkan abang!" aku sekadar pekakkan telinga dengan rayuan Fyraz yang entah sudah kali ke berapa itu.

Tangan aku yang dalam pegangannya aku rentap semula tanpa sedikit pun memandang ke arahnya.

Hati masih sakit.

"Abang baliklah. Sya taknak tengok muka abang buat masa ni." aku tahan perit yang berlagu ketika kata kata itu meniti di bibir sendiri.

"No, I won't!" Abang taknak balik selagi Sya tak maafkan abang." suara keras dari Fyraz kala itu berbaur amaran.

Mata aku kerdipkan beberapa kali, tidak mahu air mata terus gugur.

Semua orang layak untuk sebuah peluang kedua. Tapi kenapa hati aku terlalu keras untuk memaafkan dia?

Kerana bukan sekadar kata maaf yang aku mahu dengar..

Aku mungkin menolak ketika dia ingin memberi penjelasan sebelum pulang ke Malaysia, tapi kali ini aku betul betul mahu dengar penjelasannya tentang semua perkara yang pernah terjadi dulu.

Walaupun pada hakikatnya, Fyraz memang bersalah atas segalanya. Dan walaupun nanti, penjelasannya pasti bakal menghancurkan aku lagi.

"Sya..."

Panggilan Fyraz aku tak hiraukan malah kaki terus melangkah naik ke bilik. Pintu aku tolak sebelum dikunci.

Seketika, sebelum tubuh jatuh melorot di situ. Tangisan aku mula nenjadi jadi.

Ya Allah, berdosakah aku kerana ingkar dengan janji pada diri sendiri? Bantu aku untuk terus kuat walaupun hakikat ini terlalu memeritkan. Sungguh, hamba yang kerdil ini telalu lemah...

Aku cuba menenangkan diri dengan duduk bersandar di sebalik pintu. Langsung tak sedar mata akhirnya terlelap dengan keadaan kedua dua belah lutut rapat ke badan.

Leher yang sedikit lenguh aku urut. Sejurus selepas itu, aku terus bilik air untuk mengambil wuduk apabila menyedari waktu Maghrib sudah masuk beberpa minit yang lalu.

Aku cuba tanamkan khusyuk, ingin melupakan masalah dunia buat sementara waktu.

Sebaik sahaja salam kedua diberi, pandangan aku jatuh pada sehelai kertas bersaiz A4 di tepi pintu bilik.

Abang mengaku salah abang. Abang takkan tenang selagi Sya tak maafkan abang. Jangan biarkan abang tanggung rasa bersalah ni sampai mati.

Bait ayatnya tanpa sedar membuatkan aku mengeluh sendiri. Sudah beralahkan Fyraz untuk memberikan penjelasan atas segalanya?

Seketika, perasaan takut seakan membelit. Kalau benar Fyraz menikahi aku hanya kerana diturutkan rasa bersalahnya dan sekadar untuk menunggu kata maaf dari aku, tak mustahil bila segala kebenaran sudah terbentang, dia akan melepaskan aku dari hidupnya...kan?

Dada terasa ketat. Cukuplah dulu aku pernah hilang mama dan Fayyadh sebagai orang yang aku sayang...

Apa Fyraz juga mahu berundur dari hidup aku?

Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now