✘ Bab 33 ✘

2.1K 111 0
                                    

"Hana ada apa apa eh dengan tengku? Semacam je akak tengok."

Itu soalan pertama yang ditanyakan kak Safina ketika bertemu aku pagi itu. Serta merta terlepas keluhan berat dari bibir. Confirm dah jadi gosip dalam satu bangunan apatah lagi perkara ini melibatkan bos besar mereka. Bukan aku tak tahu, lain macam saja pandangan pekerja di pejabat ini sewaktu aku sampai pagi tadi.

Tak sangka, tukang buat air pun boleh jadi famous macam ni. Haih...

Semalam, aku gesa gesa pulang terus ke rumah selepas berbual dengan Fyraz. Ibu Zarina ada juga bertanya mengapa aku pulang awal tapi aku hanya memberi alasan yang aku kurang sihat.

Entah mengapa, aku rasa yang aku perlu menjauhi Fyraz sebelum perasaan aku terhadapnya bercambah lebih dalam. Dan kalau tiba saat itu, aku tak yakin untuk kuat menyimpannya sendiri sedangkan diri aku ini terlalu banyak cacat cela dan kurangnya.

"Dulu dia senior Hana dekat kolej. Mana ada apa apa pun." setakat itu saja jawapan aku pada pertanyaan kak Safina. Tak mungkin aku nak jawab Fyraz selalu ada ketika aku punya masalah dan setiap kali itu juga, dia yang akan jadi penenang pulak kan?

Kecuali masalah yang satu itu saja...

Kerana aku tak yakin dia mampu untuk faham situasi aku.

"Tapi, jarang la senior nak kenal junior dekat kolej melainkan betul betul rapat. Lagipun cara dia pandang Hana waktu dekat bilik tu lain tau! Bercahaya semacam. Padahal dengan pekerja lain bukan main beku! Asyik nak mengamuk je kerja dia. Ke...Hana dengan tengku tu pernah bercinta?" kali ini kata kata kak Safina disertakan dengan kutukan terhadap bosnya itu sebelum ditanyakan pula soalan serkap jarang.

"Mana ada bercinta! Memang la dulu Hana rapat dengan dia tapi tak ada la sampai macam tu!" laju laju aku menafikan kerana memang itu hakikatnya.

Tak mungkin ketika itu Fyraz mahu jatuh cinta pada aku sedangkan saat itu hatinya masih menyimpan nama Zahira.

~~~

Rehat tengah hari itu aku, kak Bib dan Shahirah sama sama memanfaatkan masa rehat di kafe pejabat. Shahirah, dengan mulut yang peramah itu memang membuatkan dia boleh geng dengan semua orang. Aku suka dengan Shahirah yang walaupun agak kasar tapi masih ada lembutnya. Sekurang kurangnya dia tak sombong membongkak macam Adira and the gang.

Seperti kak Safina, kak Bib dan Shahirah juga ada bertanya soal Fyraz dan jawapan sama aku berikan pada mereka. Takkan nak jawab lebih lebih. Fyraz pun tak buat kecoh apa macam tak ada apa yang jadi semalam. Pagi tadi ada juga aku berselisih dengan Fyraz tapi dia pandang aku pun macam tak kenal. Apa lagi aku boleh buat?

Sedang kami berbual santai, akhirnya ketenangan itu diganggu gugat oleh satu suara yang menyapa.

"I nak join makan dengan korang sekali, boleh?" masing masing terbeliak biji mata melihat gerangan yang langsung tak disangka sangka untuk muncul itu.

"Eh, tengku tak kisah ke nak makan dengan pekerja biasa macam kami?" Shahirah bertanya bagi pihak aku dan kak Bib yang seakan gagap untuk menjawab pertanyaan Fyraz.

"Buat apa nak malu? Takkan I makan pun orang nak mengata?" ujarnya dan tanpa segan silu dia menarik kerusi dari meja sebelah dan melabuhkan duduk di depan aku.

Aduh, patah selera aku macam ni...

Aku pandang sekeliling. Tumpuan semuanya beralih ke meja yang diduduki kami berempat. Yang pandang dengan wajah tak percaya, tak kurang juga yang berikan pandangan menyampah sambil berbisik bisik sesama sendiri. Kak Bib dan Shahirah juga sibuk  menjongket jongket kening pada aku seolah bertanya kenapa Fyraz makan sekali di sini.

Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now