✘ Bab 6 ✘

2K 130 1
                                    

Malam itu, aku sudah berjanji untuk keluar bersama Syafiq. Katanya dia berjaya mendapatkan projek baru. Jadi sebelum dia sibuk berganda berganda untuk menguruskan projek, lebih baik dia meluangkan masa denganku sementara masih berpeluang. Kalau dah sibuk nanti, nak dengar suara pun susah.

Selepas membeli-belah yang pastinya ditanggung sepenuhnya oleh Syafiq, dia mengajak untuk makan di Seoul Garden yang juga terletak di dalam IOI City Mall itu.

Pesanan kami tiba tidak lama selepas itu. Kami hanya menikmati makanan dengan senyap. Hanya sesekali saja Syafiq cuba berjenaka denganku.

Namun tiba tiba, pandanganku melekat pada seseorang yang juga sedang menikmati makanan di meja hadapan kami. Mungkin sedar dirinya diperhati, dia turut membalas pandanganku sebelum mengukir senyuman yang menampakkan dimple pada kedua dua belah pipinya.

Tindakan refleks, aku ikut senyum manis padanya.

"You senyum kat siapa?" Syafiq yang nampak senyuman lebarku bertanya sambil menoleh ke belakang, mencari punca yang membuatkan aku tersenyum tiba tiba.

"Err...tadi I nampak ada budak kecik kat luar tu comel sangat."

Ya, terpaksa menipu Syafiq. Gila nak mengaku yang aku senyum balik kat Fyraz sebab sebenarnya aku rasa rindu siiikiiit kat dia? Opss. Aku baru cakap yang aku rindu Fyraz ek?

"Sejak bila you berminat dengan budak?" Syafiq menyoal pelik. Memang pun, penipuanku nampak kurang bernas sebab aku bukannya jenis yang melayan kanak kanak.

"Entah. Cara dia jalan terkedek kedek tu nampak comel." memang nampak kurang bernas, Sya. Tapi, ah lantaklah!

"Nanti kita kawin boleh la dapat baby baby comel macam tu." ujar Syafiq spontan membuatkan kami sama sama ketawa.

Bunyi notifications whatsapp menarik perhatianku. Laju saja aku buka mesej tersebut yang ternyata dari...Fyraz? Aku mengerlingnya seketika. Bibirnya masih tersenyum.

FYRAZ POYO 😒 :
Oii tengah dating ekk

Aku...tak tahu nak reply apa. Apa yang aku fikir cuma satu. Tujuan dia kacau aku sebelum ni, memang untuk berkawan dengan aku, kan? Kenapa aku rasa macam ni? Aku...kecewa ke sebab dia langsung tak cemburu?

FYRAZ POYO 😒 :
He is so lucky for having you as his girlfriend. Plus, dia tau how to make you smile.

Aku hanya memperhatikan Fyraz sebelum mesej itu dikirim. Yang membuatkan aku terkejut, Fyraz terus bangun dan melangkah keluar dari restoran selepas membuat bayaran.

