✘ Bab 12 ✘

1.9K 109 2
                                    

"Raz, aku balik bilik dulu." lelaki di sebelah Fyraz tadi bangun dan menepuk bahu Fyraz sebelum berlalu pergi. Seperti mahu memberi ruang untuk aku berbicara dengan Fyraz.

Aku mengambil posisi di sebelah Fyraz. Dia hanya diam. Aku tahu dia sedang menunggu aku yang memulakan bicara.

"Thank you so much, Raz. Kalau you tak selamatkan I, entah entah I dah terlantar kat hospital sekarang."

Aku bingung apabila Fyraz masih senyap. Pandangannya hanya difokuskan pada laut di hadapan. Dia ni, aku tahu la terima kasih saja tak cukup untuk balas jasanya. Tapi takkan sampai nak suruh aku peluk dia kat sini?

"I taknak cakap dengan you." aku pandang pelik wajah Fyraz. Dah kenapa? Taknak cakap, tapi cakap juga.

"You ni kenapa?"

"I taknak balas terima kasih you selagi you tak janji yang you taknak buat benda benda macam tu. I tau la you tengah stres, jangan la sampai nak bunuh diri! Buatnya I tak sempat selamatkan you, mati baru tahu! Pahala tak dapat, neraka lagi ada tunggu." suara sarkastiknya elok memperli aku. Aku tak mampu tahan diri dari ketawa. Dia ni tak tahu ke, gaya dia dah macam makcik bawang membebel?

"Kenapa gelak? Ingat I main main ke?" suara yang cukup tegas dengan jelingan tajamnya yang menikam membuatkan tawaku terhenti serta merta. Ops, Fyraz sudah marah daaa...

Aku berdehem sekali sebelum kembali berbicara.

"Fine, I tau I salah. I berhutang nyawa dengan you." aku hanya mengeluarkan bicara tanpa memandang wajah Fyraz. Rasa segan mahu menatap wajahnya yang tidak berpaling daripada merenungku dengan keadaannya yang masih tidak berbaju itu.

"Janji mana janji?"

Kali ini aku palingkan wajah untuk menatap seraut wajah yang bersih itu. Tangan kanan aku angkat separas bahu, menunjukkan kesungguhan.

"Dengan ini, Hana Arisya berjanji tak akan buat perkara bodoh yang tak matang macam tadi. Jika saya melanggar janji, saya bersedia menadah telinga untuk mendengar bebelan penuh mesra sebagai peringatan dan amaran daripada empunya diri di hadapan saya sekarang ini iaitu Fyraz Danial. Titik!" ambik kau, nak sangat aku berjanji kan? Serentak, tanganku diturunkan semula ke sisi.

Bibir Fyraz mencipta satu garis senyuman yang cuba ditahan.

Fyraz menoleh semula ke hadapan. Kali ini, senyuman itu tidak lagi disorok malah berlabuh cantik pada bibirnya.

"Okay, I terima janji you. Tapi kalau you berani buat lagi...jangan salahkan I kalau telinga you bernanah." aku tersenyum kecil mendengar amarannya.

"By the way, siapa yang you angkut sekali datang sini?" aku bertanya apabila terlihat lelaki tadi keluar dari bilik lalu tersenyum pada aku.

"Hazwan ke?"

Aku hanya mengangkat bahu.

"Classmate I. Dia kata malas nak masuk kelas, alang alang tu I bawak la dia ponteng. Lagipun kitaorang dah start cuti esok." aku terdiam mendengar penjelasan Fyraz. Wah wah wah...sesuka hati dia aje heret orang lain buat kejahatan sama.

Senyap lagi dan akhirnya kejanggalan yang melanda.

"Raz..."

"Hmm?" dia menyahut tapi masih fokus pada laut. Sebenarnya, aku yang segan nak tengok dia atau dia yang segan nak tengok aku?

"Err...macam mana you tau kelas I buat trip kat sini? Yang paling penting, you tau I tak pandai berenang dari siapa?"

"I follow dari belakang la. Apa susah?"

Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now