Perlu ke aku rasa macam ni? Sebelum ni memang dia bagitau yang dia nak berkawan dengan aku tapi aku buat tak layan dan sekarang aku pulak yang rasa lain bila dia stop kacau. Seriously, Sya? Jangan jadi bodoh, please?

~~~

Esoknya, sekali lagi aku menerima coklat daripada pengirim yang sama, D...E. Kalau semalam Ferrero Rocher, hari ini diberinya Cadbury bersaiz besar perisa orea. Wah...nasib baik favourite. Dan bezanya hari ini, dia tinggalkan coklat dan sticky note di bawah meja aku di dalam bilik tutorial.

There's only one thing to promise...I will always protect you to whatever end

-D...E-

Lama aku merenung sticky note yang ditinggalkan sebelum Sofea menegur.

"Sya, kau ada terfikir tak yang semua ni Fyraz yang bagi?"

"Aku...tak tau." aku yakin apa yang aku fikir. Aku mengharapkan semua ini Fyraz yang bagi. Tapi...seperti mustahil.

"Okay katakan la bukan Fyraz. Tak rasa dia someone yang...pyschopath?"

Aku terus terusan merenung sticky note tersebut sambil memikirkan kemungkinan yang dikatakan Sofea. Tapi entah, aku langsung tak rasa begitu.

"Eh, kau ada nampak tak diari aku?" aku menyoal pada Sofea sambil tangan sibuk meraba bawah meja, mencari di mana buku berwarna biru itu.

"Seriously, Sya? Dah lama aku tak nampak kau pegang, apatah lagi bukak buku tu."

Ah sudah..mana pulak perginya diari aku? Tapi benar kata Sofea, sudah lama aku tak pegang diari itu. Tertinggal di rumah? Atau tercicir? Tapi nak tercicir di mana?

Aku mula panik memikirkan keberadaan diari biru itu. Banyak kot benda yang aku tulis dalam tu! Benda benda penting, jadual kelas, kelemahan aku, dan...hubungan dingin aku dengan papa semuanya aku tuliskan dalam diari! Ah, kalau hilang macam mana? Tapi...nama langsung aku tak tulis dalam diari itu. Mungkin sekurang-kurangnya, kalau ada yang jumpa, mereka tak akan tahu siapa pemiliknya.

Tapi diari itu, arwah mama yang bagi pada hari lahir aku yang terakhir dapat disambut dengan mama...dan itu satu satunya pemberian arwah mama yang benar benar aku sayang. Kata arwah mama dulu, kalau aku sedang bersedih aku boleh tuliskan dalam diari itu. Kalau hilang...huwaaaaa!!

Air mata rasanya tinggal nak menitis je lagi. Tapi selagi aku tak buat pencarian di rumah, tak boleh kata hilang. Semoga kita masih diberi peluang untuk bertemu, wahai diari!

~~~

Pulang ke rumah juga hampa. Habis satu bilik aku geledah. Bawah katil, dalam laci meja belajar, rak buku, bilik air, ehh takk takk.

Arghhh yang penting semua tempat tak ada. Nak tanya Mak Eton, memang tak dia nak jawab soalan aku sebab mata confirm melekat pada televisyen yang sedang menyiarkan drama baru.

Otak laju berjalan untuk mengingat semula bila kali terakhir aku bawa diari itu.

Rasanya...mungkin lebih kurang sebulan yang lepas. Tak. Yang lebih tepat, aku ada pegang diari itu pada hari, aku langgar Fyraz ke?

Okay ini bukan andaian. Memang kali terakhir aku pegang diari itu pada hari tersebut. Sebelum pulang dengan grab, rasanya aku hanya pegang dari itu bersama dengan buku buku dan assignment.

Jadi bila aku terlanggar bahu Fyraz, diari itu jatuh sekali...kan?

Tapi kenapa aku tak perasan diari itu jatuh?

Kalau memang betul jatuh tapi aku tak kutip, maknanya mungkin ada pada Fyraz. Dan kalau dia kutip, buat apa nak simpan? Dah sah sah aku punya diari. Tak reti ke nak pulangkan? Apa motif kalau nak simpan sekalipun? Atau jangan jangan, dia baca, lepastu gelakkan aku macam orang gila dan terus lempar dalam tong sampah?

Arghh tolong hentikan imaginasi kau, Hana Arisya! Sekarang tenang...tarik nafas kemudian hembus.

Inhale...exhale...

Okay, sekarang apa nak buat? Mungkin aku patut tanya pada Fyraz?
Laju tangan mencapai telefon di atas katil. Baru aku mahu tekan ruangan chat, aku teringatkan sesuatu. Sebulan lepas, aku marah marah pada dia dan terang terangan aku kutuk Fyraz. Kalau diari tu sebenarnya memang tiada pada Fyraz, nanti dia fikir aku sengaja mahu cari topik untuk berbual dengannya.

Tapi diari itu penting untuk aku!

Jadi, patut atau tidak aku bertanya pada Fyraz?




Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